Saturday, December 19, 2015

Sintra Unesco Village, Lisbon, Portugal

November 2015
-----------------
Trip kali ni dari London, tido 1 malam je di sana, book RyanAir. Kos 44 Pound termasuk satu beg check-in 15kg. PAstikan tidak melebehi 15kg. Lebih kg, silalah bayar. Nak lepas diri? Sorry, tak dapat. Hahaa. Coz beg mesti ditimbang. Beg lebih satu even jumlah beg untuk semua beg dalam 15kg pun tak boleh. Klw 2 beg, means beli lah 2 beg. Kalau tak, masukkan semua dalam 1 beg, n kurang dari 15kg. 

Sampai di Lisbon Airport, Wi-fi free. WeeWee. Sila gunakan sebaik nya. Ada tourist info counter, pegilah tanya apa yang patut. Saya tanya satu je, macam mana nak ke hostel saya. Hehee. Saya booked GoodMorning Hostel. I like the location. Perfect. Bas Dari airport nama Aerobus. Ticket Euro 3.50. My review about this hostel;

  • Really recommended to stay here. Very near to Train Terminal Rossio n Restauradores Metro Station. Also main attractions. Take a AeroBus from airport n stop at Restauradores Bus Stop. The hostel just located at the opposite road. Or take Metro train from airport, Aeroporto Station n stop at São Sabastião and change to Cais do Sodré line and stop at Restauradores Station.
  • Very near to Hard Rock Shop. (*_^). The female dorm cost 18Euro for one nite/bed. N the staff is friendly n helpful.

Gambar hostel seperti di bawah;







I like the decorations, cantik. Wing chair tu my fav place.




Living hall, pun cantik. Dapur pun. Breakfast makan wafel diaorg, sedap.
















Sampai di Lisbon hanya sempat jalan2 di sekitar hostel saja. Maklumlah malam cepat. Banyak kedai makan halal, so tak perlu risau. Plan hanya kat city aje. Breakfast esok pagi nye, borak2 dengan sorang minah ni dari Taiwan. Dia nak ke Sintra Village hari tu. Solo jugak. Borak2, last2 i tanya can i follow u today? Dia kata let's. Dia pun suka coz ada kawan, at least. Fehh, best lah. Then i naek atas siap2. Jumpa kat bawah. Maka pergilah kami ke Sintra Unesco Village. Gilo besauu. Opss how to go to Sintra Village. Very easy. Tak perlu amik tour atau pakej. Mahai, okehh. Train Station Rossio dekat sangat dengan hostel. Train, tram and Metro, beza tau. Tram hanya dalam bandar n bergerak atas jalan. Macam Istanbul lah jugak. Sebelum bertolak, kami beli kad transport. Namanye Viagem . Harga 15 Euro. Covered mana2 transport untuk ke Sintra. Bukan saja Sintra tapi jugak ke Cascais. Tapi tak sempat cover semua. Besar youu. The best about this card coz its unlimited ride. Naiklah berapa kali pun bas kat Sintra Village tu, scan je kad tu kat reader.

Cakap je kat staf counter tu nak beli kad ni
Besar Rossio station nye
Perjalanan tak sampai 1 jam
Posing lah, apa lagi. Sintra Station
Kaunter jual tiket. Sintra Station
Sintra Map, Sorry cari yang elok takde pulak dalam Google.

Keluar dari Sintra Station. Amik je bas kat tepi station. Fahamkan map. Senang je map tu. Tengok nombor bas lalu kat palace yang mana. Dan masa bas pun ada, means jadual bas le. Ada fews palace dalam ni. Ikutkan satu hari tak cukup coz besar. Tapi pandai2 lah bahagi masa naaaa. Few Tips kat sini;
1) Sintra UNESCO Village ni terletak kawasan tinggi, so agak penat sket coz perlu mendaki. Tapi tak lah tinggi sangat, boleh la. Jalan dia kecik sangat. Gilo bas boleh celah2 jek.
2) Semua palaces kat sini dekat2 tapi yang paling jauh ialah Roca Cape. Tapi bukan istana, rumah api. Tapi tu lah yang paling cantik coz tepi laut, youuu. MEsti, Wajib Roca Cape nih. Naik bas No:403.
3) Istana yang berwarna-warni : Pena Palace. masuk tengok apa dalam castle ni, bayar 11.5 Euro.
4) Istana yang klasik, warna batu-batu: Moorish Castle. Muslim foundation kat Portugal zaman Moorish ni lah. Yang ni saya tak sempat naik. Tapi travellers recommended istana ni.
5) Yang lain2 biasa2 saja. So saya recommend tiga tempat di atas. Kalau sempat, pegi lah jugak istana2 yang lain tu.

I like the view
Pena Palace, fee entrance 11.5 Euro.
Blue, clear sky
Tu my travel buddy, Claire
Tu dia, Pena Palace. Warna-warni kan..
Cantik.
Pastikan tawaf satu istana, okeh
Ramai time nihh.
Hati2 coz angin kuat.
Moorish Castle. Castle ni lagi kena daki, k.
Bahagian belakang castle
Sabtu masa datang ke sini, so ramai orang
Dari atas Pena Palace
Rehat dulu sebelum masuk istana

Dalam istana, ni nak masuk perlu tunjuk tiket.
Taman dalam istana
Bilik air raja, okeh.
Inilah Claire
Bilik2 dalam istana ni, sangat cantik
Too tempted, kena jugak berposing.
MEwah
Silalah masuk dalam istana ni
Royal kitchen. KAt sini mesti buat anda tertawa
Kan, ahkak dah bagitau. Hahaa

Sintra National Palace

Naiklah bas ni aje dalam Sintra
As usual, i am Unesco Hunter
Kitaorang jalan kaki saja ke Sintra Station dari National Palace
Ni pun Tuk-Tuk jugak, okeh
Boleh sewa basikal kat sini, kalau larat, silalah
She is my travel buddy, Claire. Cool je orang nya.
Regaleira Palace
Fee entrance 6 Euro
Nak tau sejarah, google je lah. Heheh
Istana ni kecik tapi taman nye besar
Apa nama pokok ni, Cantik
Setelah abis Regaleira ni, masa tunggu bas nak ke Seteis Palace, ahkak belek2 la map. Baru perasan tulis Roca Cape ni katanya impressive cliff. Curious jugak apa yang impressive sangat. So ajak lah Claire, let's lah. Nasib baik dia ok. Coz masa tu dah petang dah. Maklumlah malam cepat gelap kan. Bas pun paling last around 6pm macam tu. Makanya kami patah balik ke Sintra Station untuk tunggu bas no 403. Nasib baik sampai2, bas tu ada. Jauh gak ke sana dalam 40 minit ada.

Masa ni sampai dah nak sunset
Sangatlah kuat angin nya
Posing lah.
Tu rumah api
Kasi zoom sket
 What is the best about Roca Cape;
  • Known also as Cabo da Roca (Sintra-Cascais Natural Park).
  • As the westernmost point on the European mainland, Cabo da Roca is quite possibly the windiest place on Earth. It's stunning place to visit, with high cliffs dipping into the Atlantic Ocean below. It is the westernmost point not only of main land Portugal, but also of mainland Europe.
Hati2, jangan tepi sangat coz angin sangat kuat,k.
Tu dia Claire, laju je dia jalan
Aiseh, gambar tak clear kat tengah2 coz tak lap lens
No wonder la impressive cliff, katanya
Sempat kejar sunset kat sini
Pueh hati lah
Claire pun happy. (*_*)
Selfie lah. As usual. Heheee
Bas ke Sintra Station

Hari yang memenatkan betul. Kemudian baliklah kami semula ke Rossio Train Station dan ke hostel . For full itinery tengok kat sini. Entry lain tengah gigih nak menulis ni. Sabar naaaa. Hehee