Saturday, November 21, 2015

Pendatang atau Pelarian?

PENGENALAN

Entry kali ini macam takde kaitan dengan travelling. Tapi rasanya ada kaitan jugak coz dimana2 kita pergi mesti ada terjumpa mereka samada di dalam Malaysia atau semasa di oversea. Cuma di sini kita tidak tau mana nak bezakan antara mereka kerana dari luaran lebih kurang sama. Kalau anda pernah ke Istanbul mesti tahu bagaimana nak bezakan kerana di sana memang banyak pelarian Syrian. Berbeza kalau anda pernah ke sana 3 tahun lepas, jarang2 jumpa tapi sekarang mereka berada di mana2 di sana. Beberapa jam saya berada di pejabat UNHCR yang terletak di Jalan Sri PEtaling, memanggil saya untuk menulis satu entry di blog saya. Betapa untung nya kita berada di bumi Malaysia ini yang aman dan bebas dari peperangan. Pejabat UNHCR tiada bangunan tetap, ia hanyalah blok2 kabin yang dikumpul kemudian dijadikan pejabat. Kebanyakan pekerja UNHCR adalah sukarelawan yang banyak juga terdiri daripada golongan professional. Kalau anda ingin menjadi sukarelawan boleh rujuk ke website UNHCR Malaysia. Sekurang2 nya 3 bulan untuk menjadi sukarelawan. Tahukah jika mereka tidak gembira tinggal di sini, mereka boleh memohon resettlement untuk ke negara2 lain yang mengiktiraf pelarian untuk keadaan yang lebih baik. Berbas2 mereka dihantar ke airport, ada yang ke USA ada yang ke Canada.

PERBEZAAN ANTARA PENDATANG DAN PELARIAN
Tahukah ada perbezaan antara pendatang dengan pelarian? Orang kita selalu salah anggap dengan istilah ini. Bagi kita mereka semua adalah pendatang. Benar, bukan?. Secara am, nampak sama kerana mereka semua meninggalkan negara mereka dan datang ke sini. Saya petik dari UNHCR website; perbezaan antara mereka;

Pelarian/refugees:
  • Refugees are persons fleeing armed conflict or persecution. Their situation is often so perilous and intolerable that they cross national borders to seek safety in nearby countries, and thus become internationally recognized as "refugees" with access to assistance from States, UNHCR, and other organizations. They are so recognized precisely because it is too dangerous for them to return home, and they need sanctuary elsewhere. 
  • Refugees are defined and protected in international law. The 1951 Refugee Convention and its 1967 Protocol as well as other legal texts, such as the 1969 OAU Refugee Convention.
  • The protection of refugees has many aspects. 

Pendatang/immigrant:
  • Migrants choose to move not because of a direct threat of persecution or death, but mainly to improve their lives by finding work, or in some cases for education, family reunion, or other reasons. Unlike refugees who cannot safely return home, migrants face no such impediment to return. If they choose to return home, they will continue to receive the protection of their government.
Nampak tak perbezaan nya? Besarkan jurang perbezaan definasi antara dua ini. Jadi, jangan anggap mereka sama.

Secara peribadi, pelarian UNHCR dibenarkan untuk tinggal di Malaysia atau di mana2 negara yang terdapat organisasi ini. Amnya, hanya dibenarkan untuk tinggal sahaja. Bergantung kepada negara. Ada negara yang membenarkan mereka bekerja serta menikmati kemudahan2 seperti rakyat mereka tetapi masih ada tempoh tertentu untuk melayakkan mereka menikmati kemudahan itu. Manakala pendatang tanpa izin secara terang2an kehadiran mereka tidak sah dan haram  dari segi undang2 negara. 


Pendatang, ada dua cara kemasukan mereka ke sini, samada dari jalan darat atau jalan laut di mana tidak memerlukan langsung passport atau identiti pengenalan diri. Kedua, jalan udara yang menggunakan passport dan tinggal di sini mengikut tempoh yang dibenarkan seperti social visit pass/visa. Setelah expired, mereka dinamakan P.A.T.I jika mereka tidak memperbaharui pass atau visa mereka. Begitu juga dengan pelarian, buat permulaan masuk seperti pendatang samada dari jalan darat,laut atau udara, tidak ada passport atau ada passport tetapi kemudian datang ke pejabat UNHCR untuk memohon status sebagai refugees UNHCR. Diingatkan bukan mudah juga untuk memohon status ini, ada interview dan saringan yang perlu dijalankan. Sebab itu, ada kes kad penipuan yang dijalankan oleh sindiket2 yang tidak bertanggungjawab. 

APA ITU UNHCR?

Sebelum itu, Siapa UNHCR? Apakah fungsi UNHCR? Permulaan, UNHCR bertapak di Malaysia sejak dari 1975 ketika masa itu, ramai pendatang dari Vietnam masuk ke sini. Dari saat itu, UNHCR membantu pendatang2 ini untuk mendapatkan status pelarian. UNHCR adalah singkatan dari United Nations High Commissioner for Refugees. Ditubuhkan pada December 14, 1950 oleh United Nations General Assembly bertujuan untuk membantu dan membela nasib2 pelarian di seluruh dunia. Namun begitu, Malaysia tidak mengiktiraf status pelarian ini. Nak tau kenapa? Sebab kerajaan tidak menandatangi United Nations Convention Relating to the Status of Refugees, Article 1(A) (2) 1951. Ada juga sebabnya kenapa Malaysia tidak melakukan demikian, antara sebab utama untuk menjaga kebajikan rakyat negara sendiri. Ini kerana dalam konvensyen ini, pelarian2 mempunyai hak seperti mana yang diperolehi oleh rakyat sendiri tanpa sebarang diskriminasi. Seperti peluang pekerjaan, gaji yang sama rata mengikut taraf pelajaran mereka serta hak2 yang lain. Disebabkan Malaysia negara yang masih membangun bukan seperti negara USA, Australia serta negara2 lain yang telah maju (Di mana mereka menandatanangi Konvensyen ini), berpendapat kita tidak mampu untuk menyediakan kesemua yang termaktub dalam konvensyen ini. Tetapi kerajaan masih jugak menyediakan kemudahan yang semampu yang boleh kepada pelarian2 ini.

AKTA IMIGRESEN MALAYSIA

Disebabkan kerajaan tidak mengiktiraf pelarian kerana tidak menandatanangi konvensyen, ini bermakna di atas kertas pelarian sama saja dengan imigran. Bermaksud pelarian di bawah Akta Imigresen 1959/1963. Dibawah akta ini mereka dianggap sebagai pendatang tanpa izin dan tertakluk kepada tangkapan, tahanan serta dihantar pulang ke negara asal. Boleh rujuk akta ini di website Jabatan Imigresen sendiri. Namun begitu, kita tidak boleh suka2 menghantar mereka pulang kerana UNHCR akan membela mereka. Tidak berperikemanusiaan lah kita kalau nak menghantar pulang mereka ke negara mereka yang sedang bergolak, seolah2 kita menghantar mereka MATI. Ini kerana pelarian UNHCR boleh menggunakan status Basic de Facto di peringkat negara. Ini kerana mereka diiktiraf diperingkat antarabangsa untuk tidak disabitkan kesalahan mengikut akta imigresen ini. Tetapi jika mereka melakukan kesalahan jenayah, semestinya mereka boleh disabit kesalahan  dan menjalani hukuman jika terbukti bersalah. Namun begitu, jika sebelum ini tinggal melebehi masa (overstay-bagi mereka yang masuk menggunakan passport) dan dalam masa yang sama berstatus pelarian UNHCR, boleh juga ke memohon Special Pass untuk pulang. 


PENUTUP

Kita seringkali menyampaikan simpati kepada mangsa2 peperangan. Palestin contohnya. Syria, Rohingya, Selatan Filipina, Yemen serta negara2 lain. Dengan gah kita hashtag #PrayForPalestin #PrayForRohingya ,etc. Tetapi bila mereka ke sini dan tinggal antara kita, lain pula ceritanya. Mereka dipandang rendah apatah apabila mereka jugak menikmati kemudahan perubatan di hospital kerajaan. Apalagi, lagilah kita bising kan. Tambah2 kita terpaksa pula berebut2 katil dengan mereka. Diingatkan mereka bukan pendatang tanpa izin. Itu belum lagi bising kalau ada antara kita yang nak berkahwin dengan pelarian. Mahu tak, malulah kan kalau ada ahli keluarga yang berkahwin dengan pelarian. Namun begitu, tiada masalah kalau nak berkahwin dengan mereka secara sah mengikut undang2 tapi perlulah rujuk dahulu dengan Jabatan Agama Islam Negeri di tempat masing2.

Pelarian di sini tidak dibenarkan bekerja, tapi secara lojik kalau tidak dibenarkan bekerja bagaimana pula mereka hendak menyara keluarga. Tahu kan kadang2 mereka satu keluarga lari dari negara mereka untuk mendapat perlindungan. Jika tiada pekerjaan bagaimana untuk mendapatkan wang. Takkan nak harapkan U.N saja membantu. Takkan pula nak mengharap belas ikhsan derma orang, meminta sedekah ditepi2 jalan. TEtapi masih ada juga orang kita yang bertimbang rasa dan hati baik memberi mereka pekerjaan yang biasa2. Bolehlah mereka menampung perbelanjaan sedikit sebanyak. Secara peribadi, masalah2 kekurangan tenaga kerja di sektor buruh di Malaysia boleh dikurangkan jika kita mengambil mereka bekerja di sini. Tidaklah lagi kita perlu mengimport Bangla, Nepal dan berikan pula permit kerja. Masalah ini dapat dikurangkan daripada kita membawa masuk 1.5 juta Bangla. Menambah lagi masalah yang ada, menambah pula jumlah orang luar mencari rezeki di sini, lebih baik mengupah saja pelarian2 ini yang memang dipantau oleh UNHCR. Namun begitu, banyak aspek2 lain yang mungkin perlu dikaji sebelum boleh mengambil mereka bekerja.