Thursday, July 18, 2013

Hari KeTiga di London

oleh sebab duduk dorm kan, so nak mandi pun, kena la beratur. bilik air nye ok, specific untuk gender. ada female n male shower. masa kat Aussie dulu, campur. mandilah dengan minah saleh ni from France. Shower ada dua. perghh minah ni, mandi bogel. bukan tak de curtain tu. tutup le kan. dah peel diaorang macam tu. dia kali ke 2 kat sini, ada seminar. dia katalah pernah ke Malaysia, KL dan Penang. Penang mesti tempat wajib kan kalAu tourist datang ke Malaysia. dia kata dia suka foods. banyak kan variety. and dia kata bersih tempat. hehe. aku kata maybe clean at some place esp tourist place, but not other place. dia pun agree.


hari ni naik open roof bus. ada 3 company yang aku nampak. Big Tour Bus, yang ni ramai naik. The Original Tour, ni yang aku book. lagi satu apa tah, lupe. hehe. bas warna biru. yang lain2 warna merah. disebabkan aku dah beli online, so print je la e ticket tu, ada fews pick up point. samada di Trafalgar Square, Marble Arch Speaker Point, and fews point. Korang cari la yang mana dekat ngan hotel korang. beli online coz murah sket. sebelum datang beli le.












dari Bayswater Station, turun kat Earls Count station, then amik train ke Picadally Circus. Tara dah sampai. Pas tu blur, alamak mana pick up point ni. kat sini ada Museum Ripley Belive it or not. and dekat gak dengan Trafalgar Square. pusing2, jumpa la kedai original Tour ni. tanya kat mana pick up point, so tak jauh je adalah 2 minit jalan. kalau nak tambah lagi satu hari, tambah dalam 8 pound. so total will be 30 pound. aku beli one day je, so tanpa pikir2 panjang terus kata tak mau. ahaha. menyesal lak tak mau. coz kenapa ko nak tau. tak cukup masa, kekekee. sedangkan sampai sana pagi2 tu.






so, aku suggest kat korang beli lah 2 hari tour open roof bus tu. tambah2 korang pi ramai2 kan, memang tak cukup masa. ko berenti je, nak posing2 lagi. kalau ramai pi, confirm tak cukup masa. bus ni ada few trips. ada 6 trips. ada merah, kuning, hijau, biru, purple dan apa tah. ada brochure so korang tengok la route dia tu. tempat2 yang best warna merah dan kuning. nanti dalam bus ada tour agent yang bercerita pasal kota London. sejarah bangunan nya. hotel mana biasa artis hollywood duduk. hotel mana biasa Queen Elizrbeth stay.

















disebabkan aku sampai pun kira bas pertama. Awal tuu. So, kat atas ni tak ramai yang duduk. pe lae, snap sekeping.




















Memang pusing sakan aku hari ni. Yang macam pintu gerbang tu Marble Arch. Ada satu yang sama kat France. Yang patung tu kat area Hyde Park Lane. Gambar lampu tu di pagar2 taman, kalau kat atas ada lambang tiara maknenya taman tu private. Taman private raja.

















Big Ben dan sekitarnya. yang patung singa tu sekitar Westminster jetty.



















Suka tengok Tube station ni. Meriah je.



















Layan. Ada showroom Ferrari.
bawah tu Chinatown.





















Trafalgar Square yang tinggi2 tu. Masa ni ada buat pe tah, renovation. Big Ben dan Eyes of London.





















Nasib baik time ni, London sejuk dan berangin. So, tak lah panas sangat duk atas bas yang open roof top ni. Gambar London Bridge di ambil dari atas cruise.
















aku pusing satu trip. nak biasakan la konon, tempat nye. nanti nampak la, jalan mana, underground station mana. then aku naik bus yang sama lagi ke tempat free cruise tu di Wesminster Pier. boarding point No-4. naik bus ni, ko stop la kat mana2 point then naik la mana point. tunjukkan je tiket tu. free leww, for 24 hours.











tu die, cruise dah sampai.











dalam cruise ni, jurucakap ni kelakar. biasa la kan, kalau tak boring la. suka tengok jambatan2 kat sini. layan je ek.


berbaloi naik bus ni. boleh tengok all London. Banyak sangat gambo nak di upload. apa yang sempat je la ek. main tourist places memang banyak. tu dah famous. aku upload apa yang tk de la je.







kalau korang rajin nak berbasikal. boleh la. aku malas derrr. betis urat daun.








balik aku naik bus company yang sama coz dia ada lalu Bayswater Road trip die. tapi last trip dalam kul 6. so jangan berangan konon nak balik malam. bas tak lalu dah kat sini. Free kan. jimat 3 pound. sampai je terus ke Malaysia Hall Canteen. ramai gak yang makan. jumpa la minah melayu ni, dia buat phd tapi datang sini coz nak amik data di arkib british, n british library. amik social science kan. lama gak la borak2, then dia suggest nak shopping pi kat Oxford Street tu. Primax shop ke, Sport Direct..coz murah. kasut beli kat Clark. murah la daripada rege kat Malaysia. klw kat Malaysia almost 4 hundred kan. sini kalau sales leh dapat 150 hinggit. pergh, murah gilos. Kat malaysia pun time sales tak dapat rege tu. so, esok plan nak ke sana. aku bukanlah kaki shopping. coz luggage aku kecik jew.

aku bukan apa konon2 nak survey2, last2 pi beli. huhuhu.

Hari Kedua di London

perghh, jetlag aku. bangun kul 2 pagi lebih waktu london. then tido balik. last2 bangun kul 5, terus mandi. tak larat dah nak tido.

tengah hari ni planned nak ke Stonehenge. dah book tour online, biasa 25 to 30 pound. tapi cari punye cari dapatlah company murah sket 24 pound. ok la kan. tapi tour ni tengah hari. so aku planned nak pusing2 dekat2 area sini. nak biasakan jalan. rupenye malaysia hall, sebelah block je. ada kantin kat sini, bukak 8am sampai 10pm. belum try lagi coz breakfast free je kat hostel ni.

ada plan jumpa satu mamat ni, duduk kat East London. kenal kat wechat. hahaha, berani je aku ni kan. tak pe la, at least ada kawan nak borak2. indian guy. tak la kacak pun, biasa2 je. muka india yang memang tak handsome. kakaka. jahat mulut aku. hahaha. nak pegang2 lak mamat ni, pegang pinggang la. siut je kan. macam la aku ni OKU, tak tau nak berjalan. last2 aku sound direct, dont touched me!! i dont like it. hahaha. lepas tu, baru dia nak hormat aku sikit. jantan macam ni, memang kena sound direct je. macam hawauuu.




jalan2 kat Oxford Street. banyak la kedai. kedai souvenir pun banyak gak. beli la sket adalah 10 pound, key chain n magnetic fridge. mamat ni belanja. mamat tu nak belanja beli baju, aku kata no need, thanks but no thanks. hhehe. sori la, aku bukan kaki nak kikis2 ni. bukan apa, takut ada udang di sebalik mee.














then pi Gloucester Station, coz pick up point ke Stonehenge tu kat situ. lunch jap, ada restaurant halal kat situ. adalah complete set dalam 8 pound. nasib mamat ni belanja. nk dekat 50 hinggit jugak kan. Gambar sebelah ni dekat kawasan2 yang berdekatan.




then tunggu la bas. Evan Evan Tours. ramai, penuh la. jarak masa ke Stonehenge ni dalam 2 jam. apa lagi, tido la. nak tau sejarah stonehenge ni, ala korang surf la google.














sampai sudah..






Ramai gak ke sini.













sampai pe lae, amik gambo la. almaklumlah, sorang kan, so tak reti2 mintak orang amik kan gambo. kahkahkah.

















Sini jauh skit dari penempatan.







Layan je la gambar. Mamat bawah tu sedang lukis batu2 stonehenge tu, lukis corak batu. kreatif gituew.

















Stonehenge di kawasan Wiltshire. Gambar bawah tu dekat ngan kawasan Stonehenge ni.















sampai ke london dah kul 7pm. balik hostel la. tak tau dah nak pi mana. mamat tu ajak dinner. ahhh, tak kuasa aku la. kalau siang pun miang semacam je. malam lagi la kan. puihhhh. hahaha. siae je jantan macam ni. korang kalau travel alone, kena la berhati2 sket. nak jumpa kawan yang baru kenal dalam internet, ok. tapi ada batas2. rasa tak secure, cari alasan untuk blahhh.

Hari Pertama Di London

this is again the craziest things i ever done !! travel to london alone. kakaka. tu la aku, penuh kejutan. tapi ramai dah buat macam ni setakat sorang2 jalan2 di London, apalah sangat kan. kali ni travel, lama sikit. coz i am planned to travel other countries of europe for 16 days. so, the total of days will be 20 include london. Tu lum lagi nak ke Turkey !!

di london, i just alone. ala, aku memang dah biasa sorang kan, apa nak heran sangat kalau jalan2 pun sorang2. hehe. 4 hari di london, kemudian hari ke 5 aku ke negara eropah lain. tapi yang ni aku join Kelana Convoy trip. coz aku malas nak buat survey2 awal ke negara2 lain tu.

dalam airport aku duk sebelah family melayu, nasib baik klw tak jenuh aku nak speaking. hehe. makcik ni pegi satu family, attend konvo anak dia kat univ west london. then pi scotland, lawat anak dia lagi sorang. boleh tahan gak pandai2 anak2 dia. dlm hati aku kata kaya jgk makcik ni coz satu family pi kan, rupe2 nye berniaga. berniaga makan, banyak gak la kedainye. patut le kan.

dalam flight aku rasa dah berapa kali aku tido dah, bosan ya amat. 13 jam kan. nasib baik ada makcik sebelah ni, leh borak2. kalau tak mati kutu !!!!.





sampai di heathrow airport, kat point immagration tu, kena soal la ngan staf. berapa hari kat sini, untuk apa. pastikan korang beli dah tiket return tapi kat klia staf masa check in tu akan tanya klau tak de record balik guna flight yang sama.

 
selesai semua, aku blurred !!! camno ni nak pi hostel. tapi sebelum tu aku dah cari info, mcm mana nak ke hostel yang aku book tu. ada banyak cara. so suka mana korang la nak amik yang mana. naik bas pun boleh. tube pun boleh. tapi disebabkan aku ni pertama kali sorang lak tu, so aku amik je Heathrow Express. mahai la coz cepat sampai dan tak banyak stop. suggested naik ni kalau beg beso gedabak dengan family lagi lak tu kan. nak murah naik tube underground tu.


sebelum tu aku wifi jap, nak bagi mesej. 45 minit je free. pas tu, ko bayo la. beli sim card handphone. ada mesin sim card, ko nak beli beli kat situ je la. aku beli LYCA UK. kat Aussie pun ada company ni. rege dalam 10 pound. saje la beli, ikutkan nombor malaysia aku ada roaming, automatically activated. tak yAh daftar2. tapi mahal kan, roaming2 ni.

tiket Heathrow express, mak datuk. 20 pound tu one way je tu. beli kat mesin atau kat kaunter pun boleh. kalau korang balik gune airport yg sama, better beli return ticket coz murah sket. kat airport pi ke terminal 4, then change plAtform. go to platform 2, going to paddington station. it wl be passed through Hayes and harlington, Southall, Hanwell, west ealing, ealing broadway n lastly paddington.



sampai paddington station, aiseh camno ni nak naik ke Bayswater underground station. punye le besao station Paddington. hostel aku kat area2 Bayswater station tu le. last2 tanya staf, then aku turun ke level lagi satu untuk ke train. beli osyter card, kena deposit 5 pound dan top up ke Bayswater 5 pound. tak jauh je, satu station je train.








cantik gak surrounding Bayswater ni.








sampai la aku ke tempat nak dituju. pas tu, blurred lagi la, mano hostel aku ni. tanya staf yang jaga where is inverderness terrace. bagus, siap ada map. tak jauh je dalam 5 min. tapi disebabkan aku blur, tak tau jalan pusing2 gak la aku. sampai la ke Hyde Park Hostel. hotel budget yang termurah aku dapat. Berjaya Hyde Park dekat je kat station ni. kalau ko berduit, leh la stay sini.








aku book 10 bedded female hostel cost around 62 pound for 4 nites. katil sorang le. 10 pound deposit, nanti check out, dapat la balik 10 pound tu tapi pastikan jangan hilangkan kunci kad dan lain2. sebelah je block Malaysian Hall. tapi aku tak book situ coz mahai, satu malam 25 pound!!! jam malaysia menunjukkan kul 2 lebih pagi. patut le mata aku lain macam dah. JETLAG!!









sampai bilik, cuci muka, then zzzzzz. tapi mata den susah nak tidur gak.