Thursday, October 3, 2013

Kleine Scheidegg and Jungfrau, Swiss (Part 3)

 
 
 
Hari ni adalah kemuncak di Swiss !!. Nak ke Jungfrau atau dikenali Top of Europe. Tinggi gunung ni 4158m. Nak ke sini kena naik train dari Lauterbrunnen dan tukar train di Kleine Scheidegg. Jom tengok pemandangan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Meh baca sikit mengenai Jungfrau;
  • The summit was first reached on August 3, 1811 by the Meyer brothers of Aarau and two chamois hunters from Valais. The ascent followed a long expedition over the glaciers and high passes of the Bernese Alps. It was not until 1865 that a more direct route on the northern side was opened.
  •  
  • The construction of the Jungfraujoch railway east of the summit in the early 20th century made the area one of the most-visited places in the Alps. Along with the Aletsch Glacier to the south, the Jungfrau is part of the Jungfrau-Aletsch Protected Area, which was declared a World Heritage Site in 2001.
 
 
 
 
 
 
So excited. Kagum sangat dengan ciptaan Allah. Sangat-sangat cantik. Dah bergambar mula lah rasa gediks sikit, kan. hehe. Lembu kat sini cantik, baka mahal kan. Terdengar bunyi loceng. Kling-kling-kling. Not keling-keling ek. Di leher lembu ni ada loceng. Tu yang bunyi tu.







 
 
 
 
 
 
 Tengok lah gambar, ikutkan ada video. Dah upload. Tapi tak kuar pulak kat blog. ish ishh, apsal tah.
 
 
 
 
 
 
 










 
Tukar train pulak.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
At last, sampai lah ke sini. Kepala ada pening sikit. Mungkin sebab oksigen kurang kan. Kurang2 pun, posing tetap tak hingat. Dalam bangunan ni memang sejuk tapi bila dah kat luar, tak lah sejuk sangat. Tapi memang rasa nak muntah. Tak sedap betul rasa.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kebetulan ada salji turun. Berbaloi. Hari tu di Turki, tak dapat merasa. Ni kira jakun la. Haha. Muka aku sun burn gila kat sini, tu pakai SPF 6o tu. Cahaya matahari nye perghh terasa tu kat muka. Selaran matahari. Korang kena pakai lagi tinggi la nampaknye.















Posing reramai. Lompat jangan tak lompat. Kat sini tourist2 yang dari negara lain, memang vangang. excited sangat jangan lah sampai nak bogel bukak seluar. Betul. amik gambo pungkok la. Siuttt je. Tak pasal2 aku dapat dosa kering. Yang mat saleh pulak ramai2 bukak seluar amik gambar tuttt. Puii. Tak tau malu. Hahaha.






Sekian saje coretan di Swiss. Di sini memang mahaii, souvenir mahai dari tempat lain. Makanan pun mahal. Esok nak ke Paris pulak.

Lauterbrunnen, Trummelbach Falle and Interlaken, Swiss (Part 2)

 
 
 
 
Hari ni menjelajah ke kawasan berhampiran camp site. Jalan kaki sampai lah ke air terjun Trummelbach.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Air terjun ni boleh minum tau. Kalau tengok warna air macam putih kan tak jernih sebab tu salji yang cair dari atas gunung macam warna salji. Amik satu botol air terjun ni untuk minum. Haus kan nanti. Ok lah rasa. Sedap. Bersih,k. Hidup lagi ni masa update blog. Hahaha.
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
Pemandangan tak yah cakap. Jatuh cinta terus.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
Dengan pokok daisy nye. Perghh semua tak hingat posing. Lompat la kan, apalagi. Orang nak mengata, ada aku kesah.. Janji aku dah sampai sini. Muahahaha. Sori riak la pulak.
 
 
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Layan je la gambar. Konon macam model. Hahaha. Lantak la. Bila lagi.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
Jauh jugak berjalan kaki nak sampai ke air terjun Trummelbach ni. Tapi disebabkan cantik pemandangan so tak lah terasa penat. Tambah2 minum air terjun Swiss ni kan. Perghh. Nak masuk sini ada bayaran sikit. Tapi tak lah mahal sangat. Cer tengok ada pelangi. Selalu nampak pelangi kat langit kan. Ni kat air terjun. Alaa, korang baca lah sains macam mana pelangi terbentuk. Kira lojik la ada kat sini. 
  
 
 
 
 
 
 




Cantik sungguh. Penat naik tangga. Fuh, hilang kalori banyak gak ni. Hati2 coz tangga licin.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
Abis di sini, boleh balik ke camp site. Tapi kitaorang tak nak balik. Nak ke Interlaken. Bandar lain tapi tak jauh dari Lauterbrunnen. Naik train, yang ni kena bayar sendiri. Amik train di Lauterbrunnen.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
Sampai di Interlaken, nak cari makan lah konon. Tak banyak restoran halal di sini. Ada 3. Satu Turkish restaurant, Pakistan dan apa tah satu lagi. Yang Turkish n Pakistan rege nye bolah tahan mahal. So pilih la yang mana ikut selera. Tapi aku ikut poket lah kan. Selepas makan, jalan2 di Interlaken. Konon nak pi la tempat shooting alaa yang Tiz Zakiyah berlakon ngan Remy Ishak tu. Apa tah nama tempat dia. Tak lah jauh dari sini tapi amik bas lah jugak. Tapi badan penat. Tak larat pulak. So kat sini je lah.
  
  
 



Nampak bas Expat Explore. Ni pun macam budget travel agen jugak. Murah dari Kelana Convoy tapi yang incharge tu bukan muslim lah. Susah nak bab2 makan2 ni. Gambor kerusi wajib aku amik coz ada nama tempat tu. Macam kat Izmit, Turkey pun aku amik. Suka2. Air sungai nye hijau.
 
 
 
 







Lepas tu lepak2 atas rumput. Golek2. Hehe. Kat sini nak beli souvenir murah. Terus balik ke camp site. Esok nak naik gunung pulak. Nak rasa salji. Kalau ikutkan dah rasa dah masa di Turkey last winter tapi disebabkan kalau stay camp site, lagi boring kan. So pi la. Terbang wuit. Empat ratus RM jugak la. But its really worth it. Tunggu final part. 

Lauterbrunnen, Swiss (Part 1)

 
 
 
Wahh, hari ni memang excited. Maklum lah nak ke Switzerland. Yeaayyy. Matawang Swiss Franc.  Ke sini Julai 2013. Dari Italy terus ke sini. Perjalanan mak oii, memang lama sehh 9 jam macam tu nak sampai ke camp site. Apa lagi tido la kami. Tapi dah masuk ke Swiss, tak boleh tido coz pemandangan nye sangat cantik. Jom tengok gambo.
 
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
Sebelum sampai di camp site, singgah dulu macam RnR la. Cantik sangat. Subhanallah. Belum sampai main city lagi ni.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tak jauh dari sini, ada sungai. Jernih kau airnya. Tak de macam teh susu.
 
Akhirnya, sampai la di Schuetzenbach Backpackers and Camping. Perghh, memang cantik siut. Di kelilingi gunung-ganang. Superb. Kat sini aku stay dalam dorm. Tak sanggup rasanya duk dalam khemah. Sejuk tuuu. Tapi kena tambah duit sikit. Tak banyak la. Berpatutan. Cantik bilik kami tau. Bukak pintu bilik je nampak gunung, berkabus, bersalji lak tu. Mana nak dapat kat Malaysia. Kan kan.
  
 
 
 
 
 
 
Hari ni hanya di camp site je coz sampai dah hari hampir malam. Jalan2 dalam kawasan ni. Ada kawasan perkuburan. Cantik dan kemas. Rumah sini memang consider besar jugak. Ramai stay sini biasanya yang dah umur senior. Nak udara nyaman, lari dari hiruk pikuk bandar.
 
 
 
 

 
 
 


Malam memang tido best sangat coz pertama kali tidur atas tilam. Selalu atas rumput. Esok meneroka kawasan Lauterbrunen yang lain pulak dan ke Interlaken. Diingatkan kos ke Swiss dah masuk semua untuk trip ke Europe dengan Kelana Convoy. Just bayar sendiri untuk train, mountain, air terjun dan aktiviti lasak yang lain di sini. Sebab itu semua, optional.