Warganegara Malaysia yang mengambil keputusan untuk
berkahwin dengan pelarian ini adalah
checklist paling penting mengikut keutamaan; diingatkan DIBENARKAN BERKAHWIN
DENGAN PELARIAN MENGIKUT UNDANG2 NEGARA, jangan dengar sangat cakap orang, tak boleh lah, illegal lah. Jangan ikutkan sangat maklumat yang
ada di Google esp entry tahun 2011 mengenai yang nak kahwin dengan pelarian Myanmar tu (:D :D), sekarang tahun 2016!!. Sila datang sendiri ke ibu pejabat U.N.H.C.R untuk kepastian
apa2 yang tidak faham. Untuk faham serba sedikit mengenai pelarian tengok
posting sebelum ini -->
klik sini.
1) Pastikan pasangan anda adalah pelarian U.N.H.C.R
yang betul. Disebabkan banyak sangat kes kad tipu yang menggunakan identiti
orang lain tetapi gambar orang yang menipu. Maksudnya bukan gambar sebenar
identiti pelarian tersebut. Bagaimana nak pastikan itu bukan kad palsu? Klik --> sini. Tapi tak boleh la korang check sendiri sebab hanya pihak tertentu saja boleh. Maka nya sila
lah bersama pasangan anda itu ke ibu pejabat U.N.H.C.R. Google aje jika nak
tahu alamat, paling senang naik teksi dari K.L Sentral ke sini. Datang pagi2
untuk mengambil nombor giliran. Jika pasangan anda ragu2 atau macam2 alasan
untuk tidak pergi, LUPAKAN SAJA DIA kerana terang2 dia menggunakan kad pelarian
yang palsu.
2)
Dah alang2 datang untuk pastikan pasangan anda
bukan menggunakan kad pelarian palsu. Mohon surat kebenaran untuk berkahwin
dari U.N.H.C.R. Pastikan anda telah mengisi borang permohonan untuk bernikah
dari Jabatan Agama. Sebab U.N.H.C.R perlukan kepada siapa surat kebenaran itu
akan ditujukan. Isi borang online saja dan print sebelum datang. Boleh siap
hari tu juga atau mungkin kena datang semula ambil surat kebenaran sebab perlu
buka profile pasangan anda dahulu. Hanya staf tertentu saja yang boleh buka
profile pelarian.
3) Dapatkan surat kebenaran berkahwin dan pengesahan
bujang dari Kedutaan pasangan anda. Kedutaan Yemen ke Syria ke Palestin ke,
etc. Kalau pasangan anda dari Rohingya penulis tidak pasti sebab mereka tidak
diiktiraf oleh Negara Myanmar (sedih kan, siapa lagi nak bantu kalau bukan
kerajaan sendiri). Tapi penulis ada dengar boleh juga berkahwin. Sila ke
U.N.H.C.R untuk pertanyaan lanjut.
4) Datang ke Jabatan Agama Negeri untuk tahu checklist
yang perlu disediakan sebab ini adalah peringkat paling akhir sebelum
dibenarkan permohonan untuk berkahwin. Makna nya bila permohonan lengkap dengan
dokumen barulah diproses. Seperti Sijil Kursus Perkahwinan, HIV test, etc. Pastikan bertanya dengan ustaz yang bertugas bukan
STAF DI KAUNTER. Sebab tak ramai staf yang tahu sangat mengenai prosedur
berkahwin dengan pelarian U.N.H.C.R. Nanti anda dapat maklumat tidak lengkap.
Dan tidak semua Jabatan Agama Negeri membenarkan perkahwinan dengan pelarian.
Buat masa ini yang penulis tahu ialah negeri Selangor dan Johor. Sila datang ke
Masjid Besar Shah Alam atau Jabatan Agama Johor di Johor Bahru untuk
pertanyaan. Dengar juga boleh di Kelantan. Apa2 sila pergi sendiri ke Jabatan
Agama Negeri di tempat sendiri untuk kepastian.
5) Tidak perlu ke pejabat imigresen seperti checklist
yang nak berkahwin dengan warga asing. Prosedur dengan pelarian tidak sama.
Untuk kepastian, tanya Jabatan Agama Negeri untuk checklist. Sebab mereka
yang mengeluarkan surat kebenaran untuk berkahwin.
Itu saja checklist nye. Apa2 rujuk kepada U.N.H.C.R
dan Jabatan Pendaftaran Negara seperti status anak yang lahir selepas
bernikah bagaimana?, persekolahan anak di sekolah kerajaan selepas
bernikah nanti bagaimana? Dan Pejabat Imigresen seperti status pasangan untuk
tinggal di Malaysia setelah bernikah bagaimana? Jangan dengar cakap orang,
pergi tanya sendiri dan dengar dari telinga sendiri. Lagi afdal. Kehkeh. Kalau
anda tahu jawapan, informlah pada penulis. Mahu tahu juga.
Sebenarnya banyak nak ditulis tapi almaklumlah majoriti orang kita jijik sangat bila dengar nak berkahwin dengan pelarian. Sedangkan ramai saja penulis dengar orang kita tak kira lelaki atau wanita Malaysia yang berkahwin dengan mereka, tidak kira yang kerja biasa2 atau golongan professional pun ada. So bagi yang nak berkahwin dengan pelarian, nak tahu lebih lanjut atau yang sudah berkahwin nak kongsi apa2, sila post komen anda berserta sekali email. Yang tak berkenaan tu, tak payah lah komen. Hihii.
Sekian.
UPDATE INFO TERBARU JANUARI 2023.
BERKENAAN PERMOHONAN PERNIKAHAN ANTARA WARGANEGARA PEREMPUAN DENGAN PEMEGANG KAD UNHCR. ATAU WARGANEGARA LELAKI DGN PEREMPUAN UN, DUKACITA SEKARANG INI TIADA LAGI PERMOHONAN YANG BERJAYA. DISEBABKAN POLISI BARU DARI JABATAN AGAMA MALAYSIA. DI SELANGOR SERTA JOHOR TIADA LAGI PROSES PERMOHONAN. MALAH JABATAN AGAMA NEGERI LAIN PUN SUDAH TIDAK BOLEH LAGI.
JANGAN TANYA SAYA KENAPA DULU BOLEH SEKARANG TK BOLEH. KENA TANYA PEMBUAT POLISI LAH YE.
SAYA INGATKAN PADA WANITA2 MALAYSIA, FIKIR CARA RASIONAL DAN MASA DEPAN. JANGAN TERLIBAT DENGAN SINDIKET PERNIKAHAN PALSU YANG BUKAN DENGAN KADI BERTAULIAH SEMATA NAK BERKAHWIN DENGAN PEMEGANG KAD UNHCR LELAKI. JABATAN AGAMA MALAYSIA TAK AKAN KELUARKAN SIJIL NIKAH UNTUK PERNIKAHAN PALSU INI. MALAH YOU ALL AKAN DIDAKWA KERANA MENIPU.
JANGAN KELIRU. UNTUK LELAKI/PEREMPUAN LUAR NEGARA PEMEGANG PASSPORT NEGARA MASING2 DAN ADA VISA YANG SAH MASIH BOLEH MEMOHON PERNIKAHAN DGN PEREMPUAN/LELAKI WARGANEGARA.