Thursday, May 17, 2012

PERCUTIAN KE BEIJING, CHINA (PART 1)

11 mEI 2012, Hari Pertama bertolak dari KLIA bersama 17 peserta dari POTO TRAVEL. Transit di HK dan terus ke Beijing. Sampai di JIN HUA BUSINESS INTERNATIONAL HOTEL pun dah hampir 1am. Aku sorang je. Dapat roomate nama EMIKO. Total cost of package is RM 2.4k. Ke sini aku tak berani pi sorang2, so join la tour agency. Esoknya bermula perjalanan ronda2 di Kota Beijing. Bila pergi dengan travel agency, wajib pergi government shop. Banyak gile lak tu adalah 8 tempat yang macam2 cerita dan menyampah. HAHA.

Government shop yang wajib di lawati;
1) FRESH WATER PEARL CENTRE
  • Briefing bagaimana mengorEk tiram cangkerang. Nak kenal yang mana asli atau tiruan.
  • Then, mula lah strategi mereka menjual produknya spt jewellary and cream pearl lah untuk muka cantik la, apa la.
  • Kesimpulan: tak beli apa pun.
  • Pengajaran: dah dengar penjelasan dari org incharge tu, then blah lah. tak yah tengok2.

2) PUSAT PEMULIHAN KEDOKTORAN TRADITIONAL CINA

Tempat yang paling menjengkelkan.
  • Aku dan Emiko je yang tak nak rendam kaki, ada ke patut orang yang incharge jurucakap la ni, kata kitaorang ni bodoh coz tak rendam kaki kononnya untuk kesihatan. Celaka je jurucakap tu. Nak je aku baling dengan kasut.
  • Selepas 30 minit merendan kaki, mulalah operasi mengurut kaki serta jual minyak kelentong. Ntah apa2 tah, katalah you ni hati sudah teruk, buah pinggang sudah rosak lah. Boleh pulak tu, tak payah blood test ke apa ke.


    • Yang bengong nie, jual produk yang sama, harga2 lain. Yang pakcik satu family ni, depa suruh beli produk sampai harga RM10k. GILA tul. Bila kata tak de duit, boleh lak suruh pinjam duit ahli rombongan yang lain. Memang sales approach, memaksa la.
    • KESIMPULAN: disebabkan aku tak rendam kaki, maka depa tak la datang kat aku untuk di check tapak tangan. Beli, sorry lah tak.
    • PENGAJARAN: kalau malas nak layan depa ni, senang. jangan rendam kaki.

    3) BAOFULING
    • Hahaha. Ini tempat satu lagi yang paling bodoh.
    • Dalam bilik tu, kitaorang ni gelak sakan la. Lebih2 lagi Kak Mastura. Kelakar.
    • Ada la demo konon2 nak tunjuk la betapa bagusnye Baofuling produk ni. Krim produk warna putih kain tu. Panaskan la besi ni atas api. Memang panas la sampai kertas letak pada besi pun boleh terbakar. Lepas tu, jurucakap ni pun hempaskan tangan dia pada besi tu. Then, tangan dia yang konon panas kena besi tu cepat2 tunjukkan pada muka kitaorang ni. Tapi dekat sangat pada mata, memang tak nampak pun tapak tangan tu. Kot2 la merah ke atau terkopek ke kena besi panas ke kan. Memang tak nampak. Then, cepat2 la letak krim tu. Dengan lakonan yang boleh la di calonkan pelakon pembantu terbaik. Calon je. Dah lama sket tu, tunjuk la tapak tangan tu. Time ni lama lak tunjuk. HAHAHA. Memang lawak.
    • Then, ubat2 lain ada la. Tapi yang tak best tu, konon2 memang confirm la memang baik la kalau makan ubat2 diaorang ni.
    • Siap ada microscope tengok jari, boleh nampak salur2 darah dalam jari tu. Yang kelakar tu, boleh la kata yang buah pinggang rosak la, pundi kencing itu ini. Lawak la. Macam mana lak boleh tengok tu dah tahu apa2 organ yang rosak/sakit ke.
    • KESIMPULAN: Aku ngan Emiko share la beli koyok. 300 Yuen ada la panjang nye 3 meter koyok tu.
    • PENGAJARAN: Dengar je la apa jurucakap tu cakap. Gelak mana yang patut. Nak beli ubat makan2 ni, pikir byk kali la.

    4)  KNIVE SHOP
    • Tempat ni paling ramai ahli rombongan kami beli. Set pisau. Ada tiga. Yang lain pisau kecil dan dua pisau macam nak buat keropok pisang ni. Satu set 280 Yuen.
    • Brand EXXON.
    • KESIMPULAN: Aku pun beli gak. Macam best je aku tengok demo nye.

    5) SILK CENTER
    • Disebabkan dah banyak nau masuk government shop. So, kitaorang dah lali lah. Dengar je apa jurucakap tu cakap.
    • Satu set cadar je dah ribu2 yuen. So, kitaorang dengar2 je la.
    • Tingkat atas ada jual sutera ela. Tapi pilihan tak banyak la. Baju2 pun ada.
    • KESIMPULAN: Aku tak beli apa2.




    6) JADE CENTER
    • Ha, yang ni lak jual2 jed. Rantai, gelang, loket, semua perhiasan diri la.
    • KESIMPULAN: Aku tak beli apa2. Tengok2 je dalam tu.

    7) PEARL SHOP PERHAMPIRAN STADIUM BIRD NEST
    • Ha, yang ni kelakar gak la. Pengurus nye macam ketua samseng la rupanya. Memang muka pecah rumah je. HAHAHA.
    • Translator orang Cina Malaysia. Tinggi2 orangnye and besar la. Nama Lam dari CHeras. Kata orang dalam internet. Macam2 nama mamat ni. Steven la dari Kedah. Orang yang sama.
    • Disebabkan anniversary kedai tu, dan anniversary manager tu dapat anak lelaki, depa bagila jed satu. Free la kononnya.
    • Memang free la. Tapi mahal2 gila barang2 dlm kedai tu.
    • KESIMPULAN: Time abis sesi cakap2 ni, aku pun blah. Tak beli apa pun. Last beli souvenir kat luar kedai tu. Murah dah la.
    8) Dr. TEA


    • Ni pun satu lagi tempat yang memeningkan kepala.
    • Pening sebab jurucakap ni bagi kitaorang ni minum teh. ada la 3 jenis kot. Tak la banyak sangat. Just satu cawan cina yang kecik tu. ABis je, nak naik bas ni.. ya rabbi..pening nye kepala. Minum teh cameron pun tak la pening macam ni.
    • KESIMPULAN: Sapa pun tak beli. Bengang je muka jurucakap tu. HAHAHA.







    Bab makanan2 ni, ok la. Breakfast, lunch and dinner disediakan. Restoran2 yang halal. Antaranya yang selalu makan di Restoran Mahua. Hari2 mesti ada telur dadar. Yang ni masa breakfast. Bawah ni masa lunch dan dinner. Supper makan sendiri.





    PERCUTIAN KE BEIJING, CHINA (PART 2)

    Antara tempat2 yang dilawati;
    1) SUMMER PALACE

    Masa ni, agak berkabus. So, bahagian belakang tak nampak sangat la. Weekend, ramai orang la kat sini.
    


    2) TIANAMEN SQUARE AND FORBIDDEN CITY

    Memang besar sangat tempat ni. Tapi kitaorang tak la pegi semua dalam ni. Penat.

    3) GREAT WALL

    Ni tempat yang paling teruja. Besar sangat. Tak terkata. Macam mana la zaman ni, diaorang boleh buat bangunan yang atas bukit. Dengan peralatan yang limited.






    4) BIRD NEST STADIUM




    5) PANDA ZOO

    Comel sungguh panda2 ni. ada 4 ekor je rasanya d sini.





    5) BANYAK LA LAGI SEPERTI MARKET2, LONG TV, HARD ROCK CAFE.

    Tuesday, May 1, 2012

    PERCUTIAN KE MEDAN

    Cuti2 4 hari 3 malam


    Hmmm, masa ni tengah pregnant anak no:3, dah lama dah ni. Tapi baru ada masa nak tulis dalam blog. Pergi dalam tahun 2010. Belanja tak lah byk sangat coz booking time promotion FREE SEAT. My husband and other 2 boys only paid for RM200. Flight ticket je la tu. Belum termasuk hotel lagi.
    Masa ni tak pergi mana2 sangat. Perut pun dah sarat marat. Jalan pun sakit je kat bahagian ari2. So pusing2 city medan je la. Danau toba dan yang lain2 tak pegi. tak larat,beb.