11 mEI 2012, Hari Pertama bertolak dari KLIA bersama 17 peserta dari POTO TRAVEL. Transit di HK dan terus ke Beijing. Sampai di JIN HUA BUSINESS INTERNATIONAL HOTEL pun dah hampir 1am. Aku sorang je. Dapat roomate nama EMIKO. Total cost of package is RM 2.4k. Ke sini aku tak berani pi sorang2, so join la tour agency. Esoknya bermula perjalanan ronda2 di Kota Beijing. Bila pergi dengan travel agency, wajib pergi government shop. Banyak gile lak tu adalah 8 tempat yang macam2 cerita dan menyampah. HAHA.
Government shop yang wajib di lawati;
1) FRESH WATER PEARL CENTRE
- Briefing bagaimana mengorEk tiram cangkerang. Nak kenal yang mana asli atau tiruan.
- Then, mula lah strategi mereka menjual produknya spt jewellary and cream pearl lah untuk muka cantik la, apa la.
- Kesimpulan: tak beli apa pun.
- Pengajaran: dah dengar penjelasan dari org incharge tu, then blah lah. tak yah tengok2.
2) PUSAT PEMULIHAN KEDOKTORAN TRADITIONAL CINA
Tempat yang paling menjengkelkan.
- KESIMPULAN: disebabkan aku tak rendam kaki, maka depa tak la datang kat aku untuk di check tapak tangan. Beli, sorry lah tak.
- PENGAJARAN: kalau malas nak layan depa ni, senang. jangan rendam kaki.
3) BAOFULING
- Hahaha. Ini tempat satu lagi yang paling bodoh.
- Dalam bilik tu, kitaorang ni gelak sakan la. Lebih2 lagi Kak Mastura. Kelakar.
- Ada la demo konon2 nak tunjuk la betapa bagusnye Baofuling produk ni. Krim produk warna putih kain tu. Panaskan la besi ni atas api. Memang panas la sampai kertas letak pada besi pun boleh terbakar. Lepas tu, jurucakap ni pun hempaskan tangan dia pada besi tu. Then, tangan dia yang konon panas kena besi tu cepat2 tunjukkan pada muka kitaorang ni. Tapi dekat sangat pada mata, memang tak nampak pun tapak tangan tu. Kot2 la merah ke atau terkopek ke kena besi panas ke kan. Memang tak nampak. Then, cepat2 la letak krim tu. Dengan lakonan yang boleh la di calonkan pelakon pembantu terbaik. Calon je. Dah lama sket tu, tunjuk la tapak tangan tu. Time ni lama lak tunjuk. HAHAHA. Memang lawak.
- Then, ubat2 lain ada la. Tapi yang tak best tu, konon2 memang confirm la memang baik la kalau makan ubat2 diaorang ni.
- Siap ada microscope tengok jari, boleh nampak salur2 darah dalam jari tu. Yang kelakar tu, boleh la kata yang buah pinggang rosak la, pundi kencing itu ini. Lawak la. Macam mana lak boleh tengok tu dah tahu apa2 organ yang rosak/sakit ke.
- KESIMPULAN: Aku ngan Emiko share la beli koyok. 300 Yuen ada la panjang nye 3 meter koyok tu.
- PENGAJARAN: Dengar je la apa jurucakap tu cakap. Gelak mana yang patut. Nak beli ubat makan2 ni, pikir byk kali la.
4) KNIVE SHOP
- Tempat ni paling ramai ahli rombongan kami beli. Set pisau. Ada tiga. Yang lain pisau kecil dan dua pisau macam nak buat keropok pisang ni. Satu set 280 Yuen.
- Brand EXXON.
- KESIMPULAN: Aku pun beli gak. Macam best je aku tengok demo nye.
5) SILK CENTER
- Disebabkan dah banyak nau masuk government shop. So, kitaorang dah lali lah. Dengar je apa jurucakap tu cakap.
- Satu set cadar je dah ribu2 yuen. So, kitaorang dengar2 je la.
- Tingkat atas ada jual sutera ela. Tapi pilihan tak banyak la. Baju2 pun ada.
- KESIMPULAN: Aku tak beli apa2.
6) JADE CENTER
- Ha, yang ni lak jual2 jed. Rantai, gelang, loket, semua perhiasan diri la.
- KESIMPULAN: Aku tak beli apa2. Tengok2 je dalam tu.
7) PEARL SHOP PERHAMPIRAN STADIUM BIRD NEST
- Ha, yang ni kelakar gak la. Pengurus nye macam ketua samseng la rupanya. Memang muka pecah rumah je. HAHAHA.
- Translator orang Cina Malaysia. Tinggi2 orangnye and besar la. Nama Lam dari CHeras. Kata orang dalam internet. Macam2 nama mamat ni. Steven la dari Kedah. Orang yang sama.
- Disebabkan anniversary kedai tu, dan anniversary manager tu dapat anak lelaki, depa bagila jed satu. Free la kononnya.
- Memang free la. Tapi mahal2 gila barang2 dlm kedai tu.
- KESIMPULAN: Time abis sesi cakap2 ni, aku pun blah. Tak beli apa pun. Last beli souvenir kat luar kedai tu. Murah dah la.
- Ni pun satu lagi tempat yang memeningkan kepala.
- Pening sebab jurucakap ni bagi kitaorang ni minum teh. ada la 3 jenis kot. Tak la banyak sangat. Just satu cawan cina yang kecik tu. ABis je, nak naik bas ni.. ya rabbi..pening nye kepala. Minum teh cameron pun tak la pening macam ni.
- KESIMPULAN: Sapa pun tak beli. Bengang je muka jurucakap tu. HAHAHA.
Bab makanan2 ni, ok la. Breakfast, lunch and dinner disediakan. Restoran2 yang halal. Antaranya yang selalu makan di Restoran Mahua. Hari2 mesti ada telur dadar. Yang ni masa breakfast. Bawah ni masa lunch dan dinner. Supper makan sendiri.
Tempat nak solat pun ok. Bas bawak terus ke sini. Ada masjid banyak di Beijing ni. Tempat tinggal komuniti muslim di sini.
No comments:
Post a Comment