Friday, May 3, 2013

KOH SAMUI & KOH NANGYUAN, THAILAND (PART 1)

HARI PERTAMA

kali ni aku bercuti bersama kawan2 pada April 2013. empat org termasuk aku. naik Firefly terus ke Koh Samui, direct flight tapi dari Penang International Airport, Bayan Lepas. so, pagi2 dah menapak ke Klang, rumah kawan aku ni. Dari sana terus ke Ipoh utk jumpa yg lagi 2 org nie. Cuti 3 hari je, almaklum la masing2 keje dan study lagi. tk leh la lama2. cost ada la RM450 pegi balik. dah kira murah tau, selalu double !!

Flight berlepas dalam kul 2.30pm. Tak lama tak sampai pun 2 jam. Sampai sana, ada wakil hotel menunggu. kitaorang malas nak gamble2, sampai sana br nak cari hotel n bagai2. so, kitaorg book pakej termasuk hotel dan pakej jalan2 kat Koh Samui dan snorkelling kat Koh Nangyuan adalah dalam RM600. lagi ramai, leh la kurang lagi.









Cantik tak Penang dari udara.









Taraaaa, dah sampai dah. Kecik je airport tapi cantik tau. Landscape nye.












Sampai je hotel, woww.. impress cantik tau. letak beg, tak buang masa kitaorg terus ke bawah coz van dah menanti.











Cantik bilik die, dapat view swimming pool.















Then, van tu bawa kitaorg ke Jao Mae Kuan Im. Alaa, tokong Buddha. tak de la, yang menakjubkan. just tempat ibadah diaorg.


















Banyak patung2 kat sini, dari yang besar sampai le ke kecik2.














Ni lagi satu. rekaan nye memang cantik. Tapi masjid la, lagi cantik kan.










Lepas tu, van bawa satu tempat lagi. Aku dah lupa dah nama tempat ni. Hehe. tapi macam ala2 kuil kat Batu Caves tu la, coz ada tangga tinggi kena daki. Tapi kitaorg tak kuasa nak naik, just kat bawah je. tempat ni kira tempat shopping gak. Kitaorg beli souvenir seperti baju t-shirt, key chain, beg thai. tu je le.



Selepas tu, kitaorg pi tepi laut. Laut ni tak la jauh dari jalanraya. Nothing special. just nak bergambo.

Kemudian, driver ni bawak ke satu tempat yang dipanggil GrandMa and GrandPa. Tempat ni lucah sikit. hehe. kitaorang ada amik gambo tapi segan lah nak upload kat sini. tepi laut jugak. kawasan batu yang berbentuk 'anu' pompuan dan lelaki. ori, k. bukan buatan manusia batu2 ni. Memang betul, bentuk tuttttt. nak dijadikan cerita, jadi lah tempat pelancongan. ada lah jual2 souvenir kat sini. aku akan upload kalau ada permintaan. kalau tak de, tak yah lah. hehe.


HARI KEDUA

ni yang aktiviti utama kitaorg datang sini. nak snorkelling. Pengalaman pertama untuk aku. yang lain2 dah berapa kali dah. Van lain amik kitaorg hari ni. tapi sebelum tu, jom tengok landscape Le Murayya Boutique Hotel ni.









Ni kira cafe hotel ni. sebelah swimming pool.


















cantik tau swimming pool nye. tapi kecik je la.






















Ramai jugak dalam van hari ni, kira penuh la. Semalam kita2 orang je. Sampai le kitaorg ke jeti. Cantik kan.
















Tapi sebelum tu, kena amik tiket la. Oleh kerana dah all in package, so tak payah la bayar feri nak ke pulau lain. duit untuk ke taman laut pun dah sekali pakej. Tapi kalau nak tau berapa tambang, meh tengok sini. Duit dalam Baht, k. Means kalau 100 Baht adalah RM10.00. Kitaorang dari Samui, makne nye kalau beli tiket asing adalah dalam RM110 sorang.














Ni tiket untuk ke taman laut. ini lah destinasi utama di sini. dekat dengan Koh Toa.














Dalam feri, kitaorang terus cari tempat paling atas. Bersepah mat dan minah saleh. diaorg kan suka laut. tak jumpa pun melayu2. kitaorang je la.
















Pulau2 sekitar nya. Lama tau perjalanan adalah 2 jam, tu sehala je. Sebelah ni dah nak sampai la. Cantik kan resortnye.













dan lagi.






ni la Koh Tao. Tapi kitaorang bukan lah stop kat sini. ramai mat dan minah saleh, stop kat sini. kat sini pulau besar sikit so banyak chalet2. diaorang lama menginap coz beg2 beso ya amat.















Sampai je, kitaorang diberikan google untuk snorkelling ni dan juga life jacket. penting tu. nak ke pulau ni, feri tak leh parking kat sini. sebab akan merosakkan coral di pulau. so, dari feri kitaorg naik bot ke sini. gambar sebelah ni, kira dah mendarat la. Kat sini ada satu je resort iaitu Nangyuan Island Resort.


















Ya -Allah, cantik sangat air laut nye. Jernih. Leh nampak ikan2 dalam tu, tau. Coral pun leh nampak.

















Trademark kat pulau ni. Mesti bergambo kat sini.




















Pe lagi, time possing la.





















Di Koh Nangyuan ni, ada 3 pulau kecil dan disambungkan dengan beting pasir yang kukuh la. Subhanallah, memang cantik tempat dia. Recommended !!


















Jernihkan kan air nye. huissh best!!





















Tengok je. Cantik kan. MEsti korang jealous. Hehehe.



















Dan lagi. Ada kawan aku ni ada sarung plastik untuk iphone, so boleh bawak masuk dalam air. kalau basah, tak pe la just sarung je yang basah.
















Ni coral nye. nak tengok coral kena ke dalam sikit. tapi kaki tak jejak dasar la. even ada life jacket tapi aku tak berani la. diaorang ni tak reti berenang tapi berani. coz aku ni penakut sikit. terus terang tuu. hehe. so aku tak join diaorang ke tengah laut. ni, depa amik gambar coral.











Lagi gambornye. Even aku tak ke tengah laut tapi masih nampak tau ikan2 yang cantik2 tu. kat aku tak de handphone so tak leh la nak amik gambo.























so, sakan la bergambo.














ni masing2 tak ingat.  konon nak melompat tapi tak jadi coz tak serentak. hehe.







Memang best sangat. dah kena sunburn even pakai lotion 100SPF pun. balik, masing2 bongkang atas feri. dalam feri, minah2 saleh apa lagi, tayang la body masing2. pakai bikini. nasib baik cantik body. tapi breast kecik la. hahaha. sedap staf jamu mata. aleeh, diaorg dah tak heran kot. dah muak.








Sampai kat area hotel, apa lagi jalan pulak kat bandar Koh Samui. menjamu mata dengan baju renang masing2 daripada basah sampai dah kering. hehe. malam tu ada thai boxing. nak tengok tapi tak berani. har har. kat sini, ada jugak keje nye jadi kupu2 malam. sini memang berlambak mat saleh.

















motor bersepah2 kat sini, so ada jual gasoline dalam botol je. cantik kan. elok tersusun.








kebetulan berhampiran hotel, ada restoran muslim. boleh cakap melayu lagi coz diaorang dari Pattani. 

6 comments:

  1. 600 tu package untuk berapa hari? and 600 satu kepala or sekumpulan? :)

    ReplyDelete
  2. saya nk tnya kak, koh nangyuan nie ada budget hotel tk? maksudnya ada tk visitor amik chalet sini? ataupun sini cuma pulau singgahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada satu resort kat koh nangyuan. tapi mahai kot. klw nak stay, stay kat Koh Tao. situ byk chalet. n tak jauh sangat nak ke koh nangyuan. klw dari koh samui, jauh..

      Delete
  3. Assalam.nk tnye..ambik pakej di mane?total semua brp?tmksh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry br update blog. 014 6772 940. Ramsey Lewis. lbh kurang 6 ratus termsuk hotel, transfer to hotel n to airport, serta trip ke island. flight tak termasuk.

      Delete