Wednesday, December 24, 2014

Apa yang Perlu Tahu Sebelum ke Turkey

Assalamualaikum,
Oleh sebab banyak sangat soalan2 pasal Turkey yang ditanya kepada ahkak oleh kawan2 serta laen2 yg ada plan nak ke sini, so terpikir nak buat post pasal ni. Senang kan. Takde la nak explain satu2. Hahaha. Mmmm, nak start mana dulu ek. Dirumuskan isu2 yang selalu org tanya.

1) VISA





Oleh sebab passport kita ni 'power', Malaysian tak perlu visa. U all leh stay kat Turkey selama 3 bulan tanpa visa.












2) Tiket kapalterbang
Haaa, ni ikut poket la. Kira murah return tiket bawah RM2k dari KUL. Kalau lebih RM2.5k tu kira mahal lah. Average bawah RM2.5k. Tapi kadang2 boleh dapat sangat murah, cer sekali sekala check dari SIN, boleh dapat around RM1.5k return.

Rasanya hanya 2 airlines yg direct ke Istanbul dari Kuala Lumpur, MAS dan Turkish Airlines. Yang laen2 akan ada transit, contoh Qatar Airways transit di Doha. Etihad dan Emirates, transit di Dubai atau Abu Dhabi. Yang ni sume airlines yg biasa lah org Malaysia guna. Mahal sket KLM dan yang laen2 yg tak tersenarai.

3) Mana nak stay kat Istanbul
Soklan famous. Kalau pertama kali ke Istanbul, stay la area Sultanahmeet. Coz jalan kaki saja ke tourist spots. Hagha Sofia, Blue Mosque, Topkapi Palace, Grand Bazar, Spice Bazar, Basilica Cistern, Gulhane Park. Nak ke Eminonu pun tak jauh jugak. Hotel apa yang harga berpatutan. Honestly, setiap kali datang di sini, saya tak pernah stay di hotel, Saya stay di hostel jek. Boleh dapat serendah bawah RM50 untuk satu malam di female dorm di sini. Check kat booking.com. Situ kita boleh filter area hotel/hostel mana kita nak. Ataupun check kat Hostelworld.com. Tapi sini mahal sket la makanan, maklumlah kawasan tourists.

Kalau yang mencari apartment, saya pernah stay di Iskele Apartment. Itupun sebab ada conference so bilik dibayar oleh pihak universiti. Kalau duit sendiri, jgn haraplah nak stay situ. Hihiii. Klik  http://iskelehouse.com/ . Sangat2 selesa tapi terletak di Kadikoy. Asian side. Sini apa2 murah sket dari Sultanahmeet. Nak tukar duit pun dapat byk sket. Saya pernah tukar di Change Office kat Kadikoy dapat 1 Euro: 2.79 Lira berbanding di Sultanahmeet 1 Euro: 2.7 Lira.

4) Currency
Ikut la currency semasa. Mata wang: Turkish Lira atau pun Lira. Majoriti kedai dan restoran guna Lira. Hotel2 guna jugak Euro atau Usd. Senang guna Lira je lah. Nak tukar kat mana duit Lira kat Malaysia. Kalau 2 tahun lepas, memang takde tempat boleh tukar Lira di Malaysia. Tapi sekarang dah banyak dah. Famous, MidValley. Hahaaa. Kalau di Melaka (tempat ahkak la), kat Tesco Bandar Melaka tu. Jgn tukar kat Melaka Sentral coz sikit tu dia amik. Hihiii. Means dapat sikit je nanti.

Soalan biasa org tanya, nak tukar Euro atau USD atau terus Lira di Malaysia. Jenuh gak nak jawab tu, coz memang tak reti nak tukar2 ni. Hahaaa. Tukar Euro atau Usd. Nanti sampai di Airport kat Istanbul, tukar sikit di airport then kat somewhere di Istanbul tukar lagi. Hihihi, pening. Maklumlah airport amik banyak sket komisen even diaorg tulis No Comission. Atau tukar sikit Lira di Malaysia.

Yang ni, ramai orang mula amalkan. Activekan Kad debit di Malaysia. Call bank atau boleh buat kat Atm di Malaysia. Nanti sampai di Turkey baru tekan duit. Just Service charge je bank tolak, around RM10- RM12 setiap kali pengeluaran. Tapi kalau sampai2 sana, tak boleh withdraw, naya jugak kan. Hahaaaa.

5) Kad Muzium
Yang ni recommend beli kalau nak masuk banyak tempat (museum) di Istanbul. Mana nak beli? Via online pun boleh atau sampai di Istanbul beli. Nak info pasal kad ni, klik http://museumpassistanbuldistributor.com/ atau http://www.muze.gov.tr/.






Kat booth pun boleh beli. Samada luar Istanbul Archeologi Museum (gambar sebelah) atau kaunter di Topkapi Palace. 






Apa yang best guna kad ni, korang tak perlulah beratur panjang2 macam ni haa.Jenuh tuu. Hahaaa.









6) Direction dari airport ke hotel
Di Istanbul ada dua airport. Yang sesak Ataturk Airport (IST). Hihihii. Yang tak berapa ramai orang sangat Sabiha Gokcen Airport (SAW). Beza dua airport ni, lokasi la of coz. Ataturk kat Europe Side. Sabiha kat Asian Side. Mana2 airport pun ok, ikutlah flight korang turun mana.

a) Dari Ataturk Airport ke Sultanahmeet
 

Kalau turun di Ataturk Airport. Nak murah naek je Metro. Tapi tu lah kan dgn beg2 korang tu. Hihihi. Tapi ok la kot coz dalam airport tu je Metro nye. So tak yah angkut jauh2, just turun je satu level. Nama station Havalimani (sori, gambo tk clear).  Dari sini stop at Zetinbuyrnu then amik Metro laen untuk ke Sultanahmeet. Amik yang ke arah Kabatas. Boleh tido sekejap sebelum sampai.





b) Dari Ataturk Airport ke Taksim
Kalau korang stay kat area Taksim, naek je Havas Bus. Bas ni akan berhenti di Taksim. Saya tak pernah naek bas ni. So tak dapat nak ceritakan pengalaman naek Havas Bas ni.

c) Dari Sabiha Gokcen Airport ke Sultanahmeet
Kalau korang stay kat area Sultanahmeet, agak jauh sket la dari Sabiha Airport. Di sini takde Metro. So naek bas. Nama nye Havatas Bus. Havatas Bus ada 2 arrival places, means turun 2 tempat, samada Kadikoy dan Taksim.





Mana nak amik bas ni, kat luar airport je. Gambar bawah tu, bas kat sebelah kaunter tu jek. Tak perlu beli tiket, nanti dalam bas bayar je cash- 9 lira one way (Last Nov 2014 harga ni) kat conductor bas.











 
Mana2 pun boleh sampai di Sultanahmeet tapi perlu amik transport laen. Kalau turun di Kadikoy;
1) Sampai di Kadikoy, bas akan berhenti dekat sgt dgn pier. Naek feri ke Eminonu pulak-macam gambar sebelah. Pastikan masuk lorong betul. Bayar pakai Jeton atau Istanbulkart. Jeton mahal sket.



Feri dalam 30 minit untuk sampai di Eminonu. Nanti sampai kuar dari pier tu amik Tram ke Sultanahmeet. Tram tu dekat je dari pier-3min kot jalan. Tanya orang katner Tram Station. Hihiii.

Kalau turun di Taksim;
1) Saya tak pernah turun di sini coz hostel saya area Kadikoy jek. Hihii. Tapi secara ringkas u all kena amik tram di Karakoy Station then ke Sultanahmeet. Atau naek Funicular train (dalam tunnel) dan akan turun di Kabatas, lepas tu naek pulak tram ke Sultanahmeet.

Kalau beg byk, naek je shuttlebas. klik http://www.sabihagokcenairportshuttle.com/ .Mahal sket la dalam 10 Euro.

7) Transportation in Istanbul
Sama ada pakai jeton atau istanbulkart. Jeton tu macam token kat tempat game. Istanbulkart tu kad. Kalau stay lama, beli jek Istanbulkart.







Jeton machine.




Ni istanbulkart. Atau Bilet. Nanti dapat kad, boleh guna any public transport. Nak top up, tambah kat gerai2 dekat dgn feri atau kaunter dekat tram.  Kalau dari Sabiha Airport, ada satu booth kaunter belakang Havatas Bas Kaunter Booth (rujuk gambar atas). Ehh, macam belit2 pulak ayat ahkak ni. Hihihi. Paham kan. Yang gambar sebelah ni, tak yah pening2. Just kata nak beli istanbulkart (kad saja 4 lira, rasanya lah, hahaa lupo) dan top up 5 lira ke 10 lira ke (ikut hangpa la nak topup berapa). Hihihi








8) Anggaran perbelanjaan
Soklan paling famos. Mmmm, contoh la ek. Kalau botol air minuman tu saiz kecik tu, dalam 1 Lira. Means ok la kan. Jangan kat Aussie, satu tu belas hinggit. Huhuhu. Jangan kata mineral water, coz diaorg ingat air jenis laen. Cakap jek drinking water.

Makan2 ni, kalau satu set sekali air around 15 Lira. Kalau kawasan tourist tu, mahu2 20 Lira - 30 Lira. Fengsan. Nak murah kebab saja. 5 lira boleh dapat. Tak pun korang makan simit tu. Hahaa, dah lah keras, liat pulak tu. Tapi sedap gak, kan. Hihihii.

9) Keselamatan
Di Istanbul ni, makin ramai pelarian Syria. 2 tahun lepas, susah sangat nak jumpa. Sekarang makin berlambak pulak. Bukan apa, diaorg suka mintak sedekah. R u muslim. Hajah. Blaa blaa. Kadang2 tu ikut je ko sampai ko bagi duit even 1 Lira. Sekarang macam kat Paris pulak, bagi bunga konon gift. Free kata deme. Takde free nye. Jangan amik, yeak. Kadang2 tu, diaorang pegang jek tangan kita, bagi bunga tu kat tangan. So, nampak deme2 ni, tangan tu masuk poket.

Lagi satu, orang Turkey ni ramah2. Tapi layan jek la, kan. Ramai tu nak laku kan barang deme. I have carpet shop. Come i show it to you. Ahkak penah ikut sorang ni. Masuk dalam kedai dia. Dia tunjuk la video pasal kedai dia kat utube dlm handphone dia. Pas tu, aku mcm pelik pulak. Asal aku ikut dia. Hahaaa. Then, cepat2 blah. Kalau yg ajak minum tu, pls jangan ikut. Nanti deme pekene kan hang, kena byo bil. Bukan sket, ratus2 tu ada ribu riban. Mampuss.

Seperti biasa, barang2 berharga spt duit/kad/passport, letak kan dlm satu sling bag yg letak dlm baju tu. Kalau ramai2 by grouping, lagi lah nak alert, k.

Orang turkey ni bagi ahkak, baek2 dan friendly. Just segelintir je la. 

Tapi jangan lah seriau nau nk dtg sini, mana2 pegi pun kena hati2. Penyangak ni di mana2 even di Malaysia pun ada,kan.

10) Tempat fav spots selain Istanbul
Yang famous: Bursa, Pamukalle-Denizle, Cappadocia-Gerome, Ephesus-Izmir.
Yang kurang famous tapi sangat recommended: Eastern Turkey (Trabzon, Rize, Erzurum, Kars, Mardin), Antalya.

Nak gi dengan flight atau bas. Kalau flight, ada fews domestic flight airlines, Klik http://www.mydestination.com/istanbul/usefulinfo/6176467/domestic-airlines-in-turkey . Biasanya low-carrier cost flight airlines ni ialah Pegasus Airlines. Pilihan saya, kalau ke mana2 di Turkey coz kadang2 tu murah baaii dr naek bas. Siap ada free luggage 20kg. Tak yah Adds On. Even kadang2 tu delay, tp ok la. Hhiihi. Anadolu Jet tu servis dia mcm Turkish Airlines. Kira terbaek la. Diaorg ni satu company. Pernah naek Anadolu, best ada free drink n snack. Pegasus tkde. Kena Adds On.

Kalau bas, boleh ke Harem Otogar terletak kat Asian side. Naek feri dari Emonino. Tak perlu book online, pegi je kat Otogar tu. Melainkan hari perayaan tu, kena book awal. Diaorg ada online tp in Turkish. klw paham, silakan. Hihihi. Otogar tu Terminal Bus. Ehh, Harem tu dulu. Tapi masih ada company bas beroperasi kat situ. Main Otogar Esenler atau Buyuk. Located in Bayrampasa district. Macam2 ada bas kat situ. Dapatkan map transport di Istanbul. Tram and Metro.

Rasanya tu je la kot, kalau ada apa nak tambah, leh la komen kat bawah. :)

6 comments:

  1. Salam nak tanya kalau memandu kena ada lesen antarabangsa tak?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam. saya tak pernah drive kat turkey. Tapi kawan yang pernah drive kat sana kata, mesti ada lesen antarabangsa tu.

      Delete
  2. wah tq utk info2..bestnya..plan next year nak p istanbul..jyeah!!

    ReplyDelete
  3. Thaks info sgt berguna. Sy nk ke sana mac ni, turun di sabiha mlm so risau nk ke sultanahmet, so now lps baca info disini dah lega n bercadang one nite di kadikoy esok paginya naik ferry 😉

    ReplyDelete
  4. Thanks info ni, sy akan ke sana mac ni turun sabiha at nite, mula risau nk ke sultanahmet, now lega mungkin akan stay kadikoy 1 mlm, esoknye naik ferry ke sultanahmet 😉

    ReplyDelete