Saturday, July 23, 2016

Lisbon, Portugal

November 2015
-----------------
Lamo tak update. HAri ke-3 iaitu terakhir di Lisbon, hari ni Claire ke tempat lain di Portugal. Semalam ke Sintra dengan dia. Aku pulak ke Seville malam ni. Jimat hostel coz tido saja dalam bas. 8 jam perjalanan,k. Hari ni just di city saja. Join Free Walking Tour managed by Walker. Tunggu kat hostel saja coz guide akan jemput n bawa ke Rossio Square. Ramai betul join walking tour. Aku dok pakai winter jacket, yang lain bersinglet2 aje. Hahaa. bila dah nak kul 11 makin panas. Last2 aku bukak jaket aku tu. Hehee. Nama guide kitaorang Marco. Funny guy. Lisbon ni berbukit2, memang capek jugak lah. Antara tempat menarik kat sini;

1) St.Jorge Castle
2) Panteao National
3) Mosteiro De S.Vicente De Fora
4) Se De Lisboa
5) Terriero Do Paco
6) Elevator De Santa Justa
7) Basillica Da Estrela
8) Torre (Tower) Vasco De Gama
9) Oceanario
10) Belem Tower
11) Padrao Dos Descobrimentos
12) Mosteiro Dos Jeronimos

Tu diaaa, panjang ha list. Tapi sejujurnya aku tak pegi pun. Hahah. Macam ni, castle kat sini dalam Lisbon city ni, compare istana kat Sintra tu, Sintra lagi cantik. So aku tak nak la kalau expect camtu kan. Heheh. Walking Tour ni just pegi tempat2 local yang tourist tak tau. Tapi aku pegi jugak lah lepas abis Walking Tour tu. Ke Belem Tower dan Mosteiro Dos Jeronimos (Jeronimos Monastery).

Gambar2

Tuk Tuk jugak namanya
Rasanya Rossio Square ni.


Lisbon ni ramai dari African migrate ke sini. maklumlah dekat
Tu our guide, Marco yg jaket hitam. Grafiti kat sini gambar2 orang dalam sejarah Portugal
Ni kira penyanyi paling dihormati di Portugal. Dah aruah dah. Siap dikebumi tempat ahli politik menteri2
Biru langit hari ni, no clouds
Grafiti everywhere

Ni tram lama, Line 28. Hati2 coz pencopet banyak dalam tu
Kat sini, dah tak dengar dah apa guide tu bagitau. Hihi
Lorong2 di Lisbon, turun naik bukit. Semput.
Guide cerita pasal history, chek dah tak dengar sangat dah.

Handmade. Mahai bagi I lah. Tengok ajer.
Dah last point dah ni. Sebelah Praça do Comércio je.

Praça do Comércio. Hawrus bergambar di sini.
Jerónimos Monastery. Time ni ada ceremony apa ntah. Tak masuk. Tempat bersemadi nya Vasco da Gama's.
Kalau nak Belem Tower, Nampak jejantas ni kira dah dokek dah tu
Atas jejantas tadi
Ni lah nye Belem Tower atau Torre de Belem
Malas pulak nak masuk. Built in 1515 as a fortress to guard the entrance to Lisbon's harbour. Lama betui.
Kih kih. Selfie lah, Dah sorang. Dan muko. Nak ke tower ni naik tram 15 stop kat Avenida da India. Amik tram depan Praça do Comércio.
Haaa, kalau tak mampu pegi San Francisco, sini pun jadi lah. The 25 de Abril Bridge  
Prit PRit I was here in Lisbon
Sekian di Lisbon. Tak susah pun kalau pegi sendiri di Lisbon. Tak perlu travel agent.  Antara tempat lain ialah Porto. Ramai kawan traveler recommended sini. Tapi i tak gi lah, tak sempat. Kalau u all ada masa, meh la ke Porto tu.

Full iti for winter trip kali ini --> kat sini.
 

3 comments:

  1. salam ziarah & follow sis..

    seronoknya bercuti kat tempat orang...

    happy holiday sis.. :)

    ReplyDelete
  2. Salam, kami bercadang utk melawat eropah, Andalusia, morroco Dan Lisbon October INI.
    Kami hnya 1 hari shj di Lisbon. Setelah saya survey cdngn saya nak naik bas dari seville 23.10 jam 2359 dn tiba di Lisbon 24.29 jam 0600.
    Kemudian pd 24.10 kami akan naik pesawat samada jam 1500 atau 2135.

    1. Tlg rekomen kpd saya tempat2 yg blh dilawati sekiranya kami berlepas ke Madrid jam 1500 dan juga jam 2135.

    2. Walking tour itu bermula jam brp?
    3. Adakah tempat2 lawatan itu berjauhan dari satu tempat ke tempat yg lain atau walking distance shj ?

    4. Tlg rekomen penginapan yg dekat station bas/keretapi/metro.

    Sekian terima kasih banyak2.

    Wassalaamu 'alaikum warahmatullah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Walking tour tu rasanya tak sempat kalau encik nak join sebab abis lambat juga. Memandangkan flight jam 3. At least kul 12 dah kena kat airport, takyah lah amik walking tour. Lagipun diaorang pegi tempat2 yang bukan attraction, more to sejarah Portugal. Sy pun tak berapa nak masuk telinga time dia cite tu. Hehe. Kalau kat Seville tu, walking tour tu berbaloi kalau pergi sebab menarik sangat cerita dia.

      Sebab encik pun sampai kul 6am, saya suggest pegi Belem Tower amik tram kat Praca de Comercio ( leh posing kat plaza tu, attraction juga) dan kat situ ada juga Jambatan macam kat San Franscisco. Boleh nmpk dari tower tu. Kalau encik belum pernah sampai US, ok lah sangat prgi sana. Boleh posing2, konon2 kat US. Hehe. Sy lupa nama station yang perlu stop kat jambatan tu. Kalau nak amik gambar dekat. Tp memang nampak nanti dari dalam tram. Sama tram nak ke Belem Tower. Dalam tram tu nanti tekan loceng mana nak stop sebab kadang2 dia tak stop pun kalau takde sapa2 tekan loceng.

      Hotel/hostel sy stay hostel saja sebab dah sorang. Banyak rasanya. Stay area Rossio Square atau Praca de Comercio. Bas ke airport ada dari sini. Google AeroBus lisbon airport bus transport.

      Delete