Showing posts with label single traveller. Show all posts
Showing posts with label single traveller. Show all posts

Wednesday, November 14, 2012

PERCUTIAN DI SYDNEY (PART 3)

HARI KETIGA - OKTOBER 2012

 
 
 
Hari ni plan nak ke Darling Harbour coz nak ke Madame Tussaud n Tower Eye. Leh stop kat Town Hall Station or St James Station. Tpi kalau dari King Cross Station terus amik train ke Town Hall, tak yah 2 train. Kalau ke St James, turun ke Central Station dulu.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Bendera2 di sini membuAtkan suasana nye, lagi ironik.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Cuaca hari nie, memang best.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Dah sorang, amik la gambo sendiri. Asalkan ada kenangan, kan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Then, pi Madame Tussaud. Sebab aku dah bayar online, so just bgtau order number. Aku beli 2 tiket, satu lagi Wild Life. Aud 49.00. Tapi coz aku dah pegi zoo semalam aku nak tukar ke Sydney Tower Eye. Nasib baik boleh.
 
Ala, handsome tul la mamat nie. Kenal tak?
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Best la Madame Tussaud. Banyak patung wax kan. Leh le bergambo sakan. Mmm, Shah Rukh Khan. Tak dapat real. Patung pun jadi la. ;-)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Banyak sangat patung nye. So, upload je la yang mana ok. Bukan artis je. Obama pun ada. Prime minister of Australia pun ada. Albert pun ada. Obirigine pun ada.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Then jalan kaki ke Sydney Tower Eye. Ko ikut je tower eye tu nye direction, means ko tgk atas nampak kan tower tu, follow jeww. Entrance tower eye ni kena masuk shpping complex kat situ, punye le aku tawaf complex situ. Last2 tanya orang, ooo baru tau.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Entrance kat level 4. So sampai sana tanya staf food court kat mana entrance. Cantik sangat view nye. Nak cantik datang masa kul 6 lebih, leh tgk matahari terbenam. ;-).














  • Then, balik hostel beli nasi n chicken curry kat halal indian restaurant near to the hostel. Banyak giler curry nye. Aud 10.00. Makan kat bilik jeww.
 
 
Petang sikit Aya balik, dalam kul 7 something naik train turun kat Town Hall jalan kaki ke Darling Harbour. Setiap sabtu petang ada fireworks kat situ, jam 9pm. Tgk ngan Aya. Best giler fireworks. Sejuk ya amat. Aya from Japan n works abroad at Canada.
 
 
 
 
 
 
 



Lama jugak lah kitaorang tunggu. 1 jam tu weiii. Dah la kesejukan bagai nak giler. Aya planned to work here. Berani seii weii dia. Maybe she will move to Cairns. Coz Sydney too happening, katanya lah.


















Nie la, Aya. Pakwe canadian. Kalau aku, tak yah dah la pi keje sini. hehe.

Otw balik pekena Latte tapau, Aud 1 jeww.












HARI KEEMPAT- OKTOBER 2012

  • Today is not much activity. Semalam beli kad 1 day mymulti. Konon pagi ni nak pi ke Bondi Beach n Paddy Market dengan kad tu la. Rupenye bukan valid for 24 hours. Tapi valid untuk hari tu saja. Means expired 4am every day. Adoiiii rugi lagiwwww. Hhuhu. So just pi Circular Quay n lepaks kat situ. Balik pulak tak de pulak train ke King Cross Station, naik bas. Tambang Aud 2.50. Boleh bayo dalam bas tu jew. Tapi tak semua bas yekk boleh bayar cash.

  • Beli t shirt si Ina yang dia order. Then naik bas balik hotel. Sesapa yang tak dapat book kat Malaysian Hall (MH), not recommended to stay the hostel near to King Cross Station. Coz it really suck n the surroundings not very good. Many pubs and clubs over there. Stay kat area Circular Quay pun ok.
  •  
     
HARI KELIMA- OKTOBER 2012
 
  • Balik time. So far, sepanjang di Aussie ni, aku telah abiskan RM 3k (makan, minum, hostel backpackers, souvenir, transport, tour great ocean dan blue mountain). Tapi kalau tak beli souvenir2 tu, leh, jimat lagi. Campur flight dan any hidden cost yang tak perasan ada lah dalam RM 5 ribu la.  
  • Kalau ikut travel agency dari Malaysia ni, kos nye RM6 ribu ke RM 7 ribu. So, ikut hang pa la. Tak berani sorang, labur duit sket ikut agency. Nak cabaran lebih, jom ikut macam aku. More safer kalau ikut agency la, kan. So terpulang kat korang.

Thursday, November 8, 2012

PERCUTIAN KE MELBOURNE (PART 1)

HARI PERTAMA - OKTOBER 2012

  • Terlaksana sudah impian nak jejak kaki kat bumi Australia coz dari sek menengah lagi teringin beno nak pi. Booking dari Airasia ke Melbourne dgn harga RM 500 ni one way la. Aduihhh boring bangat dalam flight. 8 jam perjalanan. Kerja aku dok pi toilet je la..coz bosan. This is again the crazy things i have ever done coz travel sorang. Balik dari sydney ke kl nanti.
  • Visa dah apply 2 bulan sebelum pegi. Aku apply Tourist Visa. Visa jenis nie, tak leh keje di sana,k. Apply online jerr, masuk kat www.immi.gov.au.my. Kena bayo Aud 20. Tapi valid visa 1 thn dari tempoh approval. Means, korang leh melawat Aussie bila2 dalam tempoh setahun. Tapi kalau dah jejak ke Aussie, visa tu expired la bila ko dah balik ke Malaysia. Mula2 dah book MH-malaysian hall tapi cancel la coz MH kat luar CBD, at Windsor. Klw nak ikutkan tak la jauh tapi since aku tak tau camne nak naik ke CBD so aku book tempat lain. MH murah lagi la, gi je website dier.
 
HARI KEDUA - OKTOBER 2012
 
  • Sampai Tullmarine Airport, ni airport international. Jinni dah tunggu dah. :-). Kawan yg aku kenal beberapa bulan yang lepas from YM. Berani aku wehh, kot2 dia jahat ke kan. Tapi aku percaya gerak hati aku. Laki orang la tapi bini dia dan anak dia kat india. Dalam proses dapatkan visa untuk bawak family dia masuk ke Australia. Dia antar sampai hotel. Tak la hotel pun, hostel. Nama nye King Street Backpackers, betul2 kat CBD. Area main city of Melbourne.
  • Sampai sini pung dah 2 am. Book dorm katil 4 for female dorm. Kalau korang nak book Mixed Dorm pun boleh tapi campur la wei ngan guy. Huhu. Dorm located at the top of floor, level 4. Fuhhh, nasib ada Jinni tolong angkatkan beg aku tu. Semput aku klw bwk, maklum la mana ada lif. Dorm ni ikut nasib la,kalau dapat roomate yang bersih..ok la. Macam kat Istanbul even 8 katil tapi bersih coz share ngan roomate dari Jepun. Bilik dia pun bersih, kira leh la solat atas carpet dia.Kat sini minah saleh. Messy. Pengotoq. Means kat sini aku solat atas katil je la.
  • Sapa yang tak de sapa2 nak amik, shuttle bus 24 hours operated from tullmarine airport. Dont worry. Bus ke MH terus pun ada. Tanya kat kaunter Skybus luar airport teww. Tapi kalau nak ke MH, ko try cari maklumat kat sorang blogger nie. Klik je sini.  http://kakiberangan.blogspot.com/2012/08/melbourne-victoria-day-1.html . Disebabkan aku dah book tour to Great Ocean Road pagi ni so aku kena la rehat jap. Waktu 3 am di Melbourne dan pick up will be at 7.30am. Punye la aku cari agen tour yang murah2 sikit la dapatlah yang murah la aku rasa AUD 85.00. Link nye korang click je kat sini. http://melbourneaustraliatours.com.au/1_day_great_ocean_road.html . Kebanyakan tour dlm AUD99 ke atas.

  • Nasib pick up location kat corner luar hostel ni je. Senang la. Dapatlah tido dua jam. Bangun 5.30am, siap2 terus ke bawah coz nak guna internet free. Hehe. Coz computer ada dua je, waktu ni la paling org tak guna kan. Sampai tadi aku dah mandi so tak yah la mandi lagi. ;-). Sambil internet aku charger hp kat pc tu. Kul 7 breakfast. Aku amik cereal jer. Coz dalam flight tadi, masih ada chicken lasagna. Boleh la aku makan nanti. Then, kul 7.20am aku kuar tunggu kat corner luar hotel ni je. Makk oiiii sejuk gilerrr.
  •  
  • 7.40am mini bus sampai. Driver bus merangkap tour guide sekali nama Glen. Memang kelakar dia ni. Ada 19 orang dalam bas. Ramai Thai satu group. Keluar la dari city Melbourne ke great ocean take 1 hour plus. Nak pi sendiri, sorry tak de bus or train..so book tour je. Sapa yang ramai2 leh sewa kereta. 1st smpi di Bell Beach. Memang cantik. Awesome!!!.





Ni la pantai nye. Sejuk giler la weiii.
















Pe lagi, posing la dema nie.














Lagi gambo nye. Sini memang tak de bangunan pung. Just public toilet ada la.










Kenal ngan minah US nama Renie. Dia pun alone mcm aku gakss. So, leh la dia tolong amik gambo aku kan. ;-).










Then ke tempat tak jauh je dari situ nak tengok kanggaro. Kot2 nasib baik kan. Memang ada. Luckily ada nampak sekoq jee. Nak best lagi join Grampian Tour, kat situ memang tempat kanggaro. Tapi aku tak join.









After that, bas ke Memorial Arch. Amik gambo je kat sini, nothing impress. Great ocean road ni, take 20 years to complete coz bentuk muka bumi dia dan jarak yg jauh. Ada sejarah nye. Korang surf la kat internet. :-).



Posing la, kan. Apa lagi ditunggu2.




Then kitaorg breakfast kat Lorne Beach. Awesome cantikss. Makan biskut n nescafe susu panas. Sekali dlm tour prize. Ok la.
















Tu, amik gambo sendiri la. Apa lagieww.

















Then kitaorg bergerak ke Kennett River. On the way singgah few points to capture the photo. Di sini, tengok koala, memang habitat nye kat situ. Nampak la 5-6 ekoq. Besttt. Gambo sebelah ni, adalah one of them. Di sebabkan aku guna kamera ala2 biasa je kan, so ni je dapat zoom. Koala nie keje nye tido jeee.














This is picture of our tour guide and also bus driver. Burung2 jenis macam nie, memang berlambak kat sini. 5 star to him coz of great tour and guide.














Then ke National Park Otway great. Hutan la kiranya, tengok pokok yg umur 300 years. Kata Glen, pokok ni dah ada sebelum mat saleh mcm diaorg ni datang ke Aussie. Asalnye pokok nie ada dua, tapi dah bercantum jadi la satu.

















Ni gambar agak misteri. Coz aku ta tau la apa imej kat tengah lubang teww. Seram. So, tengok je, tak yah amati sangat2.

















Kemudian kitaorang ke Apollo Bay. Macam town la. Small town. Cantikss. Lunch kat situ. Makan roti salad, include the tour prize. 1 jam di sini.





Then terus la ke 12 Apostles. Pemandangan kat sini cantik giler beb. Sebelum sampai banyak ladang ternak lembu dan sheep kat sini. Besaq ladang nye.

Sampai ke sini awesomeeeeeeeee. Impresss. Kira geologi la nie. Ikutkan dah tk de 12 apostles ni coz tinggal 8, yg lain dah jatuh je laut. Why coz lumrah alam, hakisan air laut n peredaran waktu. Sapa nak naik heli pun bleh tapi kena tambah coz it is not include the tour. Dalam 80 Aud, special harga la katanya Glen.







Layan gambar.

















Nie la Renie. Dia lagi hebat, coz will tour to all part of Aussie.
















Yang ni namanye Nicole. Dari Germany. Sorang gak dia travel ke sini.















Lagi gambo nye. Memang cantik.










Then ke Gorge Loch Ard. Cantikssss. Layan la gambo. Ada sejarah nye dulu. Laluan ni adalah laluan kapal dari Britain ke Aussie. Dulu take 3 months ke sini. Dan nasib la kalau sampai, kalau tak akan sink kat area ni. Kira tempat yg kapal selalu sink kat sini. Tapi tak de nampak kapal pung kat sini, dah tenggelam la kan. Hehe.








Hanya dua orang je yang terselamat. Depa la yang cite. Kalau tak de yang hidup, means tak tau la kan.











Nie la dia. Gorge Loch Ard. Cantikssss. Layan la gambo.









 
 
 
Then ke London Bridge. Mula2 ingat ada concrete bridge ke kat sini. Hehe. Salah yeeee. Tgk gambo pe dia. ;-).
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Nie la die. Dulu bercantum tapi disebabkan peredaran alam, jadi lah macam ni.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tak jauh dari sini, pi tengok lagi satu ciptaan tuhan, Memang cantik. macam lagoon giteww.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Posing time.
 







  • Kesimpulan, wajib datang sini kalau pi Melbourne. You will not regret!!. Sampai hostel pun dah 9pm. Bas antar sama tempat pick up pagi tadi.
Belanja untuk hari nie;
1) Flight ticket Air Asia return: rm1600.00

2) Hostel: Aud 120.00 (4 malam)

3) Great Ocean Road Tour: Aud 85.00.

4) Magnetic fridge Great Ocean Road :Aud 5.

Total congak sendiriwww.
 

Saturday, October 20, 2012

PERCUTIAN KE ISTANBUL (PART 1)

HARI PERTAMA: 10 OCT 2012
  • From melaka at 10pm to klia by transnasional. Excited yooulllzzz. This is the crazy things i have done. Coz pi sorang. Flight tickets hanya RM2003.00. Naik Qatar Airways. Selalu tambang dalam 2.5k to 2.7k. tapi sebab aku book masa sale dapatlah murah. Waiting my departure, at the airport , meet one couple..mum n her daughter. Razan nama anak, mak nye dah lupa nama. Huhu. Then, janji nk pi sama2 ke sultanahmeet dari airport attaturk. Smpi terus ke baggage claim n tukar sket duit usd to tl. Dlm 200 usd dapat lah 637tl. Di ingatkan at Malaysia, no turkish lira to change. So kena tukar euro atau usd. But the hotel here accept euro. So, the next place can change at bazar. (Tapi sama jer tukar kat airport atau luar coz aku tgk sama jer nilai tukaran nya.

  • Malaysian tak perlu visa ke Turkey. Korang leh stay sini sampai 3 bulan tanpa visa,k. Gambar di atas adalah negara2 yang perlukan visa untuk masuk Turkey.


  • Untuk tukar duit, cari Change office bukan money changer. Sama la tu kan, cuma nama je lain, fungsi sama je. Then, cr lak camno nk ke tram station, kena keluar dr departure terminal. N turun satu level, ke tram. Just ikut je signboard, tk pun tanya staff2 kat situ. Then, sampai lah kitaorg kat havailman station.
Dan adoii mcm mana nak guna mesin jeton ni. Masukkan duit 10tl (coz tak de syiling) then mesin kuar syiling jumlah yg sama. Sebelum tu, tekan OK dulu yekk. Tk paham tanya staf yg jg pintu. Then masukkan syiling tu 3tl for 1 jeton. Have to take 2 jeton. Kira coin utk naik train la. Sblm msk, masukkan 1 jeton. Then sampai kat destinasi masukkan lg 1 jeton ms nk kuar. Nak murah kena beli Akbil kad. Tapi aku tak tau nak beli kat mana time nie, so guna la jeton tu.
 
 
     
     
     
     
     
     
    Dari Havailman Station ni, kitaorang stop at Zetinbuyrnu before going to another destination.
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     

    Still naik tram but go to Kabartas direction kalau nak ke Sultanahmaeet lah. Ni tram warna biru. Tram ni kena alert sikit berhenti kt mana coz slow suara announcement tu.






     


     
  • Tak pung tanya staf, mesti ada sorang jaga dalam tram tu. Jauh jgk la dalam 13 station.  

 
 
 
 
 
  • Turun kat Sultanahmeet Station, masjid ada near to station. Singgap jap for solat. Jamak je. Then, kitaorg plan nk pi taksim. Auntie tu stay kt hotel lain, so aku plan pi hotel dia n blk hotel aku after tht. So, tanya direction nk ke hotel auntie tu, n one guy sapa kitaorg. Rupanye dia tu kira ejen la kot, dpt la komisen sket klw dpt guest. Tanya punya tanya, kitaorg pi la ofis dia utk tour. Auntie ni nk compare ngan tour yg dia dh book kat internet. Bincang nye bincang, auntie ni setuju. Aku tak join la coz esok nak jumpa somebody kat sini. Better korang jangan book tour dari internet coz mahal kat internet. Kalau sini, leh minta diskaun. Tapi korang jangan risau, kalau pi sorang2 pun ok kalau join tour nie, coz diaorang akan charge harga yang sama even ko sorang coz ramai akan join tour nie. Small group la.
 
Coz even ejen nye ramai tapi yang incharge tempat2 nie adalah satu badan yang sama coz ejen2 ni bayar yuran setiap tahun. Means untuk dapatkan lesen la. Ni business card, ko leh terus ke sini pun tak pe. Tak jauh dari Sultanahmeet Station, ofisnye. Tak pung, sampai sini korang leh call. 
     
  • Then go to Apart hotel. Area Sirkeci. Kata mamat ni 200 meter tp jauh la, mahu2 ada 500m kot. Sampai sana, letak beg terus jalan, tak yah dah mandi2 coz dah nk malam. Mamat fazle ikut kitaorang, teman nak ke sana. Dia nie kira pekerja tour tadi. Penat nak cakap ngan mamat nie, coz english nye very limited vocab. Jalan la kaki ke Taksim Square
 
    Sebelum ke sana akan lalu Eminonu. Tepi laut. Sini ada stesen station samada nak ke Harem atau Kardikoy.







  • Dari Eminonu ni boleh nampak Galata Kulesi..tu menara. Clear sangat.










Sempat bergambar jap. Ni lah dia Razan and her mum.





Dari Eminonu nak ke Taksim akan melalui jambatan. Mak oii jauh jugak la dan naik bukit tu yg semputtt.














Ni lah Galata Kulesi. Nak naik menara nie, boleh. Tapi kitaorang tak nak. Tak larat da nak naik tangga. Memang kitaorang tak fit. ;-)


Taksim area ni mcm tempat shopping la, dan nak dekat malam mesti ada pemuzik jalanan. Kat atas baru sampai. Cantik la dan semputtt. Then jalan punye jalan smpi kaki aku dah sakit2. Aduiii, klw pakai kasut flat ok la, ni tumit separa tinggi yg still flat la tapak kasut nye.









Nie train lama tapi hanya di area Taksim Square ni sahaja beroperasi. Nak naik leh, tapi kena naik kat tempat mula nye. Tak pasti berapa tambang.










Sebelah ni jual aiskrim. Aku nak rasa tapi disebabkan aku dah mula2 batuk, so aku tak jadi la beli. Razan je beli. Siap ada demo. Memang lawak giler. Mahal gak aiskrim ni.








Jalan2 sampai dah pukul 9pm. Sebelah ni sampai penghujung jalan. Mercu tanda Taksim Square.













 Balik naik teksi charge 11 TL..ikut meter yek. So balik apartment auntie ni, n decide to stay at her apartment for 1 nite je. Makan kat tepi hotel ni je. Nasi n lauk one dish dlm 5 tl. Tapi mlm tu gak aku balik Yokomoz Guesthouse naik teksi, 25TL tu beb. Adoii sebab kawan marah2 coz senang sangat percaya orang yang baru jumpa. Huhuhu.


     





HARI KEDUA: 11 OCT 2012
  • Bilik aku tempah just dorm, satu katil dlm 25 TL. Ada 4 katil double decker. Means korang darab la 2. Book from booking.com. Selesa la just bathroom kat luar dan kena lalu depan receptionist. Ubat gigi n berus gigi tertinggal kat apartment akak ni, so tak la aku gosok gigi. Kena beli kat kedai dulu la. Then, shake la apalagi for the breakfast. Rent include the breakfast tapi dah bangun pun kul berapa, malas dah.

  •  Lepas mandi, jalan2 jap kat luar smbil menunggu kawan datang. Yokomoz Guesthouse, is very near to Hagha Sofia n mosque2 yang cantik sgt dan unik architecture (camno tah ejanye) nye. Dan also near to sultanahmeet station, jln kaki jewww.




Kat kawasan Hagha Sofia and Blue Mosque ni banyak penjual. Macam sebelah ni jual buah berangan. Banyak jual. Jagung and roti keras pun ada.




Jalan sorang2 tuu, mcm layan bluesszzzzz. Sebelah ni jalan nak ke hotel tempat aku book tadi.











Makan kat restoran order spagheti n kopi turki. Maaakk oiiii, pahit gileerrr. Kecik je cawan nye. Kena 15 TL. Sini susah nk cam org tempatan coz muka sama jee. Muka europe kan. Klw nk tanya direction, tanya org yg keje kat kedai2, coz confirm la org sini. Cuaca just nice, sejuk pun tk just nyaman jeee. Mlm jeww agak sejuk. Tapi yang tegur2 ni semua mamat yek. Terlebih friendly diaorang nie. Hehe. Tapi ramai yang tegur dari mereka yang ada kedai kat sini dan waiter restoran. bukan ape nak promote la kan.


  • Mamat2 turki mmg handsome weiiu, yg jual2 brg pun handsome ala2 Tarabas! Siapa pernah tengok the golden horse filem tu, memang tau la nk imagine mcm mana rupa. Girl turkey pun cantik2 and modern sangat. Sesiapa yang taste sama ngan aku, akan berkata sebegitu.
Kat sini main road panggil cankurtan, small road panggil sokak. Then at 2 pm, meet my turkish friend at Hagia Sofia. Luckily, he came, we walked to eminonu and go to taksim area. Sebelum tu kena lalu dulu Sirkeci,k. Adalah dalam 30 minit. posing2 lagi, kan. Since aku semalam dah pegi, so singgah sekejap jewww.




Masa kat Taksim Square ni kebetulan ada piket. Serkan kata coz tak puas hati dengan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan kat tempat mereka.













Siap ada polis ko, kot2 piket bertukar ganas ke kan. Tapi so far tak de.





Then jalan kaki ke Dolmabache Palace dari Taksim Square. Aduioooo tak lak jauh sangat dari taksim area tu, tapi naik bukit dan turun bukit yg buat aku capekk gile. Tapi sayang nye palace dah tutup coz dah petang sgt. Tutup kul 3pm atau 4pm. Tak sure yang mana. So, kitaorg lepak2 kat tepi laut. Yarabbi punye la best view nye. Boleh nmpk turki asian side. Tu belakang Dolmahbace Palace.













Suasana makin malam makin rasa sejuk nye. Kitaorg order makan ala roti canai la tapi inti daging lembu. Boleh la rasanye, tapi kalau ada sambal lagi sedap kot. Haha.









Transport aku guna Akbil kad atau nama lain Istanbulkart. Tu yang kat bawah jadual pass ticket nie. Leh beli kat kedai tepi Eminonu nie. Then, top up la. Satu kad dalam 2TL (sebut Tayla). Harga untuk kad je nie. Boleh guna untuk public transport di Istanbul je,k. setiap kali naik akan deduct 2TL. Tak kira la naik bas ke naik tram ke. Dekat ke jauh sama jer. Untung la kalau yang jauh tu kan.














Then, kitaorg ke Bosphorus Bridge naik bas. Kena jalan kaki melepasi Dolmahbace Palace tu. Ko tanya je kat driver bas tu. coz aku pun dah lupa nombor berapa tapi ada tulis depan bas tu. Waktu malam cantik sangat.



    Ni gambar Bosphorus Bridge dari bawah jambatan.















Then, kitaorg ke tepi jeti. Mak oiii, cantik sangatt. Lepak2 for a while. Suasana nye memang best.
 



Then, we back to Eminonu by bus. Jalan kaki sampai Sultanahmeet. Sampai perut rasa lapar bangat. Singgah beli turkish delight dan singgah kedai makan. Order meat balls tapi tk de pun rupa mcm ball. Minum lak buttermilk tapi rupa2 nye minuman yoghurt, mak oiii tak sedap coz original taste. Kalau strawberry ke grape ke, sedap sikit.



      Sampai hotel then gosok gigi n cuci apa yg patut, tidooozzzzz.