HARI KETIGA- 12 OCT 2012
Hari ni jumpa kawan depan Hagia Sofia. oleh sebab dia ada kad museum, so kitaorang boleh terus masuk tanpa beratur panjang2. Hehe. Tu la, untungnye. Coz kad museum ni boleh masuk mana2 muzium yang ada kat sini. Harga murah sikit lah coz Turkish yang beli kan. Jangan ko tanya dia beli kat mana. Huhuhu. So, korang beratur je la kat depan entrance macam gambo sebelah nie.
Masuk dalam, Ya Allah, cantik sangat decorationnye. Penuh giler orang dalam nie. Dia ada 2 tingkat, so naik lah sampai atas. Banyak cat dah tertanggal. Overall, masih lagi cantik. Terkedu.
Tak dinafikan memang cantiks. Sejarah nye korang google2 lah.
Dari sini leh nampak Blue Mosque. Cantik kan.
Dari sini kitaorang pi Topkapi Palace. Dekat je dengan Hagha Sofia ni. Dekat sangat. Dalaman nye besar lagi coz ada halaman nye. Siap ada askar/guard jaga dengan AK47. Agak aku la. Hehehe. Dalam ni nak masuk kena bayar. Tapi since ada kad museum, masuk je lar. Jangan jeles.
Dalam nie ada pameran barang2 lama dari zaman nabi. Memang impress sangat. Cap mohor Rasullullah SAW pun ada. Yang paling terharu, tongkat Nabi Musa yang digunakan untuk tukar ular tu pun ada. Kagum. Macam mana lah, boleh preserve sampai sekarang. Pameran2 ni, tak leh amik gambar. Jangan harap la nak curi2 tangkap gambar coz ada guard jaga. Kamera leh bawak masuk tapi tak boleh guna. Hhuhuhu. Kalau berani, amik la..then kalau guard nampak aku tak tau yeee. Then, aku balik hotel jap tukar baju. Dekat je.
Topkapi Palace dari luar.
Yang ni namanye Fountain of Sultan Ahmet III.
Then katanya nk jalan kaki ke Serkeci, aku kata hahh..tak nak arr, naik tram..coz dah capek sgt. Naik tram turun ke sana, then naik bas ke Medikoy di Eminonu Bus Station. Sebelah ni bus station nye. Tak jauh dari Eminonu Train Station.
Mana satu bas nak naik, tanya je kaunter bas tak jauh dari sini. Tak pun, ko tanya driver bus. At least ko tahu nak pi platform yang mana.
Untuk amik metrobus. Sebelum tu singgah makan pastry, lapar sudah. Hari ni kitaorg nk ke asian side. Metro bus ni laju coz even dia bas tapi ada lane nye sendiri. Di tengah2 jalan raya. Naik bas no 34, then stop at the next station to take bus 34A to Kadikoy.
So kitaorg lalu Then, bus stop at kadikoy station, jalan kaki ke tepi pantai, leh nmpk hagha sofia dr sini. Atas ni semasa kitaorang kat kadikoy station.
Then, ke Uksudar naik bas di Kadikoy Bus Station. Sampai sana turun kat Uksudar Bus Station, terus ke tepi pantai n lepakszzz kat situ melihat matahari terbenam. Blh nampak Dolmabache Palace dari sini dan istanbul eorupe side. Can't desribe coz cantik sangat.
Ha ni boleh nampak Hagha Sofia dari sini.
Dan juga Dolmahbace Palace dari sini. Kat sini orang2 lelaki gila memancing. Sepanjang tepi laut nie, mesti ada nye.
Bosphorus Bridge dari sini.
Order tea smbl borak2 kat gambar atas nie.
Makin gelap makin sejuk. Tp suasana memang best laa. Tu adalah Maiden's Tower.
Ni gambar jarak dekat Maiden's Tower. Ada sejarahnye, korang google2 je lah.
Then dalam kul 7pm, terus jln kaki ke feri jeti, amik feri to other side. Pegi dgn bas, balik dengan feri. Best kan. Melihat suasana malam.
Gambar atas ni projek yang kan datang. Tak tau bila nak start. Projek nak buat terowong bawah laut dari asian side ke europe side. Marmaray projek.
Then singgah dinner di Sirkeci, makan chicken dgn roti prata kot, aku pun tak ingat nama menu nye. Hehe.
Abis mkn, lepak2 kat taman area blue mosque tuuu. Sejuk youuuu. Singgah jap Blue Mosque. Halaman dalaman boleh masuk cuma tak boleh masuk dalam masjid coz dah tutup dah.
Blue Mosque waktu malam.
HARI KEEMPAT : 13 OCT 2012
Hari ni, kitaorang plan nak ke Grand Bazar. Dekat je dengan hotel, jln kaki dh smpi. Dekat dengan Sultanahmeet Station. Korang tanya jer pekedai2 kat situ mana arahnye. Before that, singgah Blue Mosque. Mlm tadi pegi tapi tengok luar je la. Hari ni masuk dalam..punye la ramai org bebbb..sesak. Memang cantik dalaman nye. Superb!!!.
Posing la, apalagi di tunggu2.
Dalaman Blue Mosque. Memang ramai orang dalam nie. Waktu solat biasanye di tutup.
Lagi gambar dalaman. Aku ni tak de la kamera DLSR. Just kamera kecik yang portable dan boleh dimasukkan dalam poket jeans. So, kualiti tak lah macam DLSR. Tapi ok la asalkan ada memori yang boleh disimpan.
Then, singgah breakfast kat mcdonalds. Murah je, 8 TL. Ko jangan la darab dengan RM. Kira ni paling murah la. Jalan kaki ke grand bazar. Setiap entrance ada polis jaga, kot2 la ada penyangak bwk bom ke apa ke kan.
Ni Lokum atau Turkish delight. Manisan turki. Sapa yang suka manis2, ni memang best. Macam2 perasa ada, kekacang, buah2an. Memang sedap. Tapi tak leh la banyak sangat makan. Ada gak dalam kotak, boleh la beli sebagai souvenir.
Meriah dalam tu. Said Serkan, dalam ni barang agak mahal sikit..nak beli boleh beli luar bazar ni.
Ala, tk jauh pung..just keluar entrance grand bazar ni..berlambak jual. Murah la. Sebat magnetic fridge, satu 2tl tp coz beli 10 dpt la 17 TL.
Bazar luar ni lagi happening. Macam2 ada.
Yang ni kekacang2. Nampak sedap kan. Kurma pun ada.
Then, kitaorg amik bas di eminonu bus station ke Miniataturk. Bas berhenti2, so penuh la. Nasib la kalau dapat seat. Miniataturk dlm kawasan Sutluce. Tak tau, tanye je kat kaunter bas tu, bas no apa. Sampai beli tiket, then posing la apa lagi yeekk. Replica the best structure ada kat sini. Gambar atas ni la Miniataturk.
Tak dapat pi Cappadocia, dapat posing kat replika nye pun jadi la.
Ni kat mana ntah. Hehe. Bukan kat Turki nie.
Yang ni namanye Rumelian Castle replika. Bukan kat China tu, k. Tak jauh je, terletak kat area Istanbul jugak.
Then, balik dengan bas ke Mecidiyikoy..terlepas pulak point stop. Jalan kaki. Aduii, aku rasa tapak kaki aku yg melecet semalam ni dah pecah. Control je jln. Huhuhu. Then, jalan sampai bus stop amik bas ke shopping complex yang kira org2 kaya je selalu shopping sini.
Memang kelas ko, yg parking tepi complex ni pung kereta mahal2, ferrari bersepah. Huisshhh. Klas nyaaahhh. Nama shopping complex nye Istinye Park. Di mana shopping complex di Turki ni ada pengawasan, means macam kat airport tu, beg dan diri ko tu kena scan. Minum dlm tu, tk larat dah.
Sempat berpossing die nye dome arch. Kiranye trademark la Istinye Park.
Lagi gambar Dome arch.
Then naik bas across the road ke Istinye tepi laut. Hari ni, sesat pulak. Hehe. Plan nak ke other side of Istinye tapi salah naik bas. Last2 ke Kardikoy jeww. Then balik hotel.
HARI KELIMA: 14 OCT 2012
Hari ni tak banyak sangat aktiviti. Coz kaki aku dah sakit beno. Oleh sebab Hagha Sofia dekat sangat dengan hotel, memang kena lalu depan. So, apa lagi. Possing la.
Pose paling ayu konon. Suka amik gambo sendiri. ;-)
Pagi ke Grand Bazar. Shopping for the last. And after that balik bilik jap letak barang. Just around Eminonu jer. Join bosphorus tour. Take 1 jam setengah. Coz dlm 10 TL. Beli je kat tepi pantai tu. Klw beli kat org yg jual depan hagha sofia tu, mahal..2 kali ganda. Just jalan kaki dari sultamahmeet ke sirkeci pun leh. Tp kaki aku dah sakit sangat, melepuh so kitaorg naik tram. Naik kat Sultamahmeet station lalu Gulhane station then Sirkeci station and stop 1 another station. Dekat jeww.
Best sangat view nye atas feri tu, mesti join Bosphorus Tour nie.
Ni Dolmahbace Palace dari atas bot.
Ni la Rumelian Palace. Bukan replika, k.
Yang ni nama nye Beylerbeyi Palace.
HARI KEENAM: 15 OCT 2012
HARI KEENAM: 15 OCT 2012
- Hari nie, just untuk balik je. Tak de aktiviti banyak sangat. Sama je caranye. Naik sultanahmeet station then stop at Zetinbuyrnu. Then amik train merah lak, turun kat Havailman Airport. Senang jerr.
- Mesti ramai tanya nie, berapa banyak dah aku spend duit kat sini. Overall kalau kat sini setiap kali makan, at least 15 TL. Nak murah makan jew kat McD teww. Tapi takkan la hari2 nak mentekedarah McD je kan. Boring. Air mineral murah jeww. Ok la, tak jauh beza sangat dengan harga di Malaysia. Generally, di Istanbul need RM 2800 je. Ikutkan aku tak lah kuar duit sangat coz semua ditanggung beres. just pay Flight dalam RM 2000.
- Recommendation : di Istanbul jew, at least korang perlu spend dalam 5 hari tau (tak termasuk hari sampai dan balik)..baru puas hati. And for those yang plan nak pi tempat lain di Turkey nie, recommended pi Cappodocia dan Canakelle (tempat sejarah ANZAC). Yang Pamukalle tu, ok la tapi just tempat tasik tu je la.
sunsetnya indah banget kak
ReplyDeletenice articel
ReplyDeleteDieng