Thursday, November 8, 2012

PERCUTIAN KE MELBOURNE (PART 1)

HARI PERTAMA - OKTOBER 2012

  • Terlaksana sudah impian nak jejak kaki kat bumi Australia coz dari sek menengah lagi teringin beno nak pi. Booking dari Airasia ke Melbourne dgn harga RM 500 ni one way la. Aduihhh boring bangat dalam flight. 8 jam perjalanan. Kerja aku dok pi toilet je la..coz bosan. This is again the crazy things i have ever done coz travel sorang. Balik dari sydney ke kl nanti.
  • Visa dah apply 2 bulan sebelum pegi. Aku apply Tourist Visa. Visa jenis nie, tak leh keje di sana,k. Apply online jerr, masuk kat www.immi.gov.au.my. Kena bayo Aud 20. Tapi valid visa 1 thn dari tempoh approval. Means, korang leh melawat Aussie bila2 dalam tempoh setahun. Tapi kalau dah jejak ke Aussie, visa tu expired la bila ko dah balik ke Malaysia. Mula2 dah book MH-malaysian hall tapi cancel la coz MH kat luar CBD, at Windsor. Klw nak ikutkan tak la jauh tapi since aku tak tau camne nak naik ke CBD so aku book tempat lain. MH murah lagi la, gi je website dier.
 
HARI KEDUA - OKTOBER 2012
 
  • Sampai Tullmarine Airport, ni airport international. Jinni dah tunggu dah. :-). Kawan yg aku kenal beberapa bulan yang lepas from YM. Berani aku wehh, kot2 dia jahat ke kan. Tapi aku percaya gerak hati aku. Laki orang la tapi bini dia dan anak dia kat india. Dalam proses dapatkan visa untuk bawak family dia masuk ke Australia. Dia antar sampai hotel. Tak la hotel pun, hostel. Nama nye King Street Backpackers, betul2 kat CBD. Area main city of Melbourne.
  • Sampai sini pung dah 2 am. Book dorm katil 4 for female dorm. Kalau korang nak book Mixed Dorm pun boleh tapi campur la wei ngan guy. Huhu. Dorm located at the top of floor, level 4. Fuhhh, nasib ada Jinni tolong angkatkan beg aku tu. Semput aku klw bwk, maklum la mana ada lif. Dorm ni ikut nasib la,kalau dapat roomate yang bersih..ok la. Macam kat Istanbul even 8 katil tapi bersih coz share ngan roomate dari Jepun. Bilik dia pun bersih, kira leh la solat atas carpet dia.Kat sini minah saleh. Messy. Pengotoq. Means kat sini aku solat atas katil je la.
  • Sapa yang tak de sapa2 nak amik, shuttle bus 24 hours operated from tullmarine airport. Dont worry. Bus ke MH terus pun ada. Tanya kat kaunter Skybus luar airport teww. Tapi kalau nak ke MH, ko try cari maklumat kat sorang blogger nie. Klik je sini.  http://kakiberangan.blogspot.com/2012/08/melbourne-victoria-day-1.html . Disebabkan aku dah book tour to Great Ocean Road pagi ni so aku kena la rehat jap. Waktu 3 am di Melbourne dan pick up will be at 7.30am. Punye la aku cari agen tour yang murah2 sikit la dapatlah yang murah la aku rasa AUD 85.00. Link nye korang click je kat sini. http://melbourneaustraliatours.com.au/1_day_great_ocean_road.html . Kebanyakan tour dlm AUD99 ke atas.

  • Nasib pick up location kat corner luar hostel ni je. Senang la. Dapatlah tido dua jam. Bangun 5.30am, siap2 terus ke bawah coz nak guna internet free. Hehe. Coz computer ada dua je, waktu ni la paling org tak guna kan. Sampai tadi aku dah mandi so tak yah la mandi lagi. ;-). Sambil internet aku charger hp kat pc tu. Kul 7 breakfast. Aku amik cereal jer. Coz dalam flight tadi, masih ada chicken lasagna. Boleh la aku makan nanti. Then, kul 7.20am aku kuar tunggu kat corner luar hotel ni je. Makk oiiii sejuk gilerrr.
  •  
  • 7.40am mini bus sampai. Driver bus merangkap tour guide sekali nama Glen. Memang kelakar dia ni. Ada 19 orang dalam bas. Ramai Thai satu group. Keluar la dari city Melbourne ke great ocean take 1 hour plus. Nak pi sendiri, sorry tak de bus or train..so book tour je. Sapa yang ramai2 leh sewa kereta. 1st smpi di Bell Beach. Memang cantik. Awesome!!!.





Ni la pantai nye. Sejuk giler la weiii.
















Pe lagi, posing la dema nie.














Lagi gambo nye. Sini memang tak de bangunan pung. Just public toilet ada la.










Kenal ngan minah US nama Renie. Dia pun alone mcm aku gakss. So, leh la dia tolong amik gambo aku kan. ;-).










Then ke tempat tak jauh je dari situ nak tengok kanggaro. Kot2 nasib baik kan. Memang ada. Luckily ada nampak sekoq jee. Nak best lagi join Grampian Tour, kat situ memang tempat kanggaro. Tapi aku tak join.









After that, bas ke Memorial Arch. Amik gambo je kat sini, nothing impress. Great ocean road ni, take 20 years to complete coz bentuk muka bumi dia dan jarak yg jauh. Ada sejarah nye. Korang surf la kat internet. :-).



Posing la, kan. Apa lagi ditunggu2.




Then kitaorg breakfast kat Lorne Beach. Awesome cantikss. Makan biskut n nescafe susu panas. Sekali dlm tour prize. Ok la.
















Tu, amik gambo sendiri la. Apa lagieww.

















Then kitaorg bergerak ke Kennett River. On the way singgah few points to capture the photo. Di sini, tengok koala, memang habitat nye kat situ. Nampak la 5-6 ekoq. Besttt. Gambo sebelah ni, adalah one of them. Di sebabkan aku guna kamera ala2 biasa je kan, so ni je dapat zoom. Koala nie keje nye tido jeee.














This is picture of our tour guide and also bus driver. Burung2 jenis macam nie, memang berlambak kat sini. 5 star to him coz of great tour and guide.














Then ke National Park Otway great. Hutan la kiranya, tengok pokok yg umur 300 years. Kata Glen, pokok ni dah ada sebelum mat saleh mcm diaorg ni datang ke Aussie. Asalnye pokok nie ada dua, tapi dah bercantum jadi la satu.

















Ni gambar agak misteri. Coz aku ta tau la apa imej kat tengah lubang teww. Seram. So, tengok je, tak yah amati sangat2.

















Kemudian kitaorang ke Apollo Bay. Macam town la. Small town. Cantikss. Lunch kat situ. Makan roti salad, include the tour prize. 1 jam di sini.





Then terus la ke 12 Apostles. Pemandangan kat sini cantik giler beb. Sebelum sampai banyak ladang ternak lembu dan sheep kat sini. Besaq ladang nye.

Sampai ke sini awesomeeeeeeeee. Impresss. Kira geologi la nie. Ikutkan dah tk de 12 apostles ni coz tinggal 8, yg lain dah jatuh je laut. Why coz lumrah alam, hakisan air laut n peredaran waktu. Sapa nak naik heli pun bleh tapi kena tambah coz it is not include the tour. Dalam 80 Aud, special harga la katanya Glen.







Layan gambar.

















Nie la Renie. Dia lagi hebat, coz will tour to all part of Aussie.
















Yang ni namanye Nicole. Dari Germany. Sorang gak dia travel ke sini.















Lagi gambo nye. Memang cantik.










Then ke Gorge Loch Ard. Cantikssss. Layan la gambo. Ada sejarah nye dulu. Laluan ni adalah laluan kapal dari Britain ke Aussie. Dulu take 3 months ke sini. Dan nasib la kalau sampai, kalau tak akan sink kat area ni. Kira tempat yg kapal selalu sink kat sini. Tapi tak de nampak kapal pung kat sini, dah tenggelam la kan. Hehe.








Hanya dua orang je yang terselamat. Depa la yang cite. Kalau tak de yang hidup, means tak tau la kan.











Nie la dia. Gorge Loch Ard. Cantikssss. Layan la gambo.









 
 
 
Then ke London Bridge. Mula2 ingat ada concrete bridge ke kat sini. Hehe. Salah yeeee. Tgk gambo pe dia. ;-).
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Nie la die. Dulu bercantum tapi disebabkan peredaran alam, jadi lah macam ni.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tak jauh dari sini, pi tengok lagi satu ciptaan tuhan, Memang cantik. macam lagoon giteww.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Posing time.
 







  • Kesimpulan, wajib datang sini kalau pi Melbourne. You will not regret!!. Sampai hostel pun dah 9pm. Bas antar sama tempat pick up pagi tadi.
Belanja untuk hari nie;
1) Flight ticket Air Asia return: rm1600.00

2) Hostel: Aud 120.00 (4 malam)

3) Great Ocean Road Tour: Aud 85.00.

4) Magnetic fridge Great Ocean Road :Aud 5.

Total congak sendiriwww.
 

5 comments:

  1. salam...

    awk,ok tak hostel tu..? maksud sy takut tak as malay+muslim yg berhijab..ada diskriminasi tak disitu..hee takde orang mabuk2 ke, berparty sakan ke,..risau jugak..huhu

    Btw,salam kenal...
    aza ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmmm, lama betul saya tak update blog ni. sebulan sudah. well, sini style dorm. diskriminasi takde. disebabkan hostel ni bukan muslim punye, so benda2 tu adalah. lagipun yang stay sini kebanyakannya yang memang nk kerja di sini, menunggu bilik sewa so diaorang stay sini dahulu.

      hari tu saya, balik bilik dan stay kat bilik je. borak2 pun hanya dengan roomates. nak lepak kat lobby, segan coz ramai sangat lelaki2. hehe.

      Delete
  2. Yezza dulu pernah gak stay dorm 10 female kt singapore.kitorang pas cekin letak je brg atas katil tapi dah tag nama...balik kul 12 mlm dah ada bdk rembat tmpat tu..mmg geram..pas kitorg report..sorang omputih kata u tido je la atas ni..dh mlm sgt pon...

    Psst..kita jeles la dgn org solo traveller ni..teringin tp mesti asben xbg:-)

    ReplyDelete
  3. hahah. memang macam tu la style dorm. Ada yg bertimbangrasa, ok. kalau dapat roomates camtu memang sakittt je hati,kan.

    dah kawin, memey leee asben tak bagi pegi sorang. ;-)

    ReplyDelete
  4. Great Ocean Rd, nyetirnya lumayan tuh. Buat temen2 yang ingin jalan2 bawa anak kecil atau ada orang tua bisa menggunakan jasa teman australia. IG = @temanaustralia atau fb.com/temanaustralia websitenya mereka di tourkotamelbourne.blogspot.com

    ReplyDelete