27 June 2013
Dari Inssbruck, Austria kitaorang terus ke Venice, Italy. Camping kat Camping Fusina namanya. sini panas. tapi malam sejuk le. baru merasa mandi air panas free. kalau tempat lain bayo ko. huhu. puas mandi teww. at last baju, aku laundry kat sini. daripada sampai di London, sampai saat ni tak basuh baju2 lagi. sehelai baju yang sama pakai 3-4 hari je. coz tak busuk, sejuk kan. tak berpeluh. baju je ek tak bertukar tapi mandi hari2 tau.
Di sini cantik kawasan camping. Landscape nye cantik. Hujung camping ni berhampiran dengan laut. Jalan2 lepas mandi sebelum dinner.
Ada tempat parking yacht. kelas kan.
Antara bunga2 di sini.
Malam ni ada wet party di pub sini. means ko pakai baju tak yah pakai bra. nanti menari2 sambil2 di pancutkan air. seksi tuew. omputih mana tau malu. malam ni memang ramai yang mabuk. so kitaorang stay dalam khemah dan tidur. zzzzzz
28 June 2013
Yabeda bedu, hari ni ke Venice !!!. Pulau Venice atau nama glamor Venezia. Hari ni driver bus kitaorang Pak Daud cuti. Memang perlu diberi cuti. Oleh sebab itu, kitaorang pergi ke Venice menaiki cruise. Tak jauh jeti dari camping site. Jalan kaki je. Adalah dalam 5-10 minit.
Kat atas cruise ni, penuh dengan kitaorang je.
Sampai diVenice, jalan2 lee. Tak sah kalau tak bergambar di jambatan2 sini.
Dekat jambatan sini, ada jugak mangga2 kunci ni. cehhh, tak kuasa akak. Lambang cinta konon.
Posing la kan. Kitaorang naik Gondola. konon benda2 paling best buat kat sini. Yang gambar bench tu, kira departure point untuk naik. Satu gondola, enam orang. Kalau nak yang nyanyi2 tu, tambah la duit. mmmmm, tak naik pun tak pe de.
Satu hari suntuk kitaorang kat sini. Gambar sebelah ni antara pemandangan semasa ber gondola.
Jenuh tul jalan2 kat sini. Memang puas la.
Famous place Grand Canal la.Water taxi, Gondola melalui terusan panjang ni.
Kat sini ada je orang yang cari rezeki dengan jadi badut jalanan ke jual lukisan la.
Kitaorang lunch makan piza Italy dan spaggheti. Tu gambar bawah tu meja sebelum makanan sampai. lunch paling mahal aku pernah makan. Tak sedap pun piza Italy. Lagi sedap PizzaHut. Huhuhu. Posing kat St. Mark Square.
Kat sini, paling mahal toilet nye. Memandangkan dah tak tahan sangat kan, bayo je la. 1.50 Euro, k. Huhuhu. Nama tempat ni Piazza San Marco. Yang bentuk kubah tu namanya St.Mark Basilica. Gambar dua tu namanya Procuratie Vecchie. Semua ni dalam kawasan St.Mark Square.
Meh baca sikit English mengenai tempat ni.
- Piazza San Marco was constructed in the 9th century as a small square dotted with trees. The square was laid out in front of the original St. Mark's Basilica, at the time a small chapel which was part of the Doge's Palace.
- Located along the square are the 12th century Procuratie Vecchie, buildings that housed the apartments and offices of the procurators; the Procuratie Nuovo,which provided more offices and was built in the mid 17th century.
Pukul 6 lebih kitaorang balik ke camping site. Capekkkk you. Malam ni masih tidur di sini sebelum pergi ke Rome pulak. Yeayy.
nice trip...kalau masukkan cost ok gak.....
ReplyDeletesaya amik tour trip Europe. Belgium-Holland-Germany-Austria-Italy-Swiss-France. Cost around 650 pound. join Kelana Konvoy trip. check le website.nye.
ReplyDelete