Saturday, March 22, 2014

Dubai, UAE (Part 3)

Hari Ketiga
 



Hari ni check out. kali ni nak check in kawasan lain pulak. tak jauh pun dari hotel sebelum ni. stop kat Al Ghubaiba Metro station. station ni dekat sangat dengan Al Ghubaiba Bus Station. nak pi Abu Dhabi leh dari sini. Plan memang nak ke Abu Dhabi, tapi apakan daya ahkak dah tuoo ni, skru kaki dah longgar. huhu. sampai ja tanya orang mana New Peninnsula Hotel. laaahhhh. dokek sangat. jalan 5 min dah sampai. opposite ja ngan bus station.






Hotel ni owner nye India. so kat lobby ada lah bau sket. tapi ok lah kot. yang penting wifi free. muahaha. kat sini dekat sangat dengan Bastakiya, Rumah Sheikh Saeed Al Maktoum, Heritage Village, Diving Village. next to Ghubaiba metro station ja. molek sangat lah kan. tadi pagi tak ke mana coz nak rehat. petang jalan. Gambar bawah ni Al Bastakiya. kota lama bangunannya.








Meh baca sket pasal Al Bastakiya ;
  • Historic district in Dubai, United Arab Emirates (UAE). Together with Al Shindagha, Al Bastakiya is one of the oldest residential areas in the city of Dubai.The locality lies along Dubai Creek and includes narrow lanes and wind towers, as well as the Al Fahidi Fort, the oldest existing building in Dubai. Traditionally a stronghold of rich Persian merchants, the demographic of the locality changed with the discovery of oil, which resulted in many rich families relocating to other parts of the city.



Tahun 1970's kawasan Bastakiya ni dah diambil untuk pembangunan kota Dubai so yang ni je lah tinggal along Dubai Creek. hari ni cuaca best, sejuk ja dan berangin.


















Dalam kawasan ni ada Sheikh Saeed Al Maktoum House. ingatkan tutup coz hari Ahad, dalam Tripomatic website tulis tutup. rupenye buka so leh masuk.

















Murah ja tiket masuk. 3AED. lebih kurang 3 hinggit kita ja la. bawah tu rumah sheikh ni. banyak jasa beliau untuk Dubai. generasi dari satu generasi beliau mentadbir Dubai. oooo aku ingatkan dia ja. kira rumah keluarga la ni.











Meh baca sket sapa la Sheikh Rashid bin Saeed Al Maktoum;
  • Was the Vice-President and Prime Minister of United Arab Emirates and ruler of Dubai. He ruled for 32 years, until his death. He was the first visionary of modern U.A.E. It was during his rule that Dubai grew from a small trading town into a major cosmopolitan city. Following discovery of oil in the region in 1960s, one of his first tasks was the construction of a modern sea port and airports in Dubai. The U.A.E. witnessed a significant amount of construction activity in the 1970s, most of which was in Dubai.






Banyak partition dalam rumah ni. tkde apa pun, tak menarik hati langsung. haha. sebab aku tak kenal dia kan, so takde rasa. banyak gambar2, Dubai dulu macam mana.

















Sebelah ni Heritage Village. dokek ja dalam kawasan ni jugak. masuk ni free ja. masuk je la tengok. kahkah.


















dalam ni kira nak tunjuk macam mana Dubai dulu2, aktiviti2 zaman dulu. hari Ahad hari kerja. sebab tu tak ramai datang sini. tourists macam aku je lah ada.

















Yang ni Diving Village. free jugak. masuk ja la.




















Sambil menikmati lunch aka dinner kat sini. Sini kawasan tourist so rege tu memang tak hingat la kan. tapi ok lah, sekali sekala. hehe.


















Kawasan Dubai Creek. kat sini ada jugak sampan kecil nama Abra. konon macam gondola di Venice. aku tak naik coz aku tengok sampan tu tak berkenan.










haha. malam duk hotel ja. sorang2 ni tak berani nak kuar. takut kena kidnap. hhhha. pasan ja. sini banyak orang iNdia n Pakistan. banyak sangat. macam biasa buat muka sombong. muka manis kalau nak bertanya saja. hehe. malam prepare slide n practise present. maklum la esok hari penting. (pentinglah sangat kan) kuikui.
 
Hari Keempat

 



Tempat conference kat Holiday Inn, Downtown. Metro paling dekat ialah Ringga Metro Station. sini metro senang ja. tak belit2 macam kat Sydney tu. ada 2 ja line. Green n Red line. kalau sesat pi Burjuman dan Union. situ tempat intersection dua line tu.

















results data dapat dah lama, akhir tahun 2012. tapi baru ada masa nak writing. hahaha. teruk2. ni la nama conference nye. present paper konon la kan. bergambar dengan keynote speaker from Hungary n Algeria. dapat sorang kawan baru, Prof Jesusa from Philippines.









abis je conference, zuppp terus ke Festival City of Dubai.kat sini tempat shopping. kawan2 pesan belikan t-shirt Hard Rock. so kat sini lah tempatnya. naik Metro stop kat Emirates Metro Station. nak ke Festival City, mesti naik bas atau teksi coz agak jauh jugak. tanya kat staf mana exit nak ke Festival City. kat luar metro ada bus stop. so naek la bas yang ada tulis via Festival City. tak pun tanya la sapa2 yang sama2 tunggu bas tu. tambang dalam 2.5 dirham.








tara dah sampai dah Hard Rock. apa lagi shopping konon macam orang kaya le. macam aku nye. haha. oleh sebab beli banyak dapat lah aku jadi member Hard Rock n free satu guitar pin. sapa nak bagi kan. kehkeh.









Hari Kelima

Last day. suka. nak balik!!!. Yeay. Souvenirs beli kat satu kedai near to Burjuman Metro Station. so flight malam, singgah sini pagi untuk beli apa yang patut. murah jugak lah berbanding kalau beli kat kedai2 sourvenir di Dubai Mall tu. nama kedai ni Mercado. amik exit no 3 kat Burjuman Metro ni. located at Khalid bin Al-Waled road. Berapa banyak abis? mmm aku tak shopping sangat kat sini. just some souvenirs. currency tak jauh beza dengan kita. so leh la shopping sakan. tapi ada mahal sket la.








gambar ni sunrise, cantik sangat. masa book aku tak choose seat coz kena tambah 40 hinggit. so MAS bagi aku seat kat wings aircraft. hehe. nak jimat tak mo tambah 40 hinggit punya pasal.

















ok jugak lah kan dapat seat kat wing. leh tengok panaroma sunrise. sekian saja coretan di Dubai.
 

Monday, March 17, 2014

Dubai, UAE (Part 2)

Hari Kedua

Hari ni bermula perjalanan di Dubai. Pagi ni ke Burj Khalifa. the highest building in the world. pernah baca kat google ada satu lagi yang akan ganti tempat Burj Khalifa. its located in China. tak sure dah bukak ke blum. klau dah, mmmm mula la otak ni pikir gila pulak. hahaha. tiket nak naik 124th floor wajib dibeli online. kalau nak naik la, kalau tak nak amik gambar berlatarbelakang Burj Khalifa pun dah ok dah, kan. janji sampai. ahah. tiket beli kat website Burj Khalifa. AED 125. beli cepat coz cepat je sold out. kalau korang terpikir nak sampai baru nak beli, toksah la coz tiket akan jadi AED 400+ !!! . ko mampu? kalau mampu sila beli... muahahaha. so nak jimat beli dulu.



tiket 7.30am. makkk oii, waktu lain dah sold out. huhu. so pagi2 kul 6 dah sampai Burjuman Metro Station. amik train red line ke Jebel Ali, stop at Burj Khalifa/Dubai Mall Metro Station.





Meh baca sket pasal Burj Khalifa.
  • Standing more than 800m tall, this steel-and-glass needle is the world's tallest tower (so far).
Building Features:
  • The Residences - 900 studio, one, two, three and four bedroom
  • The Corporate Suites - spread across 37 floors
  • Exclusive Armani Residences - 144 fully furnished private apartments
  • World’s first Armani Hotel - designed by Giorgio Armani himself
  • World’s highest observatory with an outdoor deck
  • A gourmet market
  • Four luxurious pools
  • Restaurants
  • Exclusive lounges for Residents and Corporate Suites owners
  • State-of-the-art fitness facility
 




keluar dalam bangunan nak ke Dubai Mall, along the way nak masuk ke Dubai Mall, nampak la Burj Khalifa. jeng2. pastu mana nak pegi entrance Burj Khalifa ni. entrance nye dalam mall tu. so tak reti2 nak tanya staf dalam mall tu. ehehe. Mall tak bukak lagi tapi akan ada staf jaga.











cari punya cari, taraaaa jumpa la. nasib baik sampai awal. diingatkan beli tiket kul berapa pun sila datang awal. klau tak, tak leh naik tau. so punctual okeh. tapi nak duk berapa lama atas ni tak kisah. tunjukkan printed out online tiket, depa bagi tiket sebelah ni.
















Replica model Burj Khalifa kat sini sebelum naik.



















tengah tunggu turn naik lif. then, naiklah aku ke level 124th. nice view. awesome la. i like.




















dalam 1 jam lebih atas ni, pagi2 tak ramai lagi naik. so dok lepak la atas sambil2 snap beberapa keping.
















Dulu2 Dubai ni padang pasir je. macam kat bawah tu, cepat develop sungguh. duit ada, macam2 boleh buat kan.





















Banyak peringkat involve. dari evolution, design, testing sampai lah implementation.

















people behind Burj Khalifa. bawah tu testing model.






















wind test, finite element model, semua ado. lengkap.














kat bawah pusing satu Downtown Dubai. tawaf satu kali. nice tau view. korang leh gambar sakan coz awesome view. leh amik gambar Burj Khalifa dari all angles.















bersinar2.

















cer tengok aku, tak hingat2 selfie.
























cian dah datang sorang, selfie lagi. hehe.

















jenuh gamba sakan. Souk Al Bahar dan Residence.



















Pencakar langit Dubai.













dari sini plan nak ke Jumeirah Beach dekat ngan Burj Al Arab, hotel 7 stars yang aku rasa aku memang tak mampu stay even semalam. haha. prob takde Metro akan stop kat sini. Nearest metro is Mall of Emirates. sebelah ni la mall nye.




tak nak pi pun takpa sini, tapi dah alang2 sampai kan ronda la. nak ke beach tu kena amik teksi. korang nak jalan kaki? toksah la, mahu berjam2 sampai. nampak dekat tapi jauh siutt. sampai ja, aku tanya staf bas. ada bas stop kat depan mall ni. staf tu cakap the only option to go is by taxi. aiseh. aku dok kira2 budget. aku tak puas hati, mesti ada bas yg stop near to beach. kebetulan ada minah filipino ni tanya staf bas tu, then aku sapa dia 'are you going to Burj Arab'. she said no. she ask something else. borak jap. then baru lah dia kata instead u going by taxi, u can go by bus but need to walk there. okeh la tu kan. naik bas no93. kan depan mall tu ja. then cakap kat driver bus tu nak stop kat nearest bus stop. tambng dlm 4AED lebih sket. dah sampai huhuhu, jauh gak beb nak ke sana. fuhhh.
 








jam almost 12. bayangkan matahari camne. punya lah panas. sabo je lah. aku berjalan hampir 45 minit. waaaaaaaa. nak tercabut kaki lutut paha aku yang dah season ni. hhhha. cer tengok mat saleh sasa tu, jauh meninggalkan aku di belakang.













sini selain hotel tu ada, Jumeirah Beach, Wadi Water Theme Park. Jumeirah Hotel.










   







Jumeirah Beach. omputih je ramai. panas siuttt, macam mana diaorg leh berjemur.












abis ja, ada bus stop dokek water theme park ni. aku pikir mesti ada bas berhenti kat nearest metro. bus stop ber air cond, k. fuhh sejuk sket. kebetulan ada pulak minah filipino ni masuk. so tak reti nak tanya. dapat solution kan. amik bas no 88, stop kat Diera Internet City. cakap ja kat driver can u stop at nearest bus stop near to metro station. mmm kan senang. hehe. duduk dekat sket ngan driver, senang dia tgk bg signal suh turun. tambang dlam 3AED. murah. dari naik teksi. huhu.

dalam train dapat tempat duduk, cantik pulak aku tgk seat dia ni tak macam seat yg aku selalu duduk. tertido ko. punye la penat jalan. serious siutt kaki painful. jauh gak nak ke Burjuman. lagi satu station masuk la dua orang minah ni. nak check card. MASHA ALLAH chek tersalah masuk coach. masuk Gold Class. masak2. minah african sebelah aku ni, aku cakap lah dengan dia. is this gold class coach? she said yes. i said opss i dont realize this is gold coach. mampuihh. kepala aku dok yerbayang kema bayar denda ja ni.minah ni kata i hv 2 cards, let me check. dia tk bawak rupapnye. adeh. aku just cakap kat staf dengn muka kesian , i am sorry i dont know this is gold coach. teruih dia bawak aku keluar. macam2 la dia cakap, u dont see its write the gold class at outside the train. aku just cakap i dont noticed it. i am so sorry, today is my 2nd day here n my first time visit to Dubai. dia mintak passport coz kan ada cop imigration tu kan. she said ok, next time dont go into gold coach. first coach n 2nd coach its for gold card holder n women with kids. huhuhu. just say thank you ja lah. lega koooo.

petang ni aktiviti adalah Safari Desert. rege 75AED. book kat website company. Greenlandtourism. murah. klw book kat Groupun atau MyDeal dia charge 100AED. dalam email depa suh tunggu kat Mc Donalds luar Spinneys next to Burjuman Centre. masalahnya sini ada DUA spinneys. aku habaq mai noo, ada dua bangunan Spinneys. staf hotel tunjuk direction lagi satu Spinneys. belakang Burjuman Centre. yang ni kecik sket. tanya staf mana McDonald, ooo u come to the wrong Spinneys. patah lah balik ke depan. jauh siutt. jalan gak la kan. kat email kata next tu Burjuman Center. puiiii. haha. next apa. ada 3 bangunan lagi next to Burjumam Centre. jauh la lagi makne nye. giloss. sebelah Burjuman Center tu ada bangunan tengah buat then restoran2, Pullman Hotel, restaurant2 pastu centrePoint .. shopping complex last hujung baru lah Spinneys. perut lapo. sambil tunggu orang in charge datang, makan lah dulu. nak kul 4 baru lah mai. mamat pakistan. dengan baju traditional nye. kehkeh. kat sini aku tak tau nak recognize org Arab. banyak org luar. residence. paling ramai yg aku rasa everywhere aku jumpa orang filipino, pakistan, india. mat saleh and minah saleh ramai gak tapi banyak kat tempat2 elit. muka arab aku pun conpius dah. haha. ramai gak join trip ni dari pakistan, india, filipina. malaysia aku sowang. nasib baik dapat group dgn satu family from india. coz jip tu muat 6-7 orang. depa 5 masuk aku 6 la kan.







best experience jugak. korang leh try. kat luar dubai trip ni. driver bawak jip menggila betul kalau wanita preggie jangan join trip ni.














sampai satu point adalah kat situ unta2, burung helang kot. ntah aku pun tk kenai. haha. ada kawasan makan2. trip ni just cover jip safari desert ni, dinner n light dinner, tea n mineral. lain2 bayo. pandai depa tau buat bisnes. dalam tu macam2 ada jual, tp bayar, k.

















posing jap.



















bila malam dah menjelma, perut pun dah kenyang,mula lah belly dance tengok ja lah gambar. video pun ada. tapi tk mo lah upload kat sini. kehkeh. cantik penari ni. gebuss ja. klau jantan suka la ni. hahaha.













yang ni aku tak tau apa nama dance. penari lelaki. pusing ja keje dia. pening2.
















yang ni berwarna warni. ya habibi..





















sebelum balik bergambar kejap ngan Hasema. friendly, nice and beautiful. :-). dia datang satu famili. aku join diaorg satu jip. driver antar sampai kat tempat pick up point tadi. balik bilik, sungguh2 ahkak capek bangat. huhu.

Dubai, UAE (Part 1)

Hari Pertama

kali pertama jejakkan kaki di bumi Arab. kecuali pernah transit kat Doha tu je la. going to Dubai as single traveller. sowang ja. sedeyyy. haha. naik MAS. masa ni MH370 masih tiada khabar berita. Book guna MAS web, murah gak tiket dalam Rm1700+ return ticket. perjalanan memakan masa 7 jam 30 minit. amik ko, kemutu punggung. haaha. cuaca tak berapa bagus atas ni. huyung hayang rasa. sometimes turbulance was strong. selalu kapten panggil crew duduk tempat masing2. sama la passengers. he said ur safety is our concern. huhuhu.

sampai Dubai Airport (DXB). imigration checking punye la lama. yg lama tu line beratur tu. kaunter banyak, orang pun banyak gak. sejam gak nk lepas. amik beg pastu tak tu tak tau nak pi mana.huhu. hotel terletak tak jauh dari Burjuman Metro Station. tanya staf manoo metro. kat luar main entrance airport je.


tanya staf train situ, teruih beli kad namanye Nol Card. total termasuk rege kad tu 20 AED. kad rege 6AED. So adalah 14AED untuk transport. leh jugak guna untuk bas. ada macam2 jenis. kalau sekejap sini, amik ni je. amik ke arah Jebel Ali Station. sampai pun dah kul 9 lebih. book hotel kat booking.com website.




ishhh tkde dorm kat Dubai ni. bilik punye mahai rege nye. bagi aku la. average above rm200 semalam. klw murah dari tu, ada gak tapi hotel yang ada pub so malam tak selesa coz bising. baca review guests. last2 book la kat London Crown 2 Apartment.
 
sampai di Burjuman station, ada 4 exits tanya yg mana exit to Burjuman Center. coz hotel tu belakang shopping ni. exit no 3. pas tu check blurred la. ada screenshot google map pun check tak tau mana arah. tanya sorang abang ni. pangkat abang la kot dah tgk tua sket ja dari aku. hhahaha. ya allah, alhamdulllah baik sangat. dia tunjukkan sampai depan hotel, siap tolong talipon hotel lagi. thanks Allah. direction tak la susah sangat tapi orang baru macam aku n memang tak tau la nak pi mana.
 
kalau korang ada roaming, guna ja lah google map tu. aku tak amik. ciannn.

bilik ok. tak la 5 star. yang penting ada free wifi. kat dubai ni susah nak cari hotel yang free wifi. kecuali hotel 4-5 star la kot. jam menunjukkan sudah lebih 10 malam. malaysia dah kul 2 lebih, patut la mata tak lah bukak. so zzzzzz.

Sunday, March 9, 2014

Redang Island (Part 2)

HARI KEDUA






Pagi2 bangun untuk menikmati pantai. Cantik nyee.









Hari ni aktiviti utama kami adalah snorkeling ja. pagi2 sudah melaporkan diri. pagi ni ke Marine Park.jauh sket dari semalam. yg ni bukan open sea. so dari pantai pun leh nampak ikan2.

















sini ikan2 banyak. kami bawa roti hari ni. yg diambil dari cafe. hehe. nak bagi umpan ikan datang. memang berbaloi youuuu. coral tak berapa cantik. macam banyak yang dah mati.
















ikan2 yang bugar2. goreng pun sodap ni.













Banyak jenis yang belang2.














Masing2 geram, nak tangkap. hehe.














Ni minah suka selfie. mentang2 kamera kat dia. muka dia sokmo. hahaha.



 


punye la leka kami dalam air sampai bot tinggalkan kami. terkencit2 lari untuk dapatkan bot tapi sayang bot dah blah arrr. uhuhu. tapi nasib baik bot patah balik. heheh. suspen jap. on the way balik resort, nampak penyu. kecik je penyu tu. tapi penyu gak lah kan. kedai belakang tu, ingat tak Hong Kong movie? lokasi nye kat sini lah. lama dah movie tu, rasanya 7 tahun gak yg lepas.

sampai kami berposing lagi di tepi pantai. tapi lokasi berlainan. dengan baju basah terus lunch. lapo kauwwww. masing2 mkan tak hingat.




then kami lepak ja dengan baju swimming yang basah2 tu. kering teruih. coz petang ni ada lagi snorkeling. kat tempat lain. 2.30 pm ke tempat lain pulak. sini open sea. sini coral cantik. ikan2 ada tapi tak banyak sangat. tapi puas hati. tengah masing2 sibuk bersnorkel tetiba kawan kitaorg ni missing in action. hilang!! suspen ko. masing2 dok panggil nama dia. nak cam pun, tak cam. tudung klw masuk air, mana nampak.



nampak sama je. terjerit2 lah kami. mano lah minah ni. coz kitaorg selalu snorkel dekat2. kaget ko. siap tanya boat man, dgn uncle tu panggil nama dia. haha. last2 rupenye dia dah naik boat. cehhh, bikin suspen minah ni. ni dia lah amik gambar dari bot. apapun, alhamdulillah.
 

 
 
 
naek la ke bot dan balik ke resort. sampai di resort, last round. Mandi lagi. ada ikan jugak di tepi pantai. best. malam just lepak2 dan beli souvenir.








HARI KETIGA







sekian sudah percutian kali ni. muka sunburn. tp tak lah teruk sangat. naik bot di jeti dekat Laguna Resort, so tak lah baju basah.














Sampai di jeti Merang dan terus ke main city of Kuala Terengganu. Kebetulan De Tour Langkawi di sini. so sempat lah melihat. jalan banyak tutup, so plan nak ke Masjid Kristal, tak jadi. just shooping di Pasar Payang dan lepak2 di office Redang Pelangi Resort.













Pagi ni kami dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat MH370. sume tak sangka. huhuhu. flight naik AA jam 9 malam ni.













mesti korang tertanya2 berapa abis. pakej kitaorang ambil full kecuali flight book sendiri. makan, minum, hotel, transport dari airport ke jeti, dari jeti ke resort, return... all in lebih kurang RM430. flight ikut nasib lah, kalau time book murah, dapat lah murah. kami dapat RM150 sorang return. laen2, sourvenir ikutlah apa korang nak beli. sekian.