Hari Ketiga
Hari ni check out. kali ni nak check in kawasan lain pulak. tak jauh pun dari hotel sebelum ni. stop kat Al Ghubaiba Metro station. station ni dekat sangat dengan Al Ghubaiba Bus Station. nak pi Abu Dhabi leh dari sini. Plan memang nak ke Abu Dhabi, tapi apakan daya ahkak dah tuoo ni, skru kaki dah longgar. huhu. sampai ja tanya orang mana New Peninnsula Hotel. laaahhhh. dokek sangat. jalan 5 min dah sampai. opposite ja ngan bus station.
Hotel ni owner nye India. so kat lobby ada lah bau sket. tapi ok lah kot. yang penting wifi free. muahaha. kat sini dekat sangat dengan Bastakiya, Rumah Sheikh Saeed Al Maktoum, Heritage Village, Diving Village. next to Ghubaiba metro station ja. molek sangat lah kan. tadi pagi tak ke mana coz nak rehat. petang jalan. Gambar bawah ni Al Bastakiya. kota lama bangunannya.
Meh baca sket pasal Al Bastakiya ;
- Historic district in Dubai, United Arab Emirates (UAE). Together with Al Shindagha, Al Bastakiya is one of the oldest residential areas in the city of Dubai.The locality lies along Dubai Creek and includes narrow lanes and wind towers, as well as the Al Fahidi Fort, the oldest existing building in Dubai. Traditionally a stronghold of rich Persian merchants, the demographic of the locality changed with the discovery of oil, which resulted in many rich families relocating to other parts of the city.
Tahun 1970's kawasan Bastakiya ni dah diambil untuk pembangunan kota Dubai so yang ni je lah tinggal along Dubai Creek. hari ni cuaca best, sejuk ja dan berangin.
Dalam kawasan ni ada Sheikh Saeed Al Maktoum House. ingatkan tutup coz hari Ahad, dalam Tripomatic website tulis tutup. rupenye buka so leh masuk.
Murah ja tiket masuk. 3AED. lebih kurang 3 hinggit kita ja la. bawah tu rumah sheikh ni. banyak jasa beliau untuk Dubai. generasi dari satu generasi beliau mentadbir Dubai. oooo aku ingatkan dia ja. kira rumah keluarga la ni.
Meh baca sket sapa la Sheikh Rashid bin Saeed Al Maktoum;
- Was the Vice-President and Prime Minister of United Arab Emirates and ruler of Dubai. He ruled for 32 years, until his death. He was the first visionary of modern U.A.E. It was during his rule that Dubai grew from a small trading town into a major cosmopolitan city. Following discovery of oil in the region in 1960s, one of his first tasks was the construction of a modern sea port and airports in Dubai. The U.A.E. witnessed a significant amount of construction activity in the 1970s, most of which was in Dubai.
Banyak partition dalam rumah ni. tkde apa pun, tak menarik hati langsung. haha. sebab aku tak kenal dia kan, so takde rasa. banyak gambar2, Dubai dulu macam mana.
Sebelah ni Heritage Village. dokek ja dalam kawasan ni jugak. masuk ni free ja. masuk je la tengok. kahkah.
dalam ni kira nak tunjuk macam mana Dubai dulu2, aktiviti2 zaman dulu. hari Ahad hari kerja. sebab tu tak ramai datang sini. tourists macam aku je lah ada.
Yang ni Diving Village. free jugak. masuk ja la.
Sambil menikmati lunch aka dinner kat sini. Sini kawasan tourist so rege tu memang tak hingat la kan. tapi ok lah, sekali sekala. hehe.
Kawasan Dubai Creek. kat sini ada jugak sampan kecil nama Abra. konon macam gondola di Venice. aku tak naik coz aku tengok sampan tu tak berkenan.
haha. malam duk hotel ja. sorang2 ni tak berani nak kuar. takut kena kidnap. hhhha. pasan ja. sini banyak orang iNdia n Pakistan. banyak sangat. macam biasa buat muka sombong. muka manis kalau nak bertanya saja. hehe. malam prepare slide n practise present. maklum la esok hari penting. (pentinglah sangat kan) kuikui.
Tempat conference kat Holiday Inn, Downtown. Metro paling dekat ialah Ringga Metro Station. sini metro senang ja. tak belit2 macam kat Sydney tu. ada 2 ja line. Green n Red line. kalau sesat pi Burjuman dan Union. situ tempat intersection dua line tu.
results data dapat dah lama, akhir tahun 2012. tapi baru ada masa nak writing. hahaha. teruk2. ni la nama conference nye. present paper konon la kan. bergambar dengan keynote speaker from Hungary n Algeria. dapat sorang kawan baru, Prof Jesusa from Philippines.
abis je conference, zuppp terus ke Festival City of Dubai.kat sini tempat shopping. kawan2 pesan belikan t-shirt Hard Rock. so kat sini lah tempatnya. naik Metro stop kat Emirates Metro Station. nak ke Festival City, mesti naik bas atau teksi coz agak jauh jugak. tanya kat staf mana exit nak ke Festival City. kat luar metro ada bus stop. so naek la bas yang ada tulis via Festival City. tak pun tanya la sapa2 yang sama2 tunggu bas tu. tambang dalam 2.5 dirham.
tara dah sampai dah Hard Rock. apa lagi shopping konon macam orang kaya le. macam aku nye. haha. oleh sebab beli banyak dapat lah aku jadi member Hard Rock n free satu guitar pin. sapa nak bagi kan. kehkeh.
Hari Kelima
Last day. suka. nak balik!!!. Yeay. Souvenirs beli kat satu kedai near to Burjuman Metro Station. so flight malam, singgah sini pagi untuk beli apa yang patut. murah jugak lah berbanding kalau beli kat kedai2 sourvenir di Dubai Mall tu. nama kedai ni Mercado. amik exit no 3 kat Burjuman Metro ni. located at Khalid bin Al-Waled road. Berapa banyak abis? mmm aku tak shopping sangat kat sini. just some souvenirs. currency tak jauh beza dengan kita. so leh la shopping sakan. tapi ada mahal sket la.
gambar ni sunrise, cantik sangat. masa book aku tak choose seat coz kena tambah 40 hinggit. so MAS bagi aku seat kat wings aircraft. hehe. nak jimat tak mo tambah 40 hinggit punya pasal.
ok jugak lah kan dapat seat kat wing. leh tengok panaroma sunrise. sekian saja coretan di Dubai.
No comments:
Post a Comment