Sunday, March 9, 2014

Redang Island (Part 2)

HARI KEDUA






Pagi2 bangun untuk menikmati pantai. Cantik nyee.









Hari ni aktiviti utama kami adalah snorkeling ja. pagi2 sudah melaporkan diri. pagi ni ke Marine Park.jauh sket dari semalam. yg ni bukan open sea. so dari pantai pun leh nampak ikan2.

















sini ikan2 banyak. kami bawa roti hari ni. yg diambil dari cafe. hehe. nak bagi umpan ikan datang. memang berbaloi youuuu. coral tak berapa cantik. macam banyak yang dah mati.
















ikan2 yang bugar2. goreng pun sodap ni.













Banyak jenis yang belang2.














Masing2 geram, nak tangkap. hehe.














Ni minah suka selfie. mentang2 kamera kat dia. muka dia sokmo. hahaha.



 


punye la leka kami dalam air sampai bot tinggalkan kami. terkencit2 lari untuk dapatkan bot tapi sayang bot dah blah arrr. uhuhu. tapi nasib baik bot patah balik. heheh. suspen jap. on the way balik resort, nampak penyu. kecik je penyu tu. tapi penyu gak lah kan. kedai belakang tu, ingat tak Hong Kong movie? lokasi nye kat sini lah. lama dah movie tu, rasanya 7 tahun gak yg lepas.

sampai kami berposing lagi di tepi pantai. tapi lokasi berlainan. dengan baju basah terus lunch. lapo kauwwww. masing2 mkan tak hingat.




then kami lepak ja dengan baju swimming yang basah2 tu. kering teruih. coz petang ni ada lagi snorkeling. kat tempat lain. 2.30 pm ke tempat lain pulak. sini open sea. sini coral cantik. ikan2 ada tapi tak banyak sangat. tapi puas hati. tengah masing2 sibuk bersnorkel tetiba kawan kitaorg ni missing in action. hilang!! suspen ko. masing2 dok panggil nama dia. nak cam pun, tak cam. tudung klw masuk air, mana nampak.



nampak sama je. terjerit2 lah kami. mano lah minah ni. coz kitaorg selalu snorkel dekat2. kaget ko. siap tanya boat man, dgn uncle tu panggil nama dia. haha. last2 rupenye dia dah naik boat. cehhh, bikin suspen minah ni. ni dia lah amik gambar dari bot. apapun, alhamdulillah.
 

 
 
 
naek la ke bot dan balik ke resort. sampai di resort, last round. Mandi lagi. ada ikan jugak di tepi pantai. best. malam just lepak2 dan beli souvenir.








HARI KETIGA







sekian sudah percutian kali ni. muka sunburn. tp tak lah teruk sangat. naik bot di jeti dekat Laguna Resort, so tak lah baju basah.














Sampai di jeti Merang dan terus ke main city of Kuala Terengganu. Kebetulan De Tour Langkawi di sini. so sempat lah melihat. jalan banyak tutup, so plan nak ke Masjid Kristal, tak jadi. just shooping di Pasar Payang dan lepak2 di office Redang Pelangi Resort.













Pagi ni kami dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat MH370. sume tak sangka. huhuhu. flight naik AA jam 9 malam ni.













mesti korang tertanya2 berapa abis. pakej kitaorang ambil full kecuali flight book sendiri. makan, minum, hotel, transport dari airport ke jeti, dari jeti ke resort, return... all in lebih kurang RM430. flight ikut nasib lah, kalau time book murah, dapat lah murah. kami dapat RM150 sorang return. laen2, sourvenir ikutlah apa korang nak beli. sekian.

1 comment: