HARI PERTAMA
Ke sini April 2014 menggunakan Air Asia, return ticket RM165.00. pernah ke sini tapi 30 tahun yang lalu. hehe. hanya 2 hari 2 malam. takde check in luggage. jimat kan. flight amik first flight. kul 6 pagi gituew. dari melaka amik bas kul 12am. ada bas ke Singapore dari Melaka. saja nak naik flight. haha. takde bas selepas kul 12am dari Melaka ke LCCT/KLIA. so amik ko, tercanguk punye lama kat LCCT. haha. kali ni pergi berlima.
sampai lah di Changi Airport, ada tiga terminal. airasia kat Terminal 1. nak ke city perlu ke Terminal 2. amik train nak ke sana. ni free je.
Sampai di Terminal 2. beli day pass kad kat Ticket Office.
kitaorg amik kad day pass for 2 days. cost 26 sgd. unlimited pass. means suka ko la nak naik berapa kali, tetap tak yah top up lagi. naik bas pun boleh pakai kad tu. kad tu ada deposit 10SGD. dah termasuk dlm 26 SGD tu. boleh dapat balik 10SGD tu.
tapi kena pulangkan semula kad tu in good condition. kat selected station ja. tanya la station tu. hehe. tapi ada masa tertentu, ada tempat tutup 9pm untuk pulangkan kad tu. means korang pulangkan sebelum 9pm. kalau nak balik la 10 sgd tu. Dari situ kitaorang stop dulu kat Tanah Merah. gambar sebelah ni kat Tanah Merah. dalam train pun nak amik gambo. jakun nau. haha. sampai je terus ke Bugis station. nak ke hostel. siap sesat bagai, naik bas pulak. rupenye salah station. haha.
G4 Backpacker Hostel. kitaorg book 6 beds.dalam RM95 sorang. bilik kecik tapi bersih. tingkat 3, okeh. tkde lift. fuhhh. rehat jap n terus ke Clarke Quay (sebut Clarke K). hehe. amik train dari Little India yang paling hampir dengan hostel then ke Clarke Quay. opposite je hostel. kat sini ada restoran halal. sebelah hostel dan kat corner jalan. kira ok la. senang nak makan.
Sampai lah ke Clarke Quay,.. apalagi posing time la. hikhik.
boleh naik kapal jongkang tu, round kota Singapore. berapa dolar, tak sure. kitaorg tak naik.
bergambo bertiga. suka tengok yang roof tu.
bangunan warna warni. sampai kat sini, kedai baru nak buka. lunch di sini je. ada satu restoran dalam shopping complex kat sini.
Perut dah kenyang, kitaorang ke Sentosa Island. nak ke sini perlu stop kat Harbour Front. station dalam VivoCity Shopping Complex. nak ke Sentosa island leh naik monorail atau kabel car. mana murah? jalan kaki!!. free of charge. haha.
sebelum tu bergambar dulu lah. yang crane tu, tak tau lah apa dia. pelabuhan kot. hehe.
on the way nak ke Sentosa island, ada boardwalk ni. harus amik gambar di sini.
jalanlah kami ke Sentosa Island. ok lah, tak jauh sangat. ecehhh. tu dah nampak dah sentosa island.
masuk sini kena bayar 1 SGD. tak nak masuk mana2 attraction pun takpe. banyak sangat attraction places dalam ni. sediakan duit ja. beli online senang, kalau nak masuk USS ke, apa2 ke.
lepak dulu, maklum la dah kertu masing2. haha. cantik pokok kelapa cartoon2 tu.
sini banyak board karton2 ni. masing2 tak hingat, semua nak. haha.
sampai lah kami di S.E.A Aquarium. kami beli ini saja. kos dalam 38 SGD. tapi tunjukkan passport leh dapat diskaun 10%.
yang pass ni one day je. means duk la berapa lama dalam ni, takpe. ada pameran sebelum masuk entrance Aqua.
Apa yang best S.E.A Aquarium. mmm the largest aquarium in the world. Aquaria KLCC pun kecik. Melbourne Aquarium lagi hampeh. haha. betul la kot claim paling beso in the world. dalam tunnel tu padat ya amat.
maklum lah sunday kan. suka tengok ikan pari2 tu. macam2 ado.
obor2 pun cantik. sotong kurita pun ado. macam2 ado.
capek tul hari ni.depa sungguh2 amik gambo, den amik kesempatan lepak jap tepi dinding.
dari ke sini ke Hard Rock Sentosa pulak. sebelum tu makan dulu. lapo. area2 Hard rock ni cantik2 design kedai. esp kedai candy ni.
sampai lah ke entrance USS. kitaorg tak masuk. amik gambo je. hahaha. den tak minat game2 ni, bukan takut, poning kepala naik. penah naik kat Disneyland Paris, ceh.. pening sampai malam.
Merlion Sentosa dalam sentosa island ni. naik atas sket ja dari USS. sebelum sampai lalu dulu truss roof ni. kebetulan ada pancaragam main. budak highschool la ni. yang Merlion Park tu tempat laen.
ni dia Merlion Sentosa. Singa. rehat jap sampai malam.
malam ni kitaorang nak nonton Song of the Sea. nak ke sini leh naik monorail. tapi kitaorang decide jalan kaki ja. tak jauh pun. daripada beratur nak naik train tu.
sampai terus beli tiket. rege dalam 15 SGD ni standard seat. klw nak premium seat tambah sket. beza tempat duduk sama. tapi lokasi seat tu different. kitaorang beli standard seat ja. amik ko punye la panjang line. haha.
seronok. klw bawak kiddos lagi diaorang enjoy. next time, mama bawak ek. hehe. kitaorg amik tepi sket tapi masih di tengah2. jangan duk tepi2 coz yg best nonton kat bahagian tengah.
enjoys a lot here. walaupun masing2 kaki sakit. recommended tengok ni. balik je amik monorail kat sini turun vivocity. lepas tengok ni jangan lupe amik free key chain.
cantik gak. free ja. tunjuk tiket ja. ok, sambung esok pulak.
No comments:
Post a Comment