Cerita lucu sket di Airport SAW. Staf2 Pegasus tanya mana visa. Aku jawab la for Malaysia, we dont need visa to enter Greece. Diaorg tak percaya. Hahaaa. Dari check-in luggage sampai international departure sampai nak boarding, ditanya soklan yg sama. So, diaorg check la dgn office. Betul la kita tak yah visa, kan. Hihii. Bangga jap. Coz Turkish perlukan visa untuk enter Greece kecuali staf gomen itupun selepas diaorg retired br tk guna visa. Kecuali pegawai2 la kot. Whatever la, asalkan kita tak perlu Visa. Hoyeaahh.
Sampai di ATH, ada free wifi la. Best. 60 minutes katanya. So, boleh la mengupdate apa yang boleh dan msg bagai. Cuaca lebih kurang mcm di Istanbul. Sejuk jugak la, dah nak winter kan. Dalam 12C ke 13C. So sekarang nak ke Train Station. Ada bas jugak tapi kitorg decide nak naek train. Bas murah sket la. Train di luar terminal. Bukan macam kat Ataturk Airport, train station MEtro di dalam bangunan arrival kan. Tiket one way-8 Euro. Kami stop di Syntagma Station. Hostel kami kat area2 situ. Hostel Diakosrous namanye. Recommended sangat coz dekat je dengan Plaka dan entrance Acropolis.
Sampai di Syntagma Station, map tu ada nak ke hostel tu. Prob kitaorg tak tau nak ke mana coz keluar dari train tu, mana nak tau tang mana dalam map tu. Tanya orang. First orang, suruh direct jek. Tapi hati tak sedap. PEgi jugaklah straight tu. Hahaha. Then tanya lagi orang kat shop. Dia kata not this way. Ahh pulak. So patah balik naek ke atas. Tanya orang lagik, Cehhh tak membantu langsung. Sombong kauu. Hahaaa. Tapi kami pasti jalan betul, just lorong mana nak masuk ke hostel, tu tak sure. Buat muka malu jek la tanya lagi. Pastikan ada map yg screenshot kat handphone ko tu. Lagi bagus print out, in case lah apa2 jadi kat hp ko tu.
Finally, sampai lah kami di hostel. Gelap sudah walaupun lum pun kul 6pm. Hostel ni charge 10Euro for one nite-1 person. Murah la dah dorm kan. Hihihii. Malam tu kami tak ke mana. Makan maggie. Jimat bak hang.Hahahaa.
Esok pagi2 breakfast, perghh Alhamdulillah free. Sapa nak bagi wooii. Makan sampai kenyang. Burrppp. Pemandangan luar dari bilik dan sekitar hostel.
Grafiti je depa2 nih. Yang hijau tu tempat breakfast. Nak masak pun boleh jugak di sini.Then keluarlah kami ke Acropolis.Bg yang minat archeology ni, leh la pi. Berlambak kat Greece ni, as well as Turkey.
Waah, dekat je Hadrian Arch ni dengan hostel kami.
Abandoned building. Klassic sangat.
On the way ke entrance Acropolis.
Ramai betul rombongan sekolah time ni.
One of the World UNESCO Heritage Sites. Fee entrance 12 Euro. Tapi bukan Acropolis je. Banyak jugak dicover nye. Antaranya;
1) Temple of Zeus, 2) Roman Agora, 3) Hephaistos Temple, 4) Keramikos Museum.
Sampai dah. Ni lah Acropolis. Dalam ni banyak sangat bangunan lama.
Meh baca sket pasal Acropolis;
- The Acropolis is located on a rocky promontory 156m above the valley of Ilissos; it covers a surface area of less than 3ha. The sacred hill of Athens, whose monuments were the admiration of all, continued to be beautified by the powerful personalities of the moment, including the sovereigns of Pergamon, Cappadocia, and Egypt, Roman Emperors such as Claudius and Hadrian, and wealthy private citizens like Herod Atticus, the private tutor of Marcus Aurelius.
Sekitar Acropolis.
Pemandangan dari atas. Time ni winter so nak jumpa langit terang susah sket. Kira ni, ok lah.
Antara monument yang ada dalam Acropolis;
1) Odeon of Herodes Atticus
Yang ni dari bawah pulak.
Cantik dari bawah ni.
its Theatre lah. Berlambak jugak kat Turkey.
2) The Parthenon, paling femes.
Parthenon dari tepi. Kucing banyak kat sini.
3) The Pandroseion
Monument yang sama.
Ceiling design nye.
4) The Erechtheion
Jom. Lompat. Hihihi.
5) Temple of Athena Nike
Wahhh, Besar Athens nih.
Yeahh, I was here.
6) Museum AcroPolis
Tu je kot, dalam Acropolis nih. Tempat2 laen di luar Acropolis. So, memang memerlukan satu hari suntuk jugak nak explore kat sini. Jangan lupa tiket 12 Euro tu bukan hanya di Acropolis jek. So rugi kalau pi kat sini jek. Tapi kena kuat kaki la, Tempat laen tu jauh sket. Tak lah jauh sangat. Sebelum tempat laen, Jom tengok pemandangan nya.
Jalan punya jalan, kami jumpa orang Malaysia. Diaorg ada training kat sini.
Suka tul pemandangan yg mcm ni.
Kat papan kuning tu tulis, jangan amik gambar..
Suka tengok rekaan rumah ni. Ni semua dalam kawasan Acropolis jugak.
Jom, tengok tempat seterusnya.
Temple of Zeus. Dekat je dengan hostel.
Roman Agora
Ni jauh sket. Tapi kami jalan jek.
Roman Agora
Hephaistos Temple
Hephaistos Temple dari bawah.
Sekitar Hephaistos Temple.
KEramikos museum je kami tak pegi coz sesat. Hahaaaa. Tanya orang pun, diaorg salah faham. Kitaorg maksudkan Keramikos Museum. Diaorg igt Keramikos Metro. Miahaahaa.
Lihat Part 2, Athens pulak, anggaran kos dan tempat2 laen yg boleh visit kat situ.
Lihat Part 3, Athens untuk gambar2 menarik serta demonstrasi jalanan semasa di sana.
Mcm xde la menarik sgt ye di athens,
ReplyDeleteByk yg tinggal cebisan2 bangunan..
Anyway,nak tnya cik,
Kalau cover semua historical sites ni,
Berapa harga tix dan beli dimana ya?
Saya seramai 8org ke sana,nk tanya,lokasi yg cik rasa bdekatan dgn tempat2 diatas tu dimana,sy rase xdpt dok hostel,sbb ade anak kecik.
Dan,memang Malaysian xperlu visa ya.
Tqvm.
Haah. Kalau pernah ke Turki, archeology site lebih kurang je ngan Athens. Kalau pernah pegi Turki tengok benda2 tu, 1 full day dah enough kat Athens. Ticket tu masa saya pegi 12 Euro. Saya beli kat kaunter sebelum masuk Acropolis. Greece tak perlu visa untuk Malaysian. Stay area2 dekat Metro je sis. Syntagma station ke. or Plaka.
ReplyDelete