Monday, March 23, 2015

Macau

Ke sini Feb 2015
-----------------
Solo Trip
Macau Kota Judi. Lebih grand dari Las Vegas. Las Vegas kecik je. Tak penah sampai LV, tapi kawan2 kata mcm tu la. Tv je membuatkan LV gempak gile. Hehee. Ke sini dari Hong Kong. You all leh book online feri atau datang je di Ferry Terminal. Ada 2 company feri beroperasi. Yang feri lama nama nye TurboJet. Yang baru sket Cotai Water Jet. Harga lebih kurang sama je. Return feri around 400 HKD. Dari Hong Kong, pastikan tau feri terminal tu kat mana. Ada 2 feri terminal di HK (if i am not mistaken laa);
1) Hong Kong Macau Ferry Terminal
- ni kat Sheung Wan
2) Hong Kong China Ferry Terminal
- ni kat KowLoon

Jangan Risau, sila TEngok Hong Kong Map. Heheeh.

Di Macau pun ada 2 ferry terminal;
1) Macau Taipa Ferry Terminal
2) Macau Outer Harbour Ferry Terminal

Disebabkan time ni, CNY so ahkak beli la online. Mana nak beli? Masuk website ferry service diaorg. Dari HK kul 8am. Stop kat Tsim Tsa Tsui Station. Jalan kaki ke feri terminal.

Ramai time nih. Maklum lah raya.





TurboJet badan feri nye warna merah.




Sampai di Macau, sila pergi ke Tourist Infomation Center. Amik Macau Map. Konon nak tanya la staf camner nk pi city center. Hampeh tau, ahkak tanya macam2 soalan. Dia jawab sepatah je. Cissss. Tak membantu langsung.








Solution?? Jangan risau. Pergi kat luar, cari muka Filipino. Sini memang ramai. Tanya la ahkak kat satu group ni. Macam mana nak pegi kan. Diaorg ckp naek je mana2 bas free casino. Bus stand depan feri terminal je.  Feri ahkak stop kat Macau Outer.






Amik mana2 bas. Plan nak ke Ruins of St.Pauls. So naek la mana2 bas free shuttle casino Wynn Hotel, Lisboa, Grand Lisboa, Star World atau MGM. Sebab hotel2 ni dekat antara satu sama laen. Jangan pulak amik shuttle bas Venetian pulak coz hotel tu area laen. Yang bertudung litup, Naek je wat muka seposen even tak la niat nak berjudi pun. Depa ok jee. Hehee.




Sampai dah. Hotel2 ni selonggok. Dah sampai jalan kaki je ke Ruins St.Paul tu. Mana nak tau direction? Tengok map. Heheh.








 



Architecture building hotel nye pehh. Yang ni Lisboa Hotel.












Main entrance casino nye, bukan maen.













Malam2 mesti cantek. Ni Hotel Grand Lisboa.














Hotel Grand Lisboa. Unik kann.
















Dah sorang, kan. Selfie laa dik nun. Janji ada memori. Khenn.




















Wynn Hotel.











Jalan kaki ke Ruins.St.Paul, leh tahan gak la jauh. Tapi mata melayan kiri n kanan, tak la terasa sangat. Sampai dah kat Largo Do Senado.














Tanglung2 everywhere.

















Ok, selfie dulu. Keh3.














Ada satu sudut kat Square ni. Bunga2 banyak. Bunga kekwa, kan.



















Sempat mintk tolong makcik amik kan gambo. Hehee. Tu laa, kan datang sorang lagik.

















Jalan la kaki ke Ruins.St.Paul. Sepanjang jalan memang macam2 leh tengok. One of my fav photos. Cute je kan.. Hehee



















Punye laa ramai. Time raya la katakan.
















Terbau la bau yang fehh sedap. Tapi cehh biasa lah kan. Tak leh makan. Sobss. Maka nye teruskan la berjalan.
















Taraaaa, Sampai laaa. One of the UNESCO World Heritage Sites. Gitueww. Hoyeaahh.










Apa lagi, start la mengambil gambar. Cantik kan, kat sini.











Macam2 sudut, ahkak try. Tetap cantik, kannnn.














Another angle.











Ehh, Meh la baca sejarah sket;
  • The Ruins of St. Paul’s refer to the façade of what was originally the Church of Mater Dei built in 1602-1640 and the ruins of St. Paul’s College, which stood adjacent to the Church, both destroyed by fire in 1835. As a whole, the old Church of Mater Dei, St. Paul’s College and Mount Fortress were all Jesuit constructions and formed what can be perceived as the Macao’s “acropolis”.





Haaaa, macam Acropolis tau diaorg kata. Macau Acropolis la. Ni, gambar dari atas pulak.




















Macam2 posing ahkak tengok diaorg2 ni tauu. Aku jugak dok selfie. Hehee. Nak tengok tak apa disebalik wall ni.












Ni jeee yang jadi tumpuan orang nak datang sangat kat sini. Nak tau berapa ketebalan dinding ni, pulak?. Meh2.












Nipis jee. This thin wall attract thousands ppl to see this Heritage Sites.








Sebelah Ruins St.Paul ni, terletak nye Fortaleza do Monte Fort. Jomm ke sini pulak. Tapi makan dulu. Lapaq. Oleh sebab, aku tak tau nak cari Kedai Makan Halal maka nye bawak la bekal dari hostel. Roti salut planta n milo bercampur nestum. Siap bawak flask. Panas lagi ayor nye. Fehhh. Alhamdulillah.






Ni laa fort nye. Sebelah aje. Tapi kena mendaki sket. Jom, tengok kat dalam.


















Sekali pandang macam St.Paul kat Melaka. Hehee.













Macau from the top.














MEriam. Heheh. Tengok pun Korang tau. Tuu, Hotel yg tinggi tu. Nak test korang. Grand Lisboa or Lisboa?? Cer teka. :)


















Dalam ni ada Macau Museum. Murah je. 15 Hkd. Jomm la masuk.











Tentang sejarah Macau ada kat dalam ni. MAcam2 ado. Hehee.











Dok sebab mata ngantuk, dalam ni ada satu bilik tayang video sejarah Macau. Yang best, bilik nye gelap. ok lah, ahkak nak titun sekejap. 10 min pun jadi lah. Heeeehe.




 







MAcau. City of Culture.


















Time ni orang dah makin ramai. Gile sesak, okeh. Layan jee laa gambar.













Kat bawah Ruin.St Paul
Sebab ada tulis Macau
Alaa2 cute jee
Beca MAcau
Macau Tower. Kabus time ni. So batal niat nak ke sini
Tak tau dah nak gi mana, sedangkan tiket feri balik kul 8malam. Jam baru kul 1 lebih. Hehe. Maka nye. Lepak2 la kat taman area Hotel Wynn sambil menikmati milo panas yang tak abis tadi. Oleh sebab separuh hari mulut tk bercakap ngan orang. Rasa pelik pulak, kan. Ada sorang ahkak ni duk sebangku ngan aku. Bermula lah perbualan. Tanya pasal feri terminal Taipa nak gi camner. Sumpah aku pun tak tau. Rupenye naek je kat hotel tempat turun tadi tu. dia orang Fillipina. Husband dia keje kat Macau. Dia keje kat HK. Fehh, jauh tu beb. Dia tengah tunggu husband dia abis shif. Keje kat Wynn Hotel. Sebelah ni je. Dia suggest masuk la kat dalam ada show. 20 min gak borak2, husband dia pun sampai.






Ada show air pancut fountain kat sini.











Layan jap laaah. Lagu die best. Money money money. (^_^)









Then, masuk la Wynn Hotel. Macam2 butik ado dlm ni. Tengok je laa. Tak mampu. Sobss. Kalau aku ada geng ni, nak gak masuk casino diaorg. Tp takut2 lak sorang. Heheh.












Ni laa show yang akak tadi cakap tu. Tunggu jap lah.











Amik video. Tapi yang last mcam ni la. Sebab tu nama nye Tree of Prosperity. Abis je, balik la. Mesti boleh naek feri awal.








Depan Wynn Hotel.




















Beratur je. Ahkak naek bas ni coz feri kat Taipa. Sampai di Taipa Ferry Terminal, nasib baek boleh naek awal. Upgrade lagi ke 1st class. Sapa nak bagii, woooii. Cotai Ferry Jet, badan feri warna biru. Selesai sudah di Macau.














Anggaran Perbelanjaan Di Macau;
1) Ferry return  -----> 400 Hkd.
2) Macau Museum ---> 15 Hkd

Tak termasuk souvenirs.

Currency:
MOP : Macanese Pataca
Tapi pakai HKD je pun boleh. Tak yah tukar. 1Hkd : 1 MOP

1 comment: