Sunday, March 8, 2015

Prague, Czech Republic

Ke sini December 2014
------------------------
Di sini 2 malam. Orang kata city antara yang tercantik di Central Europe. So nak tengok lah cantik keww. Kami dari Athens, amik flight Aegean Airlines. Kos dari Athens mak aiii, flight mahai jugak lah. Disebabkan nak sangat jejak kat Prague, tutup mata je lah bayo. Hahaaa. Aegean Airlines macam AirAsia la kiranya. Budget airlines. Tapi time kami tak bajet sangat. Luggage kena Adds-On. Pastikan satu beg. Even ko bawak 2 beg n berat kurang dari 23kg, kena beli jugak 2 bag, okeh. Masa kami beli, aku jek yg beli luggage coz ingatkan boleh check in 2 bag, beg kami tak la sampai 23kg tu. Ghupe nye, silap tengok. Just for 1 beg jek even kg kurang. Nasib baek kawan beg nye berat around 7kg. So dia cabin luggage.
 







Dalam flight. Waduh2, awan nye.










Sampai di airport (PRA), macam peliks pulak coz tkde pun kaunter immigration tu. so passport kami tak bercop. Bukan kami je, all passengers yang sama flight pun sama. Siap tanya pulak kat staf airport, mmg tkde ghupenye. Hurmmm. Then kami naek shuttle van. Takde direct train ke city center. Sambil menunggu, apa lagi check in la. Hhihi. free wifi, maaa. Memang sejuks amat weiii. Terketar jari tangan even pakai glove.





Kami kena naek train pulak ke Mustek Station. Sampai je, aduiii nak cari hostel kat mana pulak. Even ada maps screenshot tu serta satelite map, jenuh gak nak cari tau. Dah la begpek aku berat. Sakit ooo bahu. Tanya2 orang, baru lah jumpa. Dekat je ngan Mustek Station. Nama hostel kami Orange Hostel. Murah jek,15 Euro untuk 2 malam-mixed dorm.

















Letak bag, teruih masak megi kat dapur diaorg. Lapar bebeno. Then, baru lah kami jalan2 sekitar hostel. Ada kedai massage Thai tau. Tu yang signboard hijau tu.








Pusing2 sekitar Mustek station. Sini ada line Oren, Kuning n Hijau. Bertingkat2. Seriously aku pening. Tapi mudah je bila dah paham la. Hhihi.











Krismas will be soon.






MEriah.














Ni tempat jual souvenirs. Tapi tak beli pun. Hehe.









APA YANG MENARIK DI PRAHA?

First things, dapatkan map. Kat hostel/hotel mesti ada, amik satu. Free jek.

1) Old Town Square





Sesak, okeh. 10 min jek jalan dari hostel.





 








Menunggu jam berdetik.








2) Astronomical Clock







Dalam kawasan Old Town jugak.












 







Dari dekat.













3) Tyn Church







Dalam kawasan Old Town jugak.
 

 
Ni pulak time malam. Memandangkan dekat je kan ngan hostel, leh la jengah2. Tapi malam tu memang hari paling sesak. Langsung tak boleh jalan. Aku terkandas di tengah2 lautan manusia. Daripada 10 min je jalan kaki sepatutnye sampai jadi sejam tersangkut.





4) Charles Bridge






Atau dikenali sebagai Stone Bridge or Prague Bridge.













Angkat tangan tu makne nye Yeaayyy, i dah sampai sini. Hehe3.

















Suka tengok patung2 nye. Macam2 bentuk.




















Jambatan ni hanya untuk pedestrian saja. Even sejuk, sesak yaa amat.










Charles Bridge di waktu malam. Siyess cantekkss.



 









Ter ambil pulak gambar minah ni posing.














5) Dancing House





Kami jalan je dari hostel. Memang tak naek train or apa2 transport di sini kecuali dari airport lee. Omagad, i looks so fat with this big winter jacket!! Mencik laaaa.
















Meh baca sket pasal Dancing House;
  • Dancing House (Tančící dům) occupies a fine position alongside the Vltava River in Prague. This stunning building, constructed between 1992-1996.
  • Dancing House has daring, curvy outlines, which led its architects Vlado Milunc and the American Frank O'Gehry to initially name it the "Fred and Ginger Building", after the legendary dance duo.
 Sebab tu la, bangunan yg lentik tu spt perempuan. Menari di sebelah dengan lelaki.


6) Prague Castle

Wajib masuk ke sini, okeh. Memang awesome laaa. Kat sini kawasan besar. One of the World UNESCO Heritage Sites.




Ni dari Charles Bridge. Castle nye tuu yang sayup2 tu. Heheh.















Ni main entrance Castle PRague



 





7) St. Vitus Cathedral

Dalam kawasan Prague Castle.




Kami amik tour utk Castle Tour ni. Dalam berapa Euro ek, lupo dah. 3 jam, 12 Euro kot. Amik kat Old Town. Kat situ memang banyak tour. Yg free pun ado. Tu dari jauh St. Vitus Cathedral.









Ni dari dekat. Gelap je bangunan dia.


 

Ni laa dio, Beso sungguh. Opss, Gambar Ehsan : Google.
  

      


Ni dari tepi, kamera tak dapat amik gambar full. 
 Design architecture nye suka sangat.  Time ni dah tutup so tk dapat masuk. Klw masuk, sure scary. Diaorg nye interior design menakutkan, selalu nye lah. :)







View dari tepi.









8) The Basilica of St.George





Dalam kawasan Prague Castle.


















9) Old Royal Palace









Dalam kawasan Prague Castle.






10) Petrin Tower







Tak pegi pun. Tapi amik gambar dari jauh je. Hehe. Rasa tak nak pergi coz time ni berkabus. So rasa tk worth it kalau naek atas tu.














11) Wenceslas Square
 





Dekat sangat dengan hostel kami duduk.
















Pemandangan menarik yg amat akak suka;

Masa ni on the way dari Dancing House ke Petrin Tower
Ni pun.
Ni ke arah Petrin Tower
Dekat area Dancing House
Area Dancing House tu jugak
Untuk guys, heheh

Tram di Prague

Sekian sudah di Prague. Ahkak akan ke Budapest manakala travel buddy balik ke Istanbul sebelum balik ke Kuala Lumpur.

Makanan Halal:
Untuk makluman, kedai makan halal ada. Jual kebab n restoran Pakistan. Dekat2 area Old Town. Tapi kami tk makan coz nak jimat. Huhuhu.

Perbelanjaan Di Prague;

1) Aegean Airlines (ATH - PRA) - one way including 1 bag check-in : RM500
2) Hostel Orange : 15 Euro for 2 nites
3) Shuttle van from airport to city center including 1 piece of bag : 250 Koruna
4) Castle Tour (3 hours) : 12 Euro
5) Train ticket from Mustek Station to Florence Station : 100 Koruna

Mata Wang:
Koruna

2 comments:

  1. Salam. In Sha Allah, kami akan jelajah Eropah termasuk budapest pd OKT ini. Saya nak tanya semua lawatan di laman ini dilakukan dlm sehari shj kah? Mula lawatan jam brp dn tamat ? Kami naik terjah bnyk negara sbb itu kami ingin maklumat sekian tk wassalaamu'alaikum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu2 tempat, saya stay 2 malam at least. Takde rushing sangat. Biasanya keluar pagi around 10mcm tu balik petang atau malam.

      Delete