Saturday, January 16, 2016

Andalucia, Spain (Part 2)

December 2015
----------------
Entry ni sambungan dari Part 1. Kali ini mengenai Granada dan Cordoba.

Granada
======
Di sini saya stay hotel, Motel Sierra Nevada. Tiada hostel dekat2 dengan Bas Station Granada. 5 min jek walking. Disebabkan nak kejar bas pagi2 ke Cordoba. Kalau u all takde nak kejar2 bas pada awal pagi, boleh la stay dekat2 area Old Town tu. Kalau u all dari Granada Bas Station nak ke Alhambra, perlu naik 3 bas, okeh. Dah la orang sini tak berapa speaking English, pasrah je lah kalau sesat. Hehe. Tapi takpe, Allah ada. Ecehh. Bas SN4 from Granada Bus Station --> Caleta Stop, Bas LAC from Caleta Stop --> Isabel Plaza, Minibus C3 from Isabel Plaza --> Alhambra Palace. Tips: Hangpa tulis kat kertas then tunjukkan kat driver bas, stop mana hangpa nak benti. Bas LAC tu panjang gilaa.
Bas ni nama LAC, tengok kat cermin depan tulis LAC

Plaza Isabel, minibus ke Alhambra tuu yang kecik
Minibus C3 ke Alhambra Palace
 Di sini main interest saya hanyalah Alhambra. Sebab tu hanya satu malam saja di sini. Ada satu restoran halal dekat2 Plaza Isabel. Betul2 junction kat simpang tiga tu.

Tempat2 menarik di Granada;
1) Alhambra, Nasrid Palace, Alcazaba, Gardens n Palace of the Generalife

Wajib kalau ke sini. Sangat awesome. i memang suka gila dalam ni. hehe. All this place 14 Euro fee entrance kalau walk-in. Nasrid Palace ni u all kena masuk ikut waktu yang u all beli. So jangan lambat. Katakan waktu 2.30pm, sila beratur awal. Tapi jangan pulak awal sangat coz slot dia setiap setengah jam. Kira kalau ur slot jam 10am, beratur lah selepas slot 9.30am. Dari tempat beli tiket ke Nasrid Palace ni agak jauh jugak, jalan kaki dalam 30 minit. Ticket jangan hilangkan, k. 

Tiket masuk

Need half day kat sini
 2)  Sacremento
Nak tengok Granada dari atas, boleh la ke sini. Saya tak pergi coz kaki dah tak berapa kuat. Hahaa. Berjalan sakan dalam Alhambra punya pasai.

3) Alcaicin
Ni Old City. Orang mudah sesat dalam ni coz jalan nya bersimpang siur, youuu. Saya tak ke sini.

Gambar2 menarik di Granada;
Alhambra

The Carlos V Palace is a large renaissance building in the Alhambra

The Carlos V Palace

The Carlos V Palace

The Carlos V Palace

The Carlos V Palace

in Nasrid Palace

Love it

Tepi Alhambra
Love this v much
Tepi taman
Cantik tul

Suka sangat
Kalau ada kawan, leh jugak posing tepi2 tiang tu kan

Palace of the Lions

Palace of the Lions

Palace of the Lions

The Hall of the Two Sisters (Sala de Dos Hermanas) 
The Baths (BaƱos)

Palace of the Lions

The Hall of the Two Sisters (Sala de Dos Hermanas) 
still in Nasrid
The Garden of the Partal (Jardines del Partal)
Dekat Garden tadi
Masuk gate tu dah nak ke Alcazaba
Amik dari atas Alcazaba
On the way to Garden Generalife
On the way to Garden Generalife
Cantik kat sini
Loves the clouds

Guna timer, padan la muka, sorang lagi
Adeh, really love this.
Garden kat Generalife
Generalife Palace
Besar taman nya
In GenerAlife
Hati2
 Cordoba
======
Main bus station dan main train station sebelah2 saja. Information desk pergilah ke main train station punye. Map2 Cordoba pun kat sini.  Kalau nak beli tiket bas ke Madina Az-Zahra, beli kat sini pun boleh. Madina Az-zahra ni jauh dari main center. Kawasan lain. Dari bus station ke Old City agak jauh jugak so naik lah bas. Bus stop kat luar bus station tu jek. Tanya je kat information desk tu how to go. Saya stay kat hostel saja. Namanya El-Sueno. Hampir sangat dengan Cathedral Mosque. Review hostel ni -->klik sini.

Di Cordoba sahaja stay 2 nites, at least. Melainkan u all ada transport sendiri, 1 and half day dah ok dah. 1st day spend kat Old City sekali dengan Mezquita-Cathedral, 2nd day spend kat Madina Az-Zahra. So petang dah boleh ke Madrid. Tapi check dulu schedule bas. Kalau tak rushing, stay aje 2 nites. Dari Cordoba ke Madrid, Alsa Bas tak de. Bas lain nama Secobus. Ticket beli kat kaunter dalam 18 Euro. Web nye in Spanish.

Tempat menarik di Cordoba;

1) Mezquita-Cathedral.
Wajib la kalau ke Cordoba. Fee entrance 8 Euro, if need audio guide tambah lagi. Terpulang pada bajet.

Dari luar Mezquita-Cathedral
Ni pintu kat tengah2, bukan pintu masuk. Dalam Mezquita ni, jalan ke arah hujung selari dengan pintu ni. Jumpa Mihrab tinggalan Islam kat situ.
8 Euro
Cantik betul
Ni lah dia Mihrab

2) Old City
Kat situ2 saja. Pusing lah satu town tu.
Pusing2 sajalah. Asalkan ada map tu, jalan saja. Heeee
 3) Roman Bridge
Jambatan ni agak baru, cantik waktu malam.
Roman Bridge
Nikmati sunset di sini

4) Fortress Gardens
Originally military fortress. Katanya ada fountain show waktu malam. Saya tak pegi lah pulak. Penat.
Dah penat dah time ni

5) Madina Az-Zahra
Hari kedua saya terjumpa dengan kawan lama. Terserempak. Betul2 small world. Orang Malaysia yang selalu bawak orang jalan2 di Europe. Dialah driver, dialah guide. So hari ke-2 saya join je mereka ke sini. So tak dapatlah nak share experience naik bas macam mana. Kalau u all nak transport, driver and guide boleh lah contact abang ni. Mesej je saya kalau nak no contact dia.
Bayar entrance tak sampai pun 2 Euro

Gambar2 menarik di Cordoba;

Dalam Mezquita-Cathedral, lagu church je dalam ni
Gah betul. Dalam Mezquita-Cathedral
Sayu je dalam ni. Dalam Mezquita-Cathedral
Bunyi tu datang dari benda alah ni. Dalam Mezquita-Cathedral
Rupenye dia yang main. Dalam Mezquita-Cathedral
Suka arch nya
PAtung2 in Mezquita
Ni saja tinggal, Mihrab
Love this
Argh, at least ada kenangan
Old Town nye
Synogue
Sunset kat Roman Bridge
Nite in Roman Bridge

Nite in Roman Bridge
Nite in Roman Bridge

Kalau musim bunga, lagi mekar bunga2 nya
In Old Town
Ramai orang, tempat tadi
Pokok kurma beratus tahun
Dah sesak
Old Town
Join kawan nye trip ke Madina Az-Zahra, nasib baik family ni tak kisah, hee
1.5 Euro je

Nyaman jew
Pemandangan di Spain, cantik2
 Madina Az-Zahra
Peninggalan yang tinggal
Blue sky

Nak tau sejarah tempat ni, dengar audio serta video di hall
Ikut je tanda arah
Dah mula panas
Hall zaman2 dulu

Serius muka, heee. nak kenangan2
Kemudian terus ke Madrid. Tak banyak tempat cover di Madrid. Just relax2. Coz flight balik esoknya. Full itinery kat --> sini.

2 comments:

  1. Hi. Nak minta contact number abg yg u jumpa kat Madinat Al-Zahra tu boleh?. Tq in advance.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii. Adeh, baru check blog yang bersawang dah ni. Boleh, No dia 011-15059737. Cakap ja my name Nooli. Hope he still use same number.

      Delete