Tuesday, May 17, 2016

Japan Route

FEBRUARI 2016
----------------------
Lama betul tinggalkan blog ni. Banyak sebenarnya tak update. Sejak ada page FB ni. Update kat situ ja. Heehe. Okeh, kali ni winter saya ke Japan. Banyak dah Malaysian datang ke sini. Tapi ok lah still nak tulis something kat sini. Route kami kali ni seperti di bawah. Cuti Hari Raya Cina dimanfaatkan sepenuhnya. Wiwiii. Kami turun di OSaka dulu dan balik ke KUL dari Tokyo. Tiket tak berapa nak jimat lah coz CNY kan, dapatlah dalam RM800 include beg check-in satu nama n meals pergi balik. Kali ni berdua pulak. Kami beli ke OSaka dulu gara2 ticket murah RM250 seorang. Dari Tokyo tak berapa nak murah. LAin kali jangan beli macam ni, beli sekaligus return. Silap2 tiket balik badak mahal weii. Risiko tinggi tau.

Route kali ni, orang kata route paling biasa Malaysian buat. Hihi

Iteneri kali ni cincai sangat. So macam segan sket nak tulis. Hehee. Just short journey ja. Kami just mengharapkan Wifi Free, takde roaming atau beli simcard Japan.

Di Osaka hanya day trip memandangkan kami sampai pagi2 di Kansai Airport (KIX). Kami memaksimumkan day trip ni di Osaka.Sebelum keluar KIX airport nak ke train station tu, sila dulu ke kaunter information mengenai pass2 yang boleh beli. PAss banyak sangat di sini. Pilih ja. Ada satu staff lelaki tu boleh cakap Bahasa Indonesia. So bolehlah paham. Kami tak beli pass JR tu. Coz mahal sangat lah. 

Tips; 
1) Jika memang nak cover satu Kansai, pilih la Kansai Thru PAss tu. Coz jimat. MAcam kami tak cover satu Kansai so kami beli ni saja.
- Train ticket from Kansai Airport to Tengachaya-->920 yen

Ticket atas tadi beli kat sini, bukan JR office
Railway map nye klik --> sini.

- Osaka One Day Pass --> 1 day = 800 Yen
Kalau tak lama di OSaka beli ni ja pun dah ok, mana2 train stop even sesat pun takpe. Dari beli satu2 ticket mahal lagi. Kalau lama di Osaka, beli Amazing pass tu coz ada ticket murah ke attraction. Yang nni tak cover JR train, k. Map subway n JR --> sini.

- Hankyu Tourist Pass --> 1 day = 700 Yen. 
KAmi beli untuk ke Kawaramachi, Kyoto. Ambik train di Umeda Station nak ke Kawaramachi tadi. Setelah penat kat Osaka tadi, petang kami ke Kyoto. Pass ni cover all laluan seperti gambar di bawah. Nak ke Bamboo Forest tu, turun kat Katsura n amik train lain ke Arashiyama. Kalau u all stay 1 nite kat Osaka, pagi2 boleh ke Bamboo Forest n terus ke Kyoto. Jangan risau beg, ada locker beg di train station. Sediakan coins je. Macam kami just ke Kyoto ja guna kad ni, so tak memaksimumkan penggunaan kad. Hehe. Detail about this pass klik ---> sini.


2) Di Kyoto beli ja One Day Bas Pass. 500 yen saja. MEans tak naik lah train. MAcam mana nak ke attraction place, biasanya hostel boleh bagitau bas no apa nak naik. Macam hostel kami siap ada satu .booklet menunjukkan no bas serta kat mana nak naik. Mudah ja. Map Kyoto Bus ---> sini
Beli dalam bas je
Ni lah booklet kat hostel, macam nak tahu kat mana stop, i tengok map belakang driver ja.
3) Dari Kyoto kami ke Takayama. 4200 Yen/seorang. Main purpose nak ke Shirakawago Village tu. Nak ke Village ni dari Kanazawa pun boleh. Kami beli ticket di Willer Website . Just print email reservation saja. Mula2 kami ingatkan Kyoto Bus Station tu mestilah center bus, besar n himpunkan semua bas2. Rupenye silap eh. JR pun ada bus station nye SENDIRI. Tak campur dengan bas lain. Kami tak beli JR bus. Email seperti di bawah;
 ------------------------------
Boarding location and time
Departure from Kyoto station (hachijyo exit) at 08:55.
--------------------------------------------------------------- 

Tahu tak nak cari Hachijyo Exit ni, Allah Allah. Masak. Map location --> sini. Dinasihatkan sampailah awal. Kami sampai awal jugak, satu jam setengah awal means 7.30am kami dah sampai di Kyoto Station tu. Tanya orang pun jenuh gak la nak cari yang boleh cakap English. Tapi the good about Japanese ni, diaorang sangat helpful walaupun tak gheti English. Dia akan tolong tanyakan orang lain. Wahhh. Kagum kami.

Nak ke exit ni, sila masuk ke Train Station tu keluar balik ke belakang station ni. Exit Hachijyo ni kat belakang station train. Bukan depan or dalam train station. Kalau u all sampai di Kyoto Station ni, akan jumpa JR Bus station dulu. Means sila masuk train station nye n cari sign board Exit Hachijyo.

Kami pasrah aje time ni. Coz kami ulang-alik, cross road nak cari bus stop bus ni. Ghupenye bukan Willer Bus Stop, okeh. Ahkak tanya driver Willer pun diaorang tak paham reservation email tu. Last2 tunjuk yang Japanese word tu baru dia kata No, No. So sila tanya bus airport punye staf. Biasanya diaorang mesti faham ENglish sket. 

======================================================================
Please show following information to our staff.

======================================================================
路線名・便名: 大阪・京都⇒高山/1
プラン名: 通常プラン
乗車日: 2016/02/06(土)
乗車地・出発時間:  京都駅(八条口)  08:55
降車地・到着時間:  高山濃飛バスセンター(降車)  13:02
代表者名: ismail noorli
合計人数: 2人
号車・席番:
[1]ismail noorli 1号車 5D
[2]大人女性 1号車 5C
運行予定会社: 濃飛乗合自動車株式会社

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Rupa bas nye ke Takayama macam ni. Nohi Bus namanya. Bukan Willer. Just beli ticket kat Willer Website, je.


4) Di Takayama. Sampai2 ja dah snow sket2 turun. Sepanjang perjalanan ke sini, bukit bukau memutih ja. Jakun la apa lagi, ye dak. Hihii. Kami stay di Guest House OUKA. Female dorm- RM110/seorang semalam. Tak jauh dari Bus Station. Jalan kaki je. Recommended hostel ni.


5) Esoknya kami ke Shirakawago Village-UNESCO Heritage Sites. Sejam la macam tu dari Takayama. Di Village ni ada bus stop terus ke Kanazawa. Bus schedule ---> sini. 4420 yen-return trip. Online booking takde, kena call atau sampai awal sehari di Takayama n beli di Takayama Bus Station. Ada juga tour ke sini n tambah lagi satu tempat. Kami tak ambil tour ni. Kalau korang berminat klik --> sini.

Map Shirakawago Village
6) Ke Tokyo dari Takayama. Akan stop di Shinjuku. Ticket bas beli je kat Takayama Bus Station tadi. Seperti biasa tiada online booking. Leceh sket la. Call atau sampai awal. Takpun suruh kawan2 Japanese tolong reservekan saja nanti ambil ticket n bayar kat kaunter bas. Schedule bus --> sini.

Gambar2 setiap tempat --> sini
Sekian trip winter 2016. 

2 comments: