Thursday, October 3, 2013

Lauterbrunnen, Trummelbach Falle and Interlaken, Swiss (Part 2)

 
 
 
 
Hari ni menjelajah ke kawasan berhampiran camp site. Jalan kaki sampai lah ke air terjun Trummelbach.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Air terjun ni boleh minum tau. Kalau tengok warna air macam putih kan tak jernih sebab tu salji yang cair dari atas gunung macam warna salji. Amik satu botol air terjun ni untuk minum. Haus kan nanti. Ok lah rasa. Sedap. Bersih,k. Hidup lagi ni masa update blog. Hahaha.
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
Pemandangan tak yah cakap. Jatuh cinta terus.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
Dengan pokok daisy nye. Perghh semua tak hingat posing. Lompat la kan, apalagi. Orang nak mengata, ada aku kesah.. Janji aku dah sampai sini. Muahahaha. Sori riak la pulak.
 
 
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Layan je la gambar. Konon macam model. Hahaha. Lantak la. Bila lagi.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
Jauh jugak berjalan kaki nak sampai ke air terjun Trummelbach ni. Tapi disebabkan cantik pemandangan so tak lah terasa penat. Tambah2 minum air terjun Swiss ni kan. Perghh. Nak masuk sini ada bayaran sikit. Tapi tak lah mahal sangat. Cer tengok ada pelangi. Selalu nampak pelangi kat langit kan. Ni kat air terjun. Alaa, korang baca lah sains macam mana pelangi terbentuk. Kira lojik la ada kat sini. 
  
 
 
 
 
 
 




Cantik sungguh. Penat naik tangga. Fuh, hilang kalori banyak gak ni. Hati2 coz tangga licin.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
Abis di sini, boleh balik ke camp site. Tapi kitaorang tak nak balik. Nak ke Interlaken. Bandar lain tapi tak jauh dari Lauterbrunnen. Naik train, yang ni kena bayar sendiri. Amik train di Lauterbrunnen.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
Sampai di Interlaken, nak cari makan lah konon. Tak banyak restoran halal di sini. Ada 3. Satu Turkish restaurant, Pakistan dan apa tah satu lagi. Yang Turkish n Pakistan rege nye bolah tahan mahal. So pilih la yang mana ikut selera. Tapi aku ikut poket lah kan. Selepas makan, jalan2 di Interlaken. Konon nak pi la tempat shooting alaa yang Tiz Zakiyah berlakon ngan Remy Ishak tu. Apa tah nama tempat dia. Tak lah jauh dari sini tapi amik bas lah jugak. Tapi badan penat. Tak larat pulak. So kat sini je lah.
  
  
 



Nampak bas Expat Explore. Ni pun macam budget travel agen jugak. Murah dari Kelana Convoy tapi yang incharge tu bukan muslim lah. Susah nak bab2 makan2 ni. Gambor kerusi wajib aku amik coz ada nama tempat tu. Macam kat Izmit, Turkey pun aku amik. Suka2. Air sungai nye hijau.
 
 
 
 







Lepas tu lepak2 atas rumput. Golek2. Hehe. Kat sini nak beli souvenir murah. Terus balik ke camp site. Esok nak naik gunung pulak. Nak rasa salji. Kalau ikutkan dah rasa dah masa di Turkey last winter tapi disebabkan kalau stay camp site, lagi boring kan. So pi la. Terbang wuit. Empat ratus RM jugak la. But its really worth it. Tunggu final part. 

No comments:

Post a Comment