Wahh, hari ni memang excited. Maklum lah nak ke Switzerland. Yeaayyy. Matawang Swiss Franc. Ke sini Julai 2013. Dari Italy terus ke sini. Perjalanan mak oii, memang lama sehh 9 jam macam tu nak sampai ke camp site. Apa lagi tido la kami. Tapi dah masuk ke Swiss, tak boleh tido coz pemandangan nye sangat cantik. Jom tengok gambo.
Sebelum sampai di camp site, singgah dulu macam RnR la. Cantik sangat. Subhanallah. Belum sampai main city lagi ni.
Tak jauh dari sini, ada sungai. Jernih kau airnya. Tak de macam teh susu.
Akhirnya, sampai la di Schuetzenbach Backpackers and Camping. Perghh, memang cantik siut. Di kelilingi gunung-ganang. Superb. Kat sini aku stay dalam dorm. Tak sanggup rasanya duk dalam khemah. Sejuk tuuu. Tapi kena tambah duit sikit. Tak banyak la. Berpatutan. Cantik bilik kami tau. Bukak pintu bilik je nampak gunung, berkabus, bersalji lak tu. Mana nak dapat kat Malaysia. Kan kan.
Hari ni hanya di camp site je coz sampai dah hari hampir malam. Jalan2 dalam kawasan ni. Ada kawasan perkuburan. Cantik dan kemas. Rumah sini memang consider besar jugak. Ramai stay sini biasanya yang dah umur senior. Nak udara nyaman, lari dari hiruk pikuk bandar.
Malam memang tido best sangat coz pertama kali tidur atas tilam. Selalu atas rumput. Esok meneroka kawasan Lauterbrunen yang lain pulak dan ke Interlaken. Diingatkan kos ke Swiss dah masuk semua untuk trip ke Europe dengan Kelana Convoy. Just bayar sendiri untuk train, mountain, air terjun dan aktiviti lasak yang lain di sini. Sebab itu semua, optional.
No comments:
Post a Comment