Bertolak dari London menaiki bas ke France. Semasa masuk ke France, takde pun mintak passport lalu aje. Diingatkan kalau naik pengangkutan darat jangan harap passport korang tu setiap negara dicop,k. Kalau 10 negara Europe pun ko pi, takde 10 cop imigresen kat passport hangpa. haha. melainkan korang naik flight lah. Ke sini June 2013. Sampai di Holland, kitaorang stay kat Camping Site Amsterdamse Bos. Aku duk khemah je. Nak jimat punye pasal. Amik kawww, sejuk ya amat malam. Grrrrrr. Sampai pun dah petang so tak ke mana2 lah hari ni. Esok jenjalan ke Volendam. Diingatkan matawang Euro. Trip di sini dah masuk sekali trip untuk Europe dalam 650 pound. Nak tau detail pi je la web Kelana Convoy.
Esok pagi siap2 lah kami. Sebelum ke Volendam singgah dulu tempat pembuatan keju dan kasut Belanda atau dipanggil Clog. Berangin dan sejuk tul kat sini. Even summer tapi tak summer. Nasib baik bawa winter jacket.
Posing kat luar kedai. Boleh beli cheese di sini tapi aku tak beli coz tak minat.
Kemudian bermulalah perjalanan ke Volendam. Sepanjang perjalanan terpegun dengan rumah2 di sini. Cantik tuuu. Pemandangan pun awesome.
Dan lagi. Bersih je.
Terpikat sungguh dengan rumah2 di sini.
Bersih je sungai nya. Suka tengok pokok yang jurai2 tu, apatah nama nye.
Kemudian sampai lah di Volendam, perkampungan di sini.
Jom baca sikit apa ada kat sini;
- known as the pearl of the former Zuyder Sea, is a famous ancient traditional fishing village on Lake IJssel. Volendam lies in Noord-Holland on Lake IJssel, right next to Edam, both places forming the municipality of Edam-Volendam. The present day inhabitants of Volendam live in brick houses. However, until the beginning of the 20th century that was a different situation, which is still evident from the little wooden houses in the Doolhof area.
Memang cantik lah. Kebetulan ada tarian tradisional Belanda dengan pakaian depa. Orang2 tua je semua ni.
Bergambar dengan kawan yang kebetulan satu tempat kerja tapi kenal time trip ni. Hehe. Kat ofis tak pernah jumpa, sini pulak jumpa.
Banyak souvenir di sini. Murah dari tempat lain. Macam2 ada. Aku rembat T-shirt la kan untuk si comel2 aku tu dan magnetic fridge serta clog kecik2.
Lunch di sini. Pancake comel tu, share dua orang. Hhehe. Dan makanan seafood goreng. Jadi lah alas perut. Minum lak kopi Holland. 4 Euro tu. Kecik je cawan.
Kampung ni terletak di tepi laut.
Rumah2 di sini cantik2 tul lah. Kecik je tapi fuhh comel.
No comments:
Post a Comment