Wednesday, July 22, 2015

Da Nang & Hoi An, Vietnam

Julai 2015
----------
Short vacation, 3h2m. Book Vietnam Airlines tiket ke Da Nang dan transit di Ho Chi Minh. Balik dengan Air Asia direct terus ke Kl. Kali ini berdua. My travel buddy ke Dalat dari sini. INfo mengenai Vietnam Airlines, kalau dari kl ke sana, ada meals provided. Memang include dah dalam tiket tu. Mana2 flight VA dari kl, memang meals nye halal coz makanan dari Kl. So melantak la kome tanpa ragu2 okeh. Tapi kalau domestik flight within Vietnam, tkde meals. deme bagi air mineral aje. Tapi kalau international route contoh ke Paris ke Moscow ke adalah meals tu tapi kena request Moslem Meals tu kat email. Email n bgtau nak Moslem Meals; booking.nro@vietnamairlines.com.

Kalau plan nak ke mana2 dalam Vietnam, dari kl bila turun transit beg yg korang check in dah tu sila ambil coz airport tk sama. Macam kami, transit di Ho Chi Minh tapi turun di International Terminal Airport. Kalau nak ke tempat domestik perlu tukar ke Domestik Airport. Sebelah aje terminal nya. Nanti kat Domestik tu, sila check in bag korunk sekali lagi. Tapi kalau korang transit n memang nak ke luar Vietnam spt Paris ke Frankfurt ke tak yah la amik beg tu coz airport sama. Still International Terminal. Disebabkan Kami2 bawak begpek aje n tk berat so cabin luggage ajer la. Kalau nak check in bag, VA memang dah include dah. Leh bawak 23 kg. Kalau domestik tk pasti, sama kot.

Dipendekkan Ada 2 airlines dari Kuala Lumpur; AA (direct flight) n VA (transit). Kami bermalam di VienDong Guesthouse di Da Nang selama 2 mlm (Rm121-standard room). Book dari booking.com. Sangat dekat dengan Han River, jalan kaki saja. Recommended. Sampai di Da Nang Airport, owner guesthouse kami dah tunggu kat luar. Best kan. Tapi naek taxi tu bayar la, tak termasuk dlm harga bilik. Taxi 100,000 Dong. Means 2 org share. Kira okeh la coz kami sampai dah petang sangat. Hampir malam. Dari airport ni ada shuttle van ke Hoi An, kot2 la korang2 stay kat sana kan. Leh book teruih dari internet.

Bilik kami. Sorang dapat queen bed. Ye haaa.
Dragon Bridge
River Han Bridge
Lip lap malam2 kat sini
Cantiks
With my travel buddy, Fatty. Single lagi dia ni. Hihii
Nun di sana Dragon Bridge
Waktu malam ramai local lepaks sini.
Ada duit lebih, naek la cruise tu
Cantik kan Dragon Bridge
Ni la dia Dragon Bridge
Kepala naga seberang sana
Di sini tak amik apa2 tour coz kami plan nak ke Hoi An aje. Ke sini naek aje lah bas. Owner guesthouse kata leceh naik bas tapi tkpe la janji murah. hehee. Naek taxi one way 300,000 Dong satu taxi. Gulpsss. Kalau 3-4 orang, ok la kot. Jimat. Malam pertama hanya di sekitar sungai aje. Han River. Esok nya kami ke Da Nang TRain Station coz member ni nak naek train ke Dalat Tapi tkde direct train so kena turun dulu kat Na Thrang. Sayangnya train ke sana hanya certain days aje. So tukar plan naek aje bas esok. Tapi still turun Na Thrang jugak.

Jalan aje dari guesthouse kami
Mana2 dragon aje
Ghupenye pinggan mangkuk cawan dragon ni. Kretip. Hihii
Taman kat Da Nang
Busuk sket la
Jalan kaki konon nak ke Terminal Bus Station, jauh siutt
Last2 kami naek bas kat bus stop yg ada tulis Hoi An.
Naek motor dari Hoi An Bus Station ke Old Town. Deme pakai baju uniform
Dari Da Nang ke Hoi An Bus Station, kami naek local bas kos 30,000 Dong. Lama sket sampai sebab bas amik penumpang di setiap stop. Sampai Hoi Ann Bus Station, kami naek motor kos 30,000 Dong (maybe boleh tawar lagi) ke Old Town. Jauh jugak kalau nak jalan kaki, 4km at least. Hoi An ni popular coz UNESCO listed. Ancient city katanya. Memang klasik sungguh kat sini. Macam zaman dulu2. Mula2 sampai macam rasa kat Old Town, Melaka aje. Hihii.

Ni die time shuttle bas. Leh la try comfort sket.
Amik shuttle van-timetable atas ke/dari Hoi Ann ke/dari Da Nang kos 110,000 Dong-one way. Check website for detail, Hoi Ann Express atau www.barrianntravel.com. Kami balik ke Da Nang naek shuttle van ni aje dan driver stop kat Dragon Bridge. Then jalan kaki aje ke guesthouse. Let's roll la the photos kat Hoi An.

Sampai dah. Moto stop kat sini.
KEte2 memang tk lalu sini
Macam kat Venice pulak patung2 gantung tu
Comel kan tpi tk beli pun. Hihii

Suka amik gambar lukisan tapi deme2 marah tau
Suasana di Old Town
Temple apa ntah nama
Nak merasa beca deme, naek lah
Kena lalu ni bridge
Macam zaman2 dulu kan
Kena posing kat sini coz ada tulis Hoi An. Hihii
Nak naek sampan pun boleh. Bayo aje.
Omputih suka la naek sampan ni

Japanese Covered Bridge, kalau nak naek bridge ni n pegi seberang sana kena bayo
Bayar kat sini around 120,000 Dong. Tapi tak yah lah baca kat TripAdvisor tkde apa2.
Baju putih bertie tu, staf deme. Nak masuk bayo. Hihii. Kami tk beli pun.
Pusing2 aje la dalam ni
Sini banyak gak museum Tapi kami tk masuk pun
Musim durian skrg, beso2 ko
Ronda2

Well preserved
Nak jagung pucat? sila lah beli.
Ok la kat sini tapi hatiku tak jatuh cinta la kat sini
Kedai2
Nak masuk kena baya, okeh
Sekian aje di sini. Just spend RM250 aje. Without flight ticket la, ofcoz. Heh heh.

1 comment:

  1. hi. Ada list or still ingat halal food kat sana? can email me at mohamadhafis.salim@gmail.com Thanks. :)

    ReplyDelete