Tuesday, July 21, 2015

Zagreb, Croatia

June 2015
----------
Di sini 4hr 3malam. Tu diaa, lama kat sini. Hari pertama: lepaks di hostel coz sampai pun dah petang. Hari ke 2, kami ke Varazdin dan hari ke 3 kami ke Plitvice National Park. Hari ke 4, fly to Dubrovnik. Kami dari Ljubljana ke Zagreb. Dalam perjalanan dengan bas, tak banyak gambar di ambil. Apsal ntah. Tido kot. Heheee. Hanya sempat amik gambar kat border antara negara Slovenia n Croatia.
Di sini kami perlu turun dari bas n bagi passport kat kaunter untuk di chop!
Di sini kami stay di The House Hostel, terletak tak jauh dari Autobusni Kolodvor Zagreb- Terminal Bus Station Zagreb. Jalan kaki je ke sini, nak naek tram pun boleh stop kat Drziceva Station kalau nak ke hostel ni dari tram depan bus station tu. Pertama kali memang sesat nak sampai ke hostel, ikutkan straight je dari bus station tapi kami masuk ke lorong2 mana ntah. Hahaaa. Ada map pun still konpius, as usual tanya la orang. Jarang orang Zagreb tau English but dont worry about it, diaorg faham asalkan ada map n address. Hehee. Bahasa tangan la main peranan sini. Ada sorang mamat ni, tunjukkan kami jalan siap ikut sekali kami sampai ke jalan nak masuk ke hostel tu. Baik la pulak. Tapi takut2 jugak, maklumlah scammers ada di mana2. Hostel ni jauh dari Old Town tapi takde masalah coz tram dekat saja. 

Meh nak review hostel ni. 
Staff: Sampai2 kami di sambut oleh jejaka Croatia, Christian, handsome muka macam Ronan KEating. Hahaa. Sangat helpful dan pandai masak-dia masak utk breakfast. Untuk gegirls, sila lah 'ngorat' kalau dapat. Hahaa (hanya kami je tau kenapa, kui2). Kami diberi map Zagreb n dia explain tau nak ke mana2 mcm mana. Jarang ada nak explain kan. Kami nak ke Plitvice, siap dia check kat website bagi kertas n tulis waktu bas nak balik ke Zagreb pukul berapa. Pendek kata, staf dia best service la. 

Room: Sini ada female dorm. Semalam dalam RM60 seorang sekali dengan breakfast. Cuma bilik air sharing dengan lelaki. Tapi tkde masalah pun. Kalau kome mandi kunci je bilik air pintu utama tu. n Jangan terkejut, tup2 nampak jejaka mandi tak tutup pintu. Hahaaa. Mengong la mamat tu. Attention seekers betui. 

Lokasi: Superb. Dekat dengan Terminal Bus Station-jalan kaki aje n yang penting dekat dengan Masjid Zagreb la. Just 2 tram station je dari sini. Nak dapatkan makanan halal meh ke masjid ni. Ada kedai makan dalam tu.Nanti sy bgtau nak gi camne. Kami baru tau je pasal masjid ni. itupun tau hari kedua terakhir di sini.

Recommended la hostel ni.
Lobby hostel, cantik tau
Dapur deme, leh masak kat sini. Ntah apa la Fatty buat tu
Garden deme, leh lepak sini malam2
Female dorm.
Apa tempat yang boleh lawat kat Zagreb city ni, Old Town n Upper Town. Tram tiket beli kat kedai suratkhabar di Terminal Bus Station tu, 10 Kune untuk 1 jam setengah. Tapi kami tak guna pun, hahaa tapi still la beli satu incase ada staf ticket check kan terus la punch dlm tram tu. Sebelum tu nak bgtau nak ke Zagreb Mosque camne; sila naek tram no 7,6 atau 8 n stop kat Folnegovićevo Naselje Station dan jalan kaki dalam 15 minit melalui residential flats.
Besaq tau masjid ni
Dalam masjid
Dalam masjid
Islamic center pun dalam ni, ada ofis.
Restoran nya. Sedap la jugak, harga murah sket la
Tu dia melantak tak ingat deme2 ni.
Old town and Upper town. Let's roll the pic.
Trg Kralja Tomislava

Opposite Main Train Station, Art Pavillion

Langsir warna warni menarik perhatian
Ban Jelačić Square
Zagreb Cathedral
Tak jauh dari Zagreb Cathedral
Berlaku gempabumi Nov 1880 di Zagreb, dan jam ni terhenti selama 7 jam

Gornji Grad translates as Upper Town. Tak jauh dari Ban Jelačić Square
Mark Church ni sangat cantik roof dia. Coz warna terserlah. Upper Town
KAt atas Upper Town, beli la souvenir satu klw nak amik gambo
Zagreb City
Restoran ni tak jauh dari funicular kat atas, pekena kopi sat
Sekian di Zagreb, esok nye ke Dubrovnik pulak naek Croatia Airlines.

5 comments:

  1. Salam,
    Tq laa share info pasal Balkan ni! Insha Allah balak ke sana this September. Kitorg pun plan nak ke Masjid ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam. ya Allah lama blog saya bersawang. Camne dah pi ke masjid tu? Sedap tak masakan dia?

      Delete
  2. kalau sy dari Budapest ke Zagreb naik train, then dari Zagreb nak ke Sarajevo/Mostar naik bus, Di Zagreb tu kena ada visa ke?

    ReplyDelete
  3. Salam, tumpang tanya Ms Travellog,

    Kalau sy dr Budapest naik train ke Zagreb, then naik bus dr Zagreb ke Sarajevo/Mostar, di Zagreb tu kena ada visa ke? Mohon pencerahan. TQVM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat jawab, baru check blog. Hehe. Malaysian tk perlu visa di Croatia.

      Delete