June 2015
-----------
Dari Dubrovnik kami menaiki bas ke sini kos 107 Kune-one way. Kami mula2 nak sewa kereta ke Mostar n then ke Sarajevo tapi buddy lelaki kami kata tak berani nak bawak maybe jalan deme berbeza dengan kita. So duit RM150 yg dia buat untuk lesen antarabangsa dipulangkan semula kepada bendahari kami, Fad. Ofcoz la kan, kena pulangkan balik. Heheee. Bas kami namanya Eurolines. Ingatkan Croatian Bas. Kami sampai awal di Terminal Bas Station Dubrovnik sebab nak kejarkan tiket bas, kami tak beli online pun. Bas paling awal jam 8am. Angkutlah kami beg2 ke bus station dari apartment, jalan kaki je. Tak lah jauh sangat tapi dengan luggage, rasa jugak la semput tu.
Untuk letak luggage di bawah perlu tambah 8 Kune lagi. Pulak dahh. Ingatkan free dah termasuk rege tiket. Perjalanan dari Dubrovnik ke Mostar sejuk je mata memandang. Ada 3 lapisan imi utk ditempoh. Tiga ekau. ingatkan satu je kat sempadan. Tapi alhamdulillah tkde apa2 masalah. Penumpang2 laen pun tkde masalah. Terjumpa 3 kakak ni dari Malaysia. Deme ni kami jumpa dari sini sampai lah di Mostar, pastu Sarajevo then Istanbul jugak. Hahaaa. Kecik sungguh dunia ni. Klau jejaka2, mau kata jodoh ni, dah asyik terjumpa je khen. Kui3.
Sampai di Mostar pun dah tengahari. Nak tengok suasana perjalanan bas kami sepanjang trip antara Dubrovnik n Mostar, meh la tengok jap spt di bawah.
|
Sanggup ku gagahkan mata supaya tidak terlelap |
|
Kalau ke Mostar dari Dubrovnik, sila duduk seat tepi tingkap belah kiri |
|
Pembiakan kupang. Punca utama pendapatan. Sedap jugak. |
|
Tu yang biji2 terdampar di air, ternak kupang la tu. |
|
Dah nak sampai Mostar |
|
Terlelap jugak la dalam bas. |
|
Ladang deme pulak |
|
Arghh, sejuk je mata memandang |
|
Tanam apa aku pun tk tau, tapi Fatty kata anggur. |
|
Dah nak sampai dah Mostar |
Kat Mostar, bus station sangatlah klasik dah macam2 bus station zaman bila. Kami berjalan kaki saja ke apartment yg ditempah. Peghh jauh jugak tapi sebab dengan luggage, lagi lah semput kan. Bangunan2 sekitar memang adusss daif sangat. Tkde cat2 ni, okeh. Yang pasti peninggalan perang masih ada. Berlubang2 dinding kesan ledakan dan ada yang hancur tidak diperbaiki langsung. Dibiarkan saja pokok2 renik memanjat memenuhi dinding. Insaf sekejap. Hargai lah keamanan yang kita ada. Berlainan agama dan fahaman politik, usahlah dijadikan sebab untuk bermusuh. Okeh?.. Ehh Ehh, patriotik kejap. Mesti la kan.
|
Terbiar dimamah masa |
Sampai di apartment, owner dah menunggu. Ni bukan guesthouse or hostel. Apartment bilik satu. Lengkap dengan dapur masak. Pansion Palace Apartment. Sila jengah booking.com. Murah jugak dalam RM40 satu malam seorang. Kami stay satu malam je di sini. Jam pun dah nak kul 2pm. Perut pun dah bunyi2 masing. Makanan yang dibawa dah tinggal sikit. So, decide jom cari makan dah kat Bosnia kan. Sure makanan halal senang cari. Jalan kaki saja ke Old Town. Memang dokek sangat dah.
|
Ni lah Old Town, nampak tak Old Bridge? |
|
Nak dapatkan background ni sila ke restoran, mmm lupa ntah nama. Kui3 |
|
Fehh, melantak setelah lama mencatu makanan. Besar tau burger tu, leh makan 2org. |
|
Meh, soping. |
|
Sini murah sket compare to Sarajevo |
|
Leather, okeh. Made in Bosnia. Siap ada tulis kat tali beg tu. Memang tempted sangat tapi hmm, tak dapek lah. Yang besar dalam 40 Euro, yg kecik dalam 20 Euro. Keras leather dia. Tapi siyess, hampir terbeli. Hampir je lah |
|
Meh masuk masjid dia. Masuk masjid free coz muslim, kalau bukan kena bayar. Tapi kitaorg naek tower masjid n taman sebelah masjid, so kena la bayo sket. Tak la mahal. Mampu milik. |
|
Kecik je masjid dia Tapi cantik jugak hiasan nya |
|
Smile... Wiwiwii |
|
Nak view ni sila panjat tangga pusing2 ke atas menara |
Bergambar dengan abang sado Officer Mosque. Hahaa.
|
Damai je jiwa kat atas ni |
|
Kat taman sebelah masjid with travel buddies, dua2 tu single lagi.Hehee |
|
Dah nak malam, gelap sket gambar. Old bridge dari tepi |
|
Haaa, ni la dia atas jambatan ni. Just for pedestrian aje. |
|
Time ni memang dah tak larat sangat dah. Ponek. |
|
Pemandangan Mostar dari atas menara |
|
View dari atas menara masjid |
Sekian di bumi Mostar. Esok nya kami naek train kul 7am ke Sarajevo. Naek train la pulak. Nantikan entry seterusnya. Untuk tahu itinery kami for this Balkan Trip,
sila klik ke ---> sini.
Wow Norly.. stunning view! Seronok baca.
ReplyDelete